Pagi tadi, selepas bangun tidur dalam kira-kira pukul 10 pagi, aku terus mandi. Adik aku sudah hilang. Mungkin dia sudah balik. Hari ini dia kerja rasanya. Aku aje yang masih bercuti. Jadi, niat aku nak pergi CIMB bank hari ini untuk menyelesaikan satu masalah kritikal yang melanda aku sejak 2 minggu lepas.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Ya. Kad bank CIMB aku sudah hilang. Sudah puas aku mencari. Tak kiralah samada di bilik aku di Banting ataupun di Damak. Even dekat rumah member aku pun sudah aku geledah. Nampaknya, sampai situ sahaja rezeki aku menggunakan kad CIMB bank yang sudah berjasa pada aku sejak aku di zaman matrikulasi lagi. Ya, aku buat kad CIMB Bank itu pada zaman matrikulasi kerana matrikulasi cuma menerima CIMB bank sahaja dalam urusan mereka. Malah, ketika di kolej matrikulasi, satu mesin ATM CIMB bank sudah melekat kat sana. Jadi, nak tak nak, kitorang kena ada kad atm CIMB Bank untuk memudahkan kitorang mengeluarkan duit dari bank.

Selepas mandi, bersiap dan bersarapan ala kadar. Aku terus start engine kereta Blacksaga aku tu dan terus memecut ke bank. Tak jauh. Dalam 5 minit aje. Itupun aku ikut jalan belakang. Ikut jalan depan, kena limpas lampu isyarat. Ikut belakang, kena gak lampu isyarat, cuma satu lampu isyarat aje yang kena aku sabarkan. Sampai kat bank, akak kat kaunter tanya aku nak buat urusan apa. Aku terus bagitau aku nak wat kad atm baru disebabkan kad aku sudah hilang. Terus dia suruh aku isi borang dan dia siap tolong aku ambilakan tiket menunggu aku. Mungkin sebab hari ini hari bertuah aku, aku terus dapat ke kaunter untuk urusan membuat kad atm aku yang baru. Ini sudah bagus, hari yang betul-betul bertuah bagi aku. Hehe..

Sampai kat abang CIMB tu, terus aku bagitau apa yang aku nak dan dia pun mulalah menyibukkan dirinya. Aku bagi buku bank CIMB aku dengan kad pengenalan aku. Dan dalam masa yang sama, aku bagitau aku nak tukar tandatangan memandangkan tandatangan aku yang dulu memang susah untuk aku coretkan. Kalau aku tak tukar, memang aku takkan dapat wat kad atm baru. Jadi, kat sini aku nak ingatkan pada kamu orang semua. Jika mahu buat kad atm nanti, jangan buat tandatangan yang menyusahkan. Buat yang simple. Itu sudah memadai. Dan proses pertukaran tandatangan hanya boleh dilakukan di bank yang sama ketika korang mendaftar akaun CIMB dulu. Mesti dicawangan yang sama. Kalau cawangan Banting, kat situlah ajelah korang nak tukar tandatangan. Kat cawangan lain, memang tak boleh sebab aku sendiri dah cuba. Memang tak boleh..sebabnya? Memang dah tak boleh. Takde sebab-sebabnya.

kadcimbtitan Pengalaman Titan dengan CIMB Bank


Prosesnya adalah dalam setengah jam. Tak lama dan tak sekejap. Kira oklah tu. Takkan aku nak berkira-kira pula. Aku yang gatal-gatal hilangkan kad tu. Caj untuk kes aku kali inilah cumalah berjumlah RM12 sahaja. Dan inilah kadnya. Design yang sangat simple dan aku cukup suka dengan kad ini berbanding dengan kad yang lama. Tak ada gambar yang lama sebab sudah hilang. Harap-harap leh gak jumpa kalau ada berjaya buat jejak kasih nanti. Dan terus aku tukar pin dan buat transaksi pertama dengan menggunakan kad atm baru aku itu. Yehh..success!

Ps: Satu lagi hari yang ceria dan gemilang untuk aku. Haha.. icon smile Pengalaman Titan dengan CIMB Bank


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
Samdaddycool - 07 Jun 10 at 23:21:32
Best berurusan denag nbank zaman sekarang, semuanya professional, cepat dan tepat. Takde dah era 80an macam iklan dalam TV, “Pagi-pagi ni, kita takde duit tukar”..
menteil - 07 Jun 10 at 23:30:14
hehe…
ingatkan nak kutuk tadi,.

kad cimb aku stail lama lagi.. lagipun dalam bank ada RM10 je kot.. huhu..
mr.eims @ perfume - 08 Jun 10 at 00:53:47
Aku pun mmg berpuas hati dgn service dari CIMB. banyak kelebihan berbanding dari bank lain. :)
dAzz - 08 Jun 10 at 02:09:03
Semenjak BCB bertukar ke CIMB ni memang nampak staff diorang lebih profesional. tade langsung dok merungut cam zaman BCB dulu-dulu.
rina - 08 Jun 10 at 06:34:36
huhu…cimb memang best sket la..badning bank lain.
merahkatak - 08 Jun 10 at 11:44:36
gaji aku pun masuk kat cimb. cepat sikit banding kawan-kawan aku. hehe..
smartphone girl - 09 Jun 10 at 12:03:03
betul. sekarang memang beza banding dulu.
zool - 12 Jun 10 at 06:43:42
Aku pernah hilang kad CIMB gak.. tapi dah lupa camne prosesnya.. Kena check balik entri lama2
vitamin B - 12 Jun 10 at 10:22:54
tak pernah lagi hilang kad setakat ni. hehe..
titan - 12 Jun 10 at 14:44:46
Samdaddycool. Setuju. :D

menteil. Aku takde masalah dengan CIMB. So, takde kes nak kutuk diorang. Hehe..

mr eims. Sangat setuju.

dAaz. Memang berubah sangat.

rina. Tau takpe..

merahkatak. La, camtu ke? Hehe..

smartphone girl. Hehe.. :)

zool. Ohh..tak susah. Gi wat kad baru aje. Setengah jam leh siap.

vitamin B. Alhamdulillah. Tak ilang..
mijie - 13 Jun 10 at 15:30:32
aku bukan hilang kad, tapi kad atm maybank patah, so gi tukar kejap je…dalam 10-20 minit dah siap…

tapi pasal tandatangan tu betul lah, kadang2 buat yg rumit sgt, nanti time nak tukar kad banyak songeh lak
titan - 13 Jun 10 at 16:59:08
mijie. Yap, pasal tandatangan tu memang wat aku sakit kepala. MAsa wat kad atm untuk bank islam, aku lupa dah password. Nasib bila scan, aku leh wat lagi signiture tu.

Lain plak kesnya dengan cimb. Signiture tu memang susah gila. Aku gak gatal2 wat signiture yang pelik-pelik. Kan dah menyusahkan diri..
ainun - 29 Aug 11 at 14:46:26
kalau bank islam saya buat 10 minit..huhu
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:48:09
buat akaun baru ke?



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011