Satu lagi soalan yang bermain dalam otak aku beberapa hari lepas. Ini salah satu soalan yang ditanya oleh kawan-kawan aku yang aku rasa memang agak ghairah untuk mengetahui tentang perniagaan internet dan juga usahawan internet yang sedang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Jika kita bandingkan dengan Malaysia 4-5 tahun lepas, aku tak rasa istilah perniagaan internet atau usahawan internet bermain dalam fikiran kita seperti sekarang. Tapi sekarang, aku yakin ramai rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan info tentang perniagaan internet. Satu soalan maut yang ditanya oleh kawan aku tu adalah bagaimana cara untuk memasarkan produk kita kepada orang lain dengan cara yang lebih efektif dalam platform internet ini.
Jawapan aku mudah. Kita mesti belajar dan mengetahui tentang cara nak pasarkan produk kita tu. Dalam erti kata lain, kita mesti tahu dengan lebih terperinci tentang ilmu pemasaran internet termasuklah apa yang patut dan tidak patut kita lakukan ketika melakukan pemasaran ataupun promosi. Tanpa ilmu, memang kita takkan ke mana-mana. Dan untuk mencari ilmu tersebut, ada pelbagai cara. Boleh dapatkan secara percuma atau pun berbayar. Jika yang percuma, boleh search di Google. Aku yakin korang akan jumpa pelbagai istilah dan ilmu baru tentang pemasaran internet nanti. Dan dalam banyak-banyak ilmu pemasaran internet ini ada satu bab yang sangat mengagumkan iaitu pemasaran email. Kuasa pemasaran email ini diakui sangat berkesan dan telah digunapakai bukan sahaja internet marketer tempatan tetapi internet marketer luar negara. Tak perlu aku sebut nama-nama internet marketer tersebut, sebab bukan korang semua kenal sangat pun. Kalau korang ada yang tahu, itu dah cukup bagus. Susah sangat, search aje kat Google. Beribu-ratus Internet Marketer yang menggunakan pemasaran email untuk memudahkan mereka menjual produk.

Ada satu perkara yang aku cukup kagum dengan teknik pemasaran email ini. Dalam bab pemasaran email ini pula, ada satu sub-bahagian yang aku kira terlalu penting untuk kita semua tahu iaitu Mailing List dan Autoresponder. Topik ini sangat penting kerana korang perlu tahu apa itu Mailing list, apakah kegunaan Mailing List, bagaimana untuk tidak menyalahgunakan kegunaan Mailing list ini. Untuk topik Autoresponder, pemilihan autoresponder juga cukup penting untuk jangka masa panjang. Tersilap pilih, memang kita yang akan menanggun kerugian. Jadi, plan tindak ikut yang dirancang mesti selaras dengan plan operasi. Baru strategi yang kita rancang dari awal akan membuahkan hasil.
Cukup aku sebut 3 orang yang sangat hebat dalam ilmu jurus pemasaran internet ini. Yang pertama, Ammar Zahar. Salah seorang Internet Marketer muda yang semakin terkenal dari tahun lepas sehingga ke tahun ini. Aku sendiri nampak dari mula si Ammar ni bermula sehinggalah dia berjaya seperti sekarang. Yang kedua adalah Razif Yusuf. Beliau merupakan salah seorang Top affiliate Malasyia dalam pelbagai program affiliate yang dijalankan di Malaysia. Yang ketiga pula adalah Jamal. Salah seorang Internet Marketer yang aku boleh katakan baru bertapak sejak tahun lepas tapi berjaya mencipta nama dan selalu top affiliate seperti Razif dalam program affiliate yang selalu dijalankan di pasaran Malaysia. Dan ada banyak lagi dan cukuplah aku sebut 3 orang ini kerana dari segi ilmu jurus yang diorang pamerkan dalam setiap cabaran affiliate memang kreatif dan agak berbeza berbanding orang lain. Mengapa? Aku tahu kerana aku subscribe ketiga-tiga mailing list top affiliate ini. Banyak yang aku pelajari dari mereka dalam ilmu jurus pemasaran email ini. Bagi aku, lebih baik aku tiru cara orang yang aku sudah anggar pakar dalam bidang ini berbanding aku belajar dari zero.
Dan bila aku baca produk terbaru iaitu Ebook Teknik Pemasaran Email Sebenar yang dihasilkan oleh Razif ternyata ianya antara panduan yang sangat teliti dan agak mudah difahami oleh kebanyakkan orang. Sesuai juga untuk mereka yang mahu mengetahui tentang pemasaran email dengan lebih lanjut. Aku yakin ramai yang akan memiliki panduan ini dan aku akur dan mengaku bahawa panduan ini memang berbeza. Bukan aku suka-suka cakap sebab dia kawan IM aku, tapi aku sendiri belum tentu boleh buat panduan sebegini. Penerangan yang mudah difahami dan agak lengkap. Aku yakin ramai orang akan mula memiliki senarai list sendiri yang pastinya mempunyai target yang tertentu.
Selain itu, korang juga akan dapat 4 lagi ebook selain dari Ebook Teknik Pemasaran email Sebenar..
1. Ebook Rahsia Pakar Jualan
2. Ebook Asas Affiliate
3. Ebook Teknik Pemasaran Email 1
4. Ebook Teknik Pemasaran Email 2
Bagi aku, ini satu lagi pelaburan untuk diri korang untuk menjadi seorang internet marketer yang hebat lagi macho bergaya. Aku tak suka guna ayat tu. Tapi aku sendiri nampak bila kita jadi seorang internet marketer yang bergaya, orang akan lebih dekat dengan kita. Mengapa? Kita ada benda yang orang lain tak ada. Kita ada produk untuk dijual. Kita ada sesuatu yang orang lain inginkan. Jika korang dah memang handsome, korang akan tampak unik dimata orang lain. Sejujurnya, internet marketer berjaya dengan teknik dan jurus mautnya. Dan salah satu jurus maut tersebut adalah memahirkan diri dengan teknik pemasaran email yang sebenar. Bukan guna teknik spamming atau main blast-blast di 100k senarai email yang ntah mana datangnya tu. Ada cara dan tertibnya jika mahu berjaya membina mailing list yang halal. Jika mahu berjaya untuk masa yang panjang, korang kena ada 4 elemen ni dalam diri korang. Niat yang baik, fokus dengan teknik atau jurus yang berkesan dan usaha yang berterusan. Element yang terakhir, tawakal.
Ok. Leh miliki panduan tersebut di sini >> Jurus Maut Pemasaran Email Sebenar
Pss: Tawaran khas untuk pembelian ebook ini leh rujuk kat forum Wangcyber.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Admercu – Pengiklanan dalam Talian | Perlukah pemberian bonus diteruskan? »
















memang niat dihati mahu. Tapi..
x-po. Orang kita tak dididik lagi tentang email marketing. Itu yang ramai salah faham dan yang menggunakan cara email marketing pun masih ramai yang tak berapa faham atau saje buat-buat tak faham..
anak malang. Biasalah tu. Air batu dikatakannya air sirap bandung..
mais. Cuba aje. Hehe..
aku fikir silat rupanya web marketing
Terima kasih post yang bergaya. Osam.