Bila aku balik banting ni, memang banyak benda yang aku hendak buat dan aku terpaksa mengakui yang aku sangat banyak kerja yang perlu aku lakukan. Aku bekerja 7 hari setiap minggu dan setiap hari biasanya aku akan tumpu dalam 3-4 jam secara serius untuk buat kerja. Sementara waktu-waktu yang lain biasanya aku buat benda lain yang takde kaitan sangat dengan kerja online aku. Itu waktu yang aku peruntukkan untuk kerja-kerja internet aku tu termasuklah blogging dan internet marketing. Lom lagi masuk personal coaching dan servis-servis yang aku tak ceritakan dalam blog ini. Jadi, memang kadang-kadang aku agak sibuk dan aku minta maaf jika ada yang email aku sampai aku tak terbalas dan juga yang minta aku tolong review produk diorang. Memang ada masanya aku terlalu sibuk. Memang aku baca email dan permintaan korang tu, cuma aku tak daya nak buat masa tu. Jadi, biasanya aku akan peruntukkan satu masa yang sesuai untuk selesaikan semua tu..
Dan aku baru aje dapat bayaran komisen kedua dari Squidoo. Yap, yang kedua. Tak banyak pun. Tapi inilah hasil bila aku bermain dengan Squidoo. Memang aku tak tumpu sangat dalam hal buat duit dengan Squidoo ni dan aku tahu jurus-jurus Squidoo aku masih tak matang. Kebanyakan lens aku berjaya duduk dalam rank 4 digit daripada 6 digit. Biasanya lens yang tinggi ni memang berkaitan dengan niche make money online dan business. Sebab memang aku tahu serba sedikit camana nak main seo dengan guna Squidoo ni. Ada gak triknya dan yang penting, kita kene patuhi peraturan yang ditetapkan oleh Squidoo. Jangan sampai lens kita tu disyaki melakukan spam. Sesetengah keyword memang takkan lepas dekat lens Squidoo ni. Dan sampai satu tahap, diorang terus reject selepas korang selesai tulis article kat Squidoo. Sabar ajelah bila aku terkena macam tu. Sakit hati jangan ceritalah..

Yang aku cukup suka dengan Squidoo, minimum bayaran kita boleh setkan ke 1 dollar sahaja. Cukup rendah dan tak perlu menunggu masa yang lama. Cukup bulan, korang akan dapat bayaran tersebut di akaun paypal masing-masing. Rasanya sudah ramai orang kita yang mempunyai akaun paypal, bukan? Jadi, menyertai Squidoo bukanlah halangan besar untuk korang kan? Kalan korang memang terer dengan jurus-jurus SEO ni, try aje Squidoo ni. Mesti boleh buat duit punya..
Jadi, ada antara korang yang berjaya dengan Squidoo ni? Mesti ada yang lagi terer dari aku, bukan? Kongsi-kongsilah cerita korang bersama dengan Squidoo. Mesti ada kisah manis dan pahit. Dan aku akui, memang banyak lagi yang aku kena belajar untuk memastikan lens Squidoo aku mendapat ranking yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Boleh join Squidoo kalau minat >> Squidoo.com
Ps: Yehh, tercapai juga hajat darah muda aku untuk beli kamera. Dah angkat kamera jenama Canon tadi. Murah aje. Harganya cumalah RM580. Dapat 4 GB memori kad SD. Canon PowerShot A30000 IS. Haa, itulah namanya. Kira oklah tu. Aku malas nak angkat yang mahal. Ikut hati, memang nak angkat DSLR. Tapi aku tengah sibuk sekarang. Aku beli kamera pun sebab memenuhi kehendak aku sebagai seorang blogger sambilan. Bagi aku, penting bagi aku memiliki sebuah kamera digital. Dan gambar yang aku ambil dengan kamera ini dapat membuatkan lens Squidoo aku akan tampak berbeza. Haha..
Pss: Ain pun suka dengan Squidoo. Tapi kekadang dia suka gak dengan Triond dan Bukisa..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content













