Ada orang kata, kalau kita sakit atau demam, memang banyak kerja yang tidak dapat lakukan dan sempurnankan. Aku terpaksa mengakui hakikat tu bila dekat kawasan tempat kerja aku nih memang dah ada satu wabak yang mungkin tak serius tapi aku rasa macam nak jadi kes serius macam H1N1 pun ada sebab terlalu ramai sangat yang demam sekarang. Dan biasanya demam ini diiringi sekali dengan batuk dan selesema. Dan aku pula, terjebat dalam demam bersiri ini. Ramai yang dah aku tengok menderita termasuklah aku. Walaupun keadaan aku tidaklah terlalu teruk kerana aku masih ada nafsu untuk makan dan bersukan, jadi aku kategorikan yang aku ni tidaklah serius sangat. Ada yang lagi kronik berbanding aku..

Tapi memandangkan yang aku akan pergi ke Cameron Highland untuk kali kedua dalam tahun 2010 ni, aku rasa aku terpaksa juga pergi klinik cari antibiotik untuk badan aku nih. Aku malas memandu dalam keadaan yang tak berapa selesa nih. Korang pun tahu kan macamana kalau kita memandu sedangkan badan kita nih macam ada makhluk yang dok cucuk sana cucuk sini kan? Rasa sakit, tapi tak tau kat bahagian mana yang sakit. Tol tak? Jadi, aku akan rempit kejap ke Jerantut petang nanti untuk mencari ubat yang mungkin membantu aku untuk melegakan kesakitan aku ini..

Yap. Aku masih menerima tempahan untuk membuat review. Aku takkan tutup tawaran ini kerana inilah kerja utama aku sejak aku menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ini. Ada masih 3-4 artikel yang aku kena taip dan ada juga yang terpaksa aku tangguhkan ke minggu-minggu yang akan datang. Jika korang ada produk baru dan mahu aku buat review untuk korang, sila hubungi aku melalui ruang contact dan aku akan cuba siapkan secepat mungkin. Jika aku lambat siap, aku akan bagitau aku lambat. Jika cepat, cepatlah jawabnya. Dan biasanya memang aku akan siapkan.

Jadi, memang banyak kerja yang tidak dapat aku lakukan bila badan ni tak selesa. Batuk aje memanjang. Hendak buat kerja pun serba-salah dibuatnya. Haru betul dibuatnya dan aku harap perjalanan aku ke Cameron Highland kali ini tidak dalam cuaca yang kurang enak. Aku tahu hujan itu satu rahmat. Tetapi akibat hujan hari itu, aku betul-betul gagal melihat dengan baik dan mungkin jika aku tidak berhati-hati, aku tidak akan menulis lagi di blog ini. Mungkin ada sebab aku kena dugaan seperti hari tersebut. Aku reda dan pasrah. Mungkin juga ada keputusan yang lebih baik untuk aku pada masa hadapan.

Ps: Penat gila.. icon smile Titan, Demam dan H1N1


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 19 May 10 at 16:49:53
haha..ingtkan ko kena h1n1 td..gempak dow nnt…

p/s-xnak ajak aku gi cameron skali?hehe
putihkain - 20 May 10 at 02:17:49
emm…ingatkan terkena demam h1n1 plak..
Shukor - 20 May 10 at 03:34:04
Takper En Titan, ada hikmah di sebaliknya tu…
kereta kontrol online - 21 May 10 at 10:45:56
demam plak encik titan ni..
jambu epal - 24 May 10 at 05:22:53
kalau demam..tak leh makan mee maggi..
rina - 25 May 10 at 04:50:02
itulah. gi cameron. Tak ajak orang. Kan dah demam. Padan muka encik titan ni. Hehe.. :D
ainun - 29 Aug 11 at 14:52:39
harapnya titan sentiasa sihat



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011