Kalau aku nak beriklan, kat mana yang sesuai ek?? icon smile Admercu   Pengiklanan dalam Talian

Saban hari kita akan lihat banyak syarikat pengiklanan yang muncul di Malaysia terutamanya syarikat pengiklanan yang menggunakan internet sebagai platform utama mereka. Antara syarikat tersebut adalah Nuffnang, Advertlets, Innity dan sebagainya. Malah, banyak forum yang sudah menyediakan ruang pengiklanan seperti forum Wangcyber. Tidak kalah juga kepada penulis-penulis blog dan blog popular, yang mula membuka ruang pengiklanan diblog masing-masing seperti blog Khai, blog Ohbulan.com, blog Ohartis.com, blog budiey.com, blog Earncent.com, blog Rohaizad.com dan beratus-ratus lagi blog yang semakin popular dikalangan blogger yang menggunakan internet setiap hari. Jadi, aku pasti ramai yang berminat untuk menyediakan ruang pengiklanan untuk advertiser yang berminat untuk mengiklankan produk masing-masing.

Jadi, hari ini ada satu lagi website yang menawarkan ruang pengiklanan yang mungkin membuatkan korang berminat untuk beriklan di website tersebut. Website tersebut adalah Admercu.com. Aku yakin hampir kebanyakkan pengunjung blog ini yang tidak pernah melawat ke website ini dan aku juga baru sahaja mendaftar di website itu. Cuma aku rasa ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh owner ataupun pengurus website tersebut sebelum website tersebut mampu menyediakan ruang pengiklanan yang mampu menarik ramai advertiser. Aku kira, mungkin pihak Admercu masih baru dalam bidang ini dan perlukan lebih banyak sentuhan ajaib yang mampu membuatkan Admercu setanding dengan website pengiklanan dan juga blog-blog popular yang mampu menarik ramai advertiser untuk beriklan diwebsite atau blog mereka.

Selain dari itu, aku rasa Admercu.com perlu buat sesuatu tentang design website tersebut. Mungkin beliau boleh buat sesuatu untuk menghias website tersebut menjadi lebih seksi dan mengancam. Ini penting untuk menarik perhatian pelawat dan sekaligus menukarkan mereka untuk menjadi advertiser di Admercu.com. Ini cuma cadangan peribadi aku sebab aku rasa memang beliau perlu berusaha keras untuk menghias website tersebut. Bagi aku agak kaku dan tidak kelihatan ceria. Mungkin boleh tiru konsep Nuffnang dan Advertlets. Tampak kemas dan bersih sahaja.

Tips dari aku, jika mahu membuka ruang pengiklanan di website dan blog korang, pastikan korang mempunyai beberapa kriteria atau elemen yang mampu membuatkan ramai orang tertarik dengan website atau blog korang tu. Antaranya, alexa rank yang tinggi. Bagi aku, ini antara super weapon yang mesti ada untuk setiap website yang mempunyai alexa rank yang tinggi. Ini bermaksud, website korang menerima trafik yang sangat tinggi setiap hari dan setiap bulan. Ini pasti menarik perhatian advertiser yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengiklankan produk masing-masing. Aku yakin, ramai yang mahu beriklan dan mahu mencari lubuk untuk mengiklankan produk masing-masing.

Antara contoh yang yang korang boleh ambil adalah website Denaihati.com dan juga Dapatwang.com. Kedua-duanya menerima trafik yang sangat tinggi dalam masa yang cukup singkat namun kedua-dua website tersebut melakukannya dengan cara yang berbeza. Denaihati.com mendapat banyak trafik melalui content yang unik dan contest yang dijalankan sepanjang tahun. Manakala, Dapatwang.com pula melalui program Get Paid to Click yang membuatkan ramai orang tertarik untuk menyertai dan hasilnya, Dapatwang turut membuka ruang pengiklanan dan ramai yang beriklan diwebsite tersebut kerana dalam masa 3-4 bulan berjaya mencapai 120k dalam alexa rank. Bukan senang tu..

Tapi, mungkin Admercu ada strategi tersendiri dan mempunyai plan tindakan dan plan operasi yang mampu menghasilkan trafik yang tinggi dan mampu menarik ramai pengunjung ke website tersebut. Aku yakin Admercu ada helahnya yang tersendiri dan aku harap website ini akan dapat mencapai targetnya dalam masa terdekat setelah membuat beberapa siri perubahan untuk menjadikan website tersebut menarik di kaca mata pelawat dan advertiser. Ini penting untuk menghasilkan sebuah website pengiklanan ataupun blog pengiklanan. Satu lagi, mungkin Admercu boleh menyediakan ruang pertanyaan ataupun FAQ untuk memudahkan pelawat memahami selok-belok dan cara-cara untuk menggunakan website Admercu dengan lebih teratur. Aku yakin ini akan banyak membantu.

Ok. Leh lawat kat sini >> AdMercu dot com

Ps: Yap. Aku yakin website ini ada peluang untuk bersaing dengan syarikat pengiklanan dan juga blog-blog popular yang lain. Apa yang penting, kena ada usaha yang berterusan. Insya-Allah..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
abg cinta - 26 May 10 at 05:32:14
emm..banyak tol website yang nak bukak iklan sekarang yek..
anuarkarimz - 26 May 10 at 14:05:57
masih jauh utk beriklan, ranking alexa berjuta2 lemon :) , apa2 hal thanks 4 sharing
kereta mainan online - 27 May 10 at 02:29:32
emm..tak banyak iklan untuk niche tertentu. Mungkin ada orang berminat dengan niche kereta mainan dan leh wat iklan pasal tu..
rina - 28 May 10 at 22:57:02
kena banyak usaha lagi nih..
titan - 29 May 10 at 00:53:39
abg cinta. Banyak. Dan salah satunya adalah Admercu.com. Cubalah try. Mana tahu ada yang berkenan nanti..

anuarkarimz. Yap. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Itu sudah pasti.

kereta mainan online. Mungkin. :D

rina. Hehe.. :)
penjejak malam - 02 Jun 10 at 04:27:07
emm..tak berapa minat la. benda ni best ker?
mancai - 02 Jun 10 at 19:01:42
satu lagi lobang buat income… tq2
titan - 12 Jun 10 at 15:52:12
penjejak malam. Lom cuba lom tahu. :)

mancai. Sama-sama. :D
ainun - 29 Aug 11 at 14:50:05
kena usaha kuat ni
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:52:14
saya pon kene usaha kuat… lagi kuat!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011