Hari ini ada aktiviti kat tempat kerja aku. Meraikan sesuatu. Suasana cukup meriah dan ramai yang mengambil bahagian. biarpun mungkin ada yang malas nak terlibat dengan aktiviti yang dijalankan, tetapi aktiviti tetap panas dan mendapat tepukan yang gemuruh. Mungkin mereka punya sebab tersendiri untuk tidak mengikut majlis hari ini. Tak apa, aku tak untung, depa pun tak rugi.

1. Semalam, aktiviti konvoi ke Cameron Highland berjalan dengan lancar. Kami tiba di Cameron Highland pada jam 11.40 selepas bertolak pada pukul 7.30 pagi. Kiranya, memang dekat 4 jam lebih. Bukan ikut jalan biasa, tapi dari Damak, terus ke Lipis, masuk pulak Sungai Koyan dan terus ke Cameron. Jalan kampung, jalan lopak, jalan lubang-lubang, highway sana sini, termasuk jalan yang baru nak dibuat, semua kami redah. Alhamdulillah, semua orang selamat pergi dan pulang.

narutoshikamaru Konvoi ke Cameron Highland (Part 2)


2. Hujan mula turun pada jam 2.30 petang dan kami mengambil keputusan untuk turun dari puncak pada pukul 3 petang. Dalam 3.25 petang, kami terus merempit pulang ke Damak walaupun hujan sudah mula garang turun ke bumi.

3. Ini kali pertama aku rasa sakit kena hujan. Umpama kena tembak dengan beribu-ribu jarum halus. Tepat ke mata, tepat ke dahi, tepat ke leher. Penghalang angin helmet aku basah. Terpaksa buka untuk membantu aku melihat dengan lebih jelas. Dari kedudukan terakhir, aku terus pecut ke tempat ke 2. Yehh, boleh tahan aku merempit semalam. Top speed cecah 120km/j. Tapi aku pecut antara 80-120 km/j.  Nasib baik banyak jalan lurus, kalau tak memang tak sempat nak kejar member lain yang macam perempit sejati.

4. Tayar motor aku pancit. Terpaksa singgah ke raub dan tukar tiub baru untuk melancarkan perjalanan.Ambil masa dekat setengah jam gak nak cari kedai yang masih bukak hari ahad nih..

5. Perjalanan kami menjadi lebih extreme bila perjalanan dari Lipis menjadi lebih sukar kerana hari sudah pun malam. Aku sendiri terpaksa bergantung pada lampu motor member yang ada dihadapan aku. Nasib banyak jalan lurus dan aku masih sempat pecut mengejar diorang. Line tepi, line putih kat tengah, lori balak, bas, kereta baik kancil atau mercedes, aku dah tak kira. Semua aku libas, janji aku dapat kejar member aku kat depan. Meter dengan minyak, langsung aku tak pandang. Nak kejar punya pasal. Kalau aku tak dan nak kejar diorang, memang aku tidur highway la malam tadi..

6. Dalam perjalanan ke Masjid Batu Balai, ada pula pokok tumbang. Nasib baik dikalangan pemandu kereta tu ada bawa gergaji mesin. Waktu itu juga pakcik dan beberapa kawannya memotong pokok itu. Nasib pakcik kereta saga tu lalu. Kalau tak, memang ramailah yang tidur tepi jalan malam tadi..

7. Aku beli 2 bungkus strawberry dan 1 bungkus buah yang baru pertama kali aku rasa. Buah Jambu Epal. Banyak gen buah jambu berbanding buah epal. Rasa lebih kepada buah jambu batu. Tapi aku masih rasa buah jambu batu lebih sedap berbanding Jambu Epal. Harga pun memang mahal. 2 bijik berharga RM15. Tak apa, made in Cameron Highland punya pasal.

8. China menang berlawan dengan Indonesia. Tahniah buat China. Bagi aku, China terlalu kuat untuk 2-3 tahun ini. Kita kena buat sesuatu untuk bersaing dengan mereka. Sedangkan Jepun, India dan Denmark semakin rapat mengikuti kita. Takkan kita mahu biarkan negara kita terus diaibkan oleh pasukan-pasukan baru ini?

9. Aku bersyukur. Aku masih hidup pagi ini. Aku memang tak nak ingat sangat peristiwa malam tadi. Hampir hilang nyawa dibuatnya. Inilah satu-satu peristiwa yang aku tak nak ingat tetapi ianya akan kekal dalam hatiku. Aku buta jalan dibuatnya..

10. Handset aku rosak. Jadi, aku punya sebab kukuh untuk beli handset baru. Selamat tinggal Sony Ericsson W701..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 17 May 10 at 06:55:09
emm..takde gambar ke ??
Jaws - 17 May 10 at 08:36:40
lama tak pegi cameron..
madlut - 17 May 10 at 19:18:33
owh..bahaya kalau merempit tanpa lampu..rempit rempit jugak, tapi kena pastikan motor dalam good condition..haha..

aku pun ada pengalaman beli buah kat cameroon, selain strawberry, kebanyakkannya “indah rupa dari rasa..”
dark night - 18 May 10 at 06:21:55
hoho..aku dengar kalau bawak strawberry turun dr cameron, dia akan rasa masam. tol ke?
neslo beng - 18 May 10 at 13:04:39
dri pglaman ak la kn…rse strawberi pas trun dri cameroon highland memg masam r…ak wt kajian r ni..kt cmeroon mmg manis pas trun,cm na buang je..huhu
Samdaddycool - 19 May 10 at 12:10:08
Cameron best, beli-belah buah-buahan kat sana juga best. Aku baru sekali seumur idup pergi sana.
farahaznil - 19 May 10 at 17:04:17
benci aku dgn china…………….mandrem apa dorang guna haku pun tak tahu..haha
putihkain - 20 May 10 at 02:25:44
tak ajak pun pegi sama.. :(
hantu mimpi ngeri - 25 May 10 at 02:11:53
ada ke buah jambu epal tu?? tak penah dengar pun..
bigmama - 28 May 10 at 07:43:09
Sedap tul jambu epal tu! Manis…. memang manis. Aku baru pi cameron last week, 2 biji RM10.00.
Titan, Demam dan H1N1 | EarnCent.com - 31 May 10 at 04:29:22
[…] serius sangat. Ada yang lagi kronik berbanding aku.. Tapi memandangkan yang aku akan pergi ke Cameron Highland untuk kali kedua dalam tahun 2010 ni, aku rasa aku terpaksa juga pergi klinik cari antibiotik untuk […]
ainun - 29 Aug 11 at 14:52:56
bestnya konvoi camnie



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011