Ehh..boleh buat duit dengan jual text link kat blog kerr??
Itu satu lagi jawapan yang pelik bila aku menceritakan perihal tentang salah satu punca pendapatan aku melalui blog-blog aku. Ya, kita boleh buat duit dengan blog melalui pelbagai cara. Ada banyak program yang sesuai untuk kita sertai untuk buat duit dengan program tersebut. Dan aku yakin ramai yang sudah mengetahui potensi blog dan cara untuk buat duit dengan blog.
Salah satu cara untuk buat duit dengan blog adalah dengan menjual text link di blog kita. Di blog ini, sudah ada lebih dari 7 program yang menjadi orang ketiga dalam menguruskan jual-beli text link. Antaranya Intellilinks, Inlinks, TNX, TLA, Backlinks, Linkadage, Teliad dan lain-lain lagi. Itu belum campur yang melakukannya secara manual. Ianya satu kegembiraan bila berjaya mendapat jualan melalui text link di blog kita. Kita boleh iklankannya di dalam artikel kita, bahagian sidebar, header dan juga footer. Bahagian dibawah artikel dan bahagian bawah ruang comment juga boleh diletakkan iklan text link atau banner. Janji, ianya tidak nampak serabut dan kita susun elok-elok iklan-iklan tersebut. Selepas siap semua, kita akan menikmati hasilnya pada hujung bulan.

Ini pula merupakan bayaran komisen yang ke 29 dari program TLA (Text Link Ads). Aku percaya ramai diantara blogger-blogger tegar mengetahui tentang kehebatan program ini. Malah, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang berjaya buat duit melalui TLA. Ramaiii sangat. Tak caya, cuba search kat google. Mesti ada blog-blog yang menceritakan tentang TLA diblog masing-masing.
Bila ada yang kata TLA ni susah sikit nak ditawan. Aku terpaksa mengakui hakikat itu. Salah satu blog aku mendapat jualan yang pertama selepas 6 bulan. Nasib dapat yang 20 dollar sebulan. Jadilah, sape nak bagi kan? Daripada takde hasil langsung. Yang penting sekali masa nak sertai program ini, korang mesti ada blog yang mempunyai pagerank 3 dan ke atas. Selepas itu, memang banyak iklan yang akan datang. Lebih-lebih lagi kalau niche blog korang tu memang niche panas-panas punya. Jadi, kaji sedikit bab niche dan gunakan keyword yang relevan untuk memancing advertiser makan umpan korang tu..
Ps: Nak gi Jerantut petang karang. Ada member nak pinjam external hardisk aku ni. Penuh dengan kartun naruto dan cerita yang macam-macam..
Pss: Of course TLA ni berbeza jika dibandingkan dengan Google Adsense, Nuffnang, Triond, Bukisa, Squidoo dan Bidvertiser. Lain sangat kan? kan??
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 5 dari Senanghamil.com | Komisen ke 52 dari TNX »
















catzer. Haha..ko datang bantinglah kalau nak aku belanja..
rina. Boleh. Bolehhh..
zik. Leh la register kat website TLA tu kalau berminat. Baca apa yang ada kat situ dulu..
penjejak langit biru. Ehhh..takkan nak tolak plak..
samdaddycool. TLA ni senang aje. Tak serabut pun. Cuba je kalau mauuu..
kakeru. Hehe..memang beshh sangat-sangat..
nampak mcm menarik gak ni..
InsyaALLAH kalo ada masa nak cuba gak