Dalam pelbagai surat yang aku dapat semalam, ada terselit satu surat yang macam familiar dengan aku. Bila buka surat tu aje, baru aku teringat tentang cek nuffnang. Ya, aku ada buat request dulu. Itupun masa 2 bulan lepas. Sebab akaun aku kat Nufnang dah jadi ordinary semula. Jadi, tempoh pembayaran memang dah jadi sangat lambat berbanding jika korang adalah member glitterati. Jadi, tunggu ajelah. Aku pun hairan sebab aku dah letak iklan dari syarikat lain di blog-blog yang berbeza dengan nuffnang.

Ya, itu merupakan cek yang ke 8 dari Nuffnang sepanjang aku menyertai Nuffnang. Income pun tak banyak. Jumlah yang aku terima kali ini pun tak banyak. Lagipun aku sedar yang memang susah sikit kita nak dapat income yang mengagumkan dari Nuffnang. Tapi kalau nak dijadikan sebagai salah satu side income, aku rasa tak salah kita menyertai Nuffnang. Ya, memang income yang diperolehi tak setinggi macam income webmaster yang berjaya atau internet marketer yang mendapat ribuan sales atau moderator forum Digitalpoints yang leh tahan incomenya tapi sekurang-kurangnya duit yang aku perolehi tu leh beli kasut baru untuk aku main badminton atau beli GPS Garmin yang baru nanti.
Apapun, Nuffnang antara syarikat tempatan yang berjaya menarik perhatian ramai blogger untuk menyertai mereka termasuklah aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Ada yang berjaya mendapat ratusan ringgit hingga ke ribuan ringgit dari Nuffnang. Ada yang satu cek masih tak sampai kat rumah lagi. Ada juga yang dua puluh sen pun masih tak dapat-dapat lagi. Tapi iklan nuffnang masih tetap utuh diblog masing-masing dan jika masih ada yang kurang berjaya dengan nuffnang, tingkatkan usaha korang lagi. Yang dah berjaya, tingkatkan lagi prestasi dan kurangkan kontroversi. Sesiapapun boleh buat duit dengan Nuffnang asalkan kita tetap berusaha tanpa putus asa.
Ps: Hari ini aku mahu cari sesuatu yang berbeza. Tapi apa ek..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Pengalaman Titan dengan CIMB Bank | Pengalaman Titan bercuti di Johor »
















topo. Hehe..rezeki. Kita usaha aje. kalau Allah tak bagi, aku tak dapat punya cek nih. Jadi, usahalah..
Wan Perlis. Thanks ae..
smartphone girl. leh la beli smartphone baru lepas ni..
mancai. Betul. Usaha tu kan lif kejayaan.
Shukor. Hehe..takpe. Nanti lama-lama akan dapat gak cek tu..
rina. Boleh bahh..
vitamin B. Erk..ok je bah kalau kauu..
mazuki. Hehe..aku pun withdraw sket-sket aje. Malas nak tunggu banyak-banyakk..
p/s- memang syok bila dapat cek!
Aku dah siap emel Advertlets ni, memang kerbau la diorang. Satu pon tak balas!
emme. Aku no komen bab advertlets nih. Dia bagi, aku ambil. Dia tak bagi. Aku wat dek aje. Setakat ni, cuma richie dengan khai aje yang selalu dapat dari advertlets. Yang lain, aku kurang pasti..