1. Seorang peniru yang berjaya. Apa yang orang lain buat, samada blogger ke, internet marketer ke, webmaster ke hatta penjual ais krim secara online ke, dia boleh tiru dan berjaya. Kalau orang tulis blog, dia pun boleh tulis blog. Kalau orang leh jual tudung, dia pun boleh jual tudung. Pendek cerita, dia memang peniru yang sangat berjaya. Blogger jenis ni, memang ramai dekat Malaysia. Salah seorangnya adalah aku sendiri. Tok sah cerita orang lain. Aku juga seorang peniru..
2. Seorang yang yang sangat bijak. Terpaksa mengakui bahawa blogger yang berjaya biasanya bijak mengawal dirinya tak kiralah samada dalam management, bijak mengambil peluang, bijak menggoda awek melayu, bijak memancing trafik, bijak mengumpan pembeli, bijak menggunakan ayat-ayat pemanis dan sebagainya. Kalau blogger ni tak bijak, dia takkan berjaya. Ini pendapat aku, korang tak suka, aku lagi tak pedulik.

3. Seorang yang sangat popular. Takdelah sangat pun. Tapi sekurang-kurangnya ada orang kenal beliau. Paling teruk pun, mesti ada seorang yang akan kenal beliau. Tak kiralah kenal blog atau kenal orangnya. Tapi biasanya blogger yang berjaya ada pengikutnya tersendiri dan silap hari bulan, ada group fan yang tersendiri. Dan majoriti blogger-blogger yang popular nih, popular disebabkan oleh blog-blognya. Jarang blogger tersebut popular tanpa sebab. Kan?
4. Seorang yang boleh membaca fikiran orang lain. Kiranya satu aliran dengan mind reader. Maksud aku, blogger tersebut tahu kehendak masyarakat. Tahu kehendak pembaca. Tahu apa yang pembaca mahukan. Tahu apa yang perlu ditulis dalam blognya. Tahu nahu dan selok-belok penulisan blog dan blogger tersebut biasanya bijak meramal siapa yang bakal menjadi pencabarnya pada satu hari nanti. Hanya blogger yang berjaya akan tahu blogger mana yang akan berjaya pada satu hari nanti. Tak percaya? Aku tak kesah. Tapi bukti depan mata menyebabkan aku terpaksa mengakui hakikat itu. Ini pendapat aku aje tau. Korang tak suka, aku tak kesah punya.
Seperti yang aku tulis, empat sahaja. Ada banyak lagi. Tapi ini antara yang ciri-ciri PANAS yang memang terlalu ketara kita akan nampak dalam blogger-blogger yang berjaya nih. Aku yakin ramai antara korang yang perasan tentang ciri-ciri ini, bukan? Tak percaya? Lantaklah. Aku dah beritahu. Tepuk dada, tanya selera.
Ps: Aku lapar dan mengantuk. Malam tadi ada projek. Sampai kul 2 pagi baru dapat tidur. Penat drive dari Banting agaknya. Dah dekat sebulan lebih tak drive jejauh camni. Siap berhenti kejap-kejap untuk test power kamera Canon baru aku tu..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Satu Tips untuk menjadi seorang Full Time Blogger yang berjaya | 4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat »
















dia kena kreatif mencari publisiti untuk popular..
plus kena hensem macam aku haha