Over confident. Yap, bukan sahaja dalam dunia blogging tapi hatta dalam dunia badminton atau dunia memasak sekalipun, kita tak boleh terlalu yakin atau over confident. Lihatlah bila apa yang telah terjadi semalam. Kita tewas 3-2 kepada Jepun. Ingat. Ini bukan sahaja kekalahan pasukan badminton Malaysia. Ini kekalahan kita juga. Mereka mewakili rakyat Malaysia lain dalam pertarungan merebut Piala Thomas.
Walaupun sokongan yang agak padu diberikan. Namun kita gagal untuk menewaskan Team Tago walaupun Tago Kenichi berjaya ditewaskan oleh Chong Wei. Tapi amukan Malaysia terhenti apabila Choong Hann telah dikalahkan. Dari set pertama sahaja aku dah agak yang Choong Han mungkin tewas. Dan mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Ternyata telahan aku tepat. Kita tewas dan Hafiz Hashim pula gagal untuk mengalahkan perseorangan ketiga Jepun. Pujian diberikan kepada semua pemain Jepun yang bermain dalam aggressive mode ketika melawan dengan pemain Malaysia yang kekadang macam semput dan cool selamba aje..

Ditambah pula dengan kes pemain Malaysia dicemuh dan diboo oleh penyokong sendiri apabila bergu Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari and Mohd Zakry Abdul Latif tewas pada game yang keempat. Aku agak kecewa kerana persembahan yang agak buruk. Aku juga pemain badminton. Walaupun mungkin tidak ditahap tertinggi, namun aku tahu sebuah permainan itu bagus atau tidak. Agak lesu dan tidak ada strategi yang berkesan untuk menewaskan bergu Jepun. Ntahlah, mungkin mereka ada sebab tersendiri yang kita tidak tahu. Aku juga terkilan dengan perangai rakyat Malaysia yang tak dapat menerima kekalahan bergu kedua dan mencemuh mereka.
Untuk perlawanan dengan Denmark nanti, aku harap mungkin Malaysia boleh menurunkan bergu muda iaitu Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong untuk menggantikan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari and Mohd Zakry Abdul Latif. Mungkin sesuatu yang berbeza akan berlaku. Ini cuma cadangan sahaja sebab aku rasa bergu muda itu agak agresif ketika aku lihat mereka bermain dahulu. Tapi jauh didalam hati aku, aku mahu Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari and Mohd Zakry Abdul Latif kekal bermain sebagai bergu kedua dan akan membantu Malaysia menewaskan Denmark pada perlawanan suku akhir nanti.
Harapan aku, kita jumpa Jepun kembali ketika di Final. Mengapa? Hanya itu sahaja cara untuk kita tebus malu yang sudah terpalit. Aku yakin Jepun dapat pergi ke Final mengikut prestasi mereka. Team Tago ada peratus yang besar untuk melangkah ke final. Dan aku harap Malaysia berjaya menewaskan Denmark dan kita pula turut berjaya menewaskan China pada perlawanan separuh akhir. Kita ada peluang. Dan aku berharap dua bergu kita boleh menang dan satu lagi kemenangan adalah dari mana-mana pemain perseorangan. Team Badminton Malaysia cukup kuat dan aku rasa kita layak untuk menang pada tahun ini. Tapi jika semangat dan disiplin pemain dan penyokong kita hancur, aku tak rasa kita leh sentuh lagi Piala Thomas tu. Jadi, malam ni sama-samalah kita sokong untuk Malaysia. Aku yakin, kita boleh menang. Ini bukan over confident. Ini keyakinan yang berjaya aku cetuskan setelah berfikir dari pelbagai sudut. Insya-Allah..
Ps: Kita mungkin menang 3-2 atau 4-1. Tapi kalau kita kalah, kita kalah 3-2 pada Denmark. Aku harap kita menang. Ya Allah, ko makbulkanlah doa kami rakyat Malaysia. Amiinnn…
Pss: Final Piala Thomas 2010. Malaysia vs Japan. (2nd round..) Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat | Konvoi ke Cameron Highland »
















Bagilah sokongan moral yang padu, tekanan diaorang tak ambil kira.. tau nak condemn jerk.