Sebelum aku lari ke Jerantut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang sepatutnya aku setelkan minggu lepas, aku mahu update satu lagi bayaran komisen yang aku terima dari program TNX. Ya, ini mungkin komisen pertama yang aku terima dari TNX untuk bulan Mei ini. Tak banyak, tapi cukuplah untuk bayar domain-domain yang patut aku renew nih..Banyak gak domain yang kena renew dalam bulan ni dan bulan depan. Bayar ajelah selagi untung masih mengatasi modal..

tnxpayment51 300x134 Komisen ke 51 dari TNX


Aku sangat bersyukur kerana program ini masih mampu memberikan sedikit pulangan yang aku rasa sangat lumayan. Aku ada satu plan untuk mendapatkan RM1000 daripada program TNX ini. Ini bermaksud aku kena dapatkan dalam 340usd dalam tempoh 1 bulan. Itu sudah cukup untuk aku dapat dalam lebih RM1000. Tapi untuk dapat angka itu aku terpaksa menggandakan usaha aku. Jika ianya berjaya, memang mudah-mudah aku dapat dalam 1 ribu untuk 1 bulan dari TNX sahaja. Aku sedang cuba untuk laksanan projek RM1000 bersama TNX ini dalam bulan Jun hingga bulan September. Aku harap dalam tempoh 3 bulan itu aku akan dapat capai matlamat kecil ini.  Berikan aku sokongan tak kiralah dari segi moral ataupun kutukan membina untuk membantu aku capai target yang tak seberapa aje..

Ok. Itu projek kecil yang masih dalam plan. Dan aku sedang merangka strategi untuk mencapai plan tersebut. Plan 100 dollar atau RM300 untuk 1 bulan sudah pun berjaya. Jadi, aku patut proceed ke peringkat yang seterusnya. Hoho..satu lagi. Jika ada yang ragu-ragu bagaimana aku dapat capai plan 100 dollar itu, korang boleh tanya aku terutamanya kepada semua pembeli Panduan TNX 2.0. Aku akan jawab dan cerita apa yang aku buat berdasarkan pengalaman aku. Dan rasanya ramai yang dah tahu dan dapat tangkap point-point penting yang aku cuba sampaikan melalui panduan tersebut. Apa yang penting, usaha dengan plan yang terperinci. Untuk TNX ini, tak perlu tergesa-gesa. Biar lambat, asalkan kita tahu apa yang kita buat, kita tahu flow program TNX ini dan kita tahu kelebihan dan kelemahan kita untuk buat duit dengan TNX ini. Itu sahaja. Selebihnya, usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada keputusan yang menggembirakan untuk kita nanti.

Ps: Untuk dapat 2000-4000 point sehari dalam TNX, ianya tidak mudah. Tetapi ianya akan jadi mudah, jika korang tahu cara dan triknya. Bendanya simple. Gunakan konsep duplikasi. Bukan duplikasi yang biasa-biasa tu, tapi gunakan duplikasi yang smart.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
kereta kontrol online - 21 May 10 at 10:38:03
thanks bro. Kenalkan pasal tnx nih. :)
zik - 22 May 10 at 07:23:39
dah ke 51… banyak tuh bro…
abdfatah - 23 May 10 at 04:15:18
duplikasi ehh?

cool duplikasi…
JBCool - 23 May 10 at 05:48:54
Bro…ini macam idea aku je yang aku bincang / chat dgn ko…

Tapi tak kisah lah…. aku no hal…

Memang kita patut capai 13,000 points /day baru puas hati dan dpt RM1k / month from TNX…

InsyaAllah…
jambu epal - 24 May 10 at 05:20:21
emm…banyak siott.. :)
penjejak putih - 25 May 10 at 01:28:01
emm…banyak tol komisennya..
hantu mimpi ngeri - 25 May 10 at 02:04:18
leh la belanja kome nanti..
rin - 25 May 10 at 04:42:54
tahniah titan. :D
Luvleey - 26 May 10 at 11:32:59
sebenarnya senang sangat nak jana komisyen dengan tnx. Antara kerajinan dan kemalasan jek.
kereta mainan online - 27 May 10 at 02:55:05
memang senang. malas atau rajin. Itu yang susahnya..
Aqif - 28 May 10 at 12:39:15
Baru sahaja cashout TNX. Walaupun 5 dollar, tetapi ia tetap berbaloi dengan usaha yang telah dicurahkan.

Apa yang penting ialah ianya passive income. :)
titan - 29 May 10 at 00:40:56
kereta control online. Yap. Benda ni mudah. Cuma jangan dipandang rendah aje..sekurangnya, benda ni leh jadi side income untuk kita..

zik. Bolehla. Sikit-sikit.. :)

abdfatah. Hehe..aah. Duplikasikan aje..

JBCool. Yap. Idea ko. Aku ketengahkan untuk tengok ada orang berminat macam kita tak untuk jana 1k dengan TNX ni. Ramai gak yang response nak tahu..

jambu epal. Bolehla. Haha.. :D
titan - 29 May 10 at 00:47:29
penjejak putih. Harap-harap akan bertambah lagi pada masa yang akan datang. Hehe..

rina. Sama-sama.. :D

Luvleey. Tahu takpe. Benda ni senang. Tapi ada ramai orang anggap benda nih membuang masa. Sebab diorang tak tahu camana nak main benda ni, disalahkan pula program nih. Haiya…

kereta mainan online. Tak susah benda nih. Bergantung pada kita. Kita mahu buat atau tak..

Aqif. Tahniah Aqif. Berjaya juga buat cashout dan harap pada masa yang akan datang, akan dapat lebih dari tu.

Yap. Janji side income. Tak memerlukan kita duduk depan komputer 24 jam aje..
ainun - 29 Aug 11 at 14:52:19
bestnya bila berjaya cashout



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011