Lagi beberapa jam aku akan pulang ke Damak. Yang pastinya aku akan singgah ke Jerantu. Nak cari kasut aku yang tertinggal masa main futsal hari tu. Hampeh betul. Sudahlah hari rabu depan ni ada game badminton untuk menentukan samada team aku yang jadi johan atau team Ustaz Sahak dan Ustaz Zainiu. Hoho..lawan ustaz lagi tu. Jangan ingat ustaz pun tak terror main badminton. Selalu baca khutbah jumaat tu. Kat sini, kebanyakkan ustaz aku kenal sebab sebahagian daripada mereka main badminton dalam liga yang mereka tubuhkan tu. Kiranya aku ni pemain juniorlah di kampung Damak nih. So far, best gak main dengan bapak-bapak budak nih. Macam-macam benda aku dapat dan inilah salah satu sebab aku mengubah haluan aku dari seorang full time blogger ke part time blogger. Ada banyak perkara yang aku cari dan inilah salah satu daripadanya. Haha..
Aku tengah kemas barang jap. Sebelum aku bertolak, mak aku akan buat spot-check macam biasa. Itulah rutin beliau kalau aku nak balik Jerantut atau Damak ni. Ada benda aje nak check. Takut-takut ada benda tertinggal. Aku tak kesah sebab memang kebiasaannya akan ada benda tertinggal. Tak satu barang, dua barang. Mesti ada yang tertinggal. Macam sebelum ni, aku tertinggal tali pinggang dan charger Sony Ericsson aku. Tak pasal-pasal, aku kena beli tali pinggang baru dan chargernya plak aku menumpang kawan aku. Nak beli, rasa macam malas aje. Tapi kali ni, aku dah siap kemas barang-barang penting terutamanya gadget-gadget aku seperti GPS Garmin, Handset Nokia dan Sony Ericsson, Kamera Canon yang baru aku beli semalam, external hardisk Imation 320 GB, charger-charger handset dan kamera serta tak lupa dengan Laptop Fujitsu ESPRIMO Mobile kesayangan aku nih. Ada banyak lagi gadget-gadget impian aku yang masih belum aku dapatkan. Tak apa. Biarlah perlahan-lahan aku kumpul koleksi-koleksi gadget aku tu. Biar ambil masa sikit. Tak perlu tergesa-gesa..

Kalau nak dikutkan, memang susah aku nak beli gadget-gadget aku tu ketika aku masih dibangku sekolah ataupun ketika aku di UMS dulu. Tapi kini, bila dah ada kerja, dah ada kerja sampingan, aku sudah mampu untuk memiliki apa yang dulu aku tak mampu. Kesemuanya aku beli dengan menggunakan duit yang aku dapat daripada aktiviti internet aku iaitu blogging dan internet marketing. Duit gaji aku tu kebanyakkannya aku simpan dan melabur kat tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah, sudah mampu nak menyimpan dan boleh start fikir bab kahwin ni. Nenek aku mesti gembira kalau dia tahu aku dah bagi green light untuk bab-bab kahwin nih. Cuma calon aje yang masih belum dijumpai. Yang pasti, sampai masa, korang akan dapat jemputan dari aku. Itupun bila tiba masanya.
Aku sentuh sikit tentang bab buat duit di internet. Ada yang mengatakan buat duit di internet ni adalah satu penipuan yang besar. Mereka membuta-tuli mengatakan bahawa blogger itu penipu dan blogger ini jahat. Belum lagi yang mengata tanpa bukti yang kukuh. Aku tak dapat nak salahkan diorang sebab memang ada segelintir antara kita yang memang buat perangai. Jadi, nak tak nak, kita memang akan kena tempias daripada aktiviti bengong diorang tu. Belum lagi yang berlagak pandai dan menghina orang. Tak cukup lagi, ada plak Otai yang kita rasa dia boleh membantu kita membuat onar dibelakang kita. Belum lagi yang menghina blogger-blogger yang lain. Jadi, memang banyak karenahnya dunia internet dan dunia blogging nih.
Jadi perihal boleh atau tidak buat duit di internet adalah satu hal yang agak subjektif. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Elemen tawakal, nasib, usaha tanpa henti, tidak mudah putus asa, berani mengambil risiko, kreatif dan bijak, bijak mengambil peluang dan cepat mencipta peluang antara faktor kritikal yang akan mengubah korang untuk menjadi seorang blogger yang berjaya ataupun Internet Marketer yang unik berbanding orang lain. Jadi, jika korang ada beberapa elemen yang aku sebutkan tadi, asahkan lagi elemen tersebut dalam diri korang an akhirnya korang akan lihat result yang berbeza yang mana sebelum ini korang tak pernah capai. Aku sendiri tak percaya yang aku mampu terus menulis blog tanpa rasa bosan setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam penulisan blog ini. Secara jujurnya, aku sendiri pernah hampir putus asa dan mahu meninggalkan dunia penulisan blog ini, tapi aku nekad aku akan teruskan apa yang aku lakukan sampai ke penghujungnya. Tak guna aku mulakan sesuatu tapi aku tak pergi ke peringkat yang lebih tinggi sementara diri ini masih muda dan bujang bergaya ni, bukan? Hehe..
Ps: Satu tips untuk menjadi seorang Full Time Blogger yang berjaya. Cari seorang Full Time Blogger ang memang dah berjaya. Dan TIRU apa yang dia lakukan dengan cara korang sendiri. Itu sahaja. Insya-Allah. Korang akan berjaya menjadi seorang Ful Time Blogger yang hebat dan bergaya.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 50 dari TNX | 4 Ciri-ciri PANAS Blogger yang berjaya »














Nak berjaya kena ikut & tiru orang yang dah berjaya.
Tiru jer En Titan…layan