Malam semalam, aku dengan geng-geng kerja kat tempat lama aku sempat main futsal. Tengah aku dok sibuk wat kerja, ada sorang mamat ni call aku. Dia ajak aku main futsal. Oleh sebab aku memang tengah gian nak menendang orang, jadi aku terimalah tawaran tu. Dan tak sangka, ramai plak yang datang malam tadi. Kira meriah jugaklah sebab dekat 20 orang datang. Kami dibahagikan kepada 4 team dan aku mewakili team B. (Bala, titan, Firdaus (import team lain), Pejo dan Fairuz. Team 1 Malaysia nih. Haha..
Kitaorang main futsal tu mula jam 11 malam dan habis dalam jam 12 tengah malam. Memula memang mata tu dah mengantuk gila. Rasa kalau ada bantal kat padang futsal tu, memang aku lelap masa tu jugak. Tapi bila berjaya sumbat gol pertama untuk team aku, semangat nak sepak bola tu memuncak-muncak. Jadi, malam tadi aku berjaya score 3 gol dan assist 3 kali. Kira oklah tu sebab ianya berakhir dengan keputusan 2 menang dan 1 seri. Bolehlah untuk pemain-pemain futsal amateur macam kitaorang nih. Golongan bapa-bapa ni memang tak boleh kasi peluang, merembat aje kerja diorang. Skill memang ntah ke mana. Tak dapat bola, dapat kaki pun ok apa..

Waktu aku tengah melepak sementara menunggu turn bermain futsal malam tadi, ada seorang bapak budak ni bertanya tentang kegiatan aku dengan blog ni. Ntah macam mana bapak budak ni tau tentang aktiviti aku tu, aku tak tahu. Mesti ada agen yang mempromosi nama aku ni. Ada yang nak suruh aku belanja teh tarik agaknya kot. Dia tanya aku macam mana nak setup blog dot com. Dia tahu gak serba sedikit pasal dunia blogging ni cuma dia nak lebih serius. Cuma dia tak ada sesiapa yang nak guide dia satu demi satu. Jadi, aku jawab ajelah apa yang dia tanya dengan apa yang aku tahu. Yang aku tak tahu, aku kata tak tahu. Yang aku tahu, aku beritahu. Dan alhamdulillah, dia puas hati dan nak minta aku tolong untuk setupkan blog dia. Ada rezeki masuk bila tengah-tengah main futsal tadi. Itulah, rezeki tu datang memang tanpa kita duga. Alhamdulillah..
Dan aku sempat beri satu nasihat yang aku rasa memang penting. Tak kiralah orang tu baru atau dah lama dalam dunia internet marketer Malaysia atau Blogger Malaysia ni. Dalam bidang ni, usaha tanpa henti dan elemen tawakal atau bahasa pasarnya nasib ni merupakan antara bahagian yang penting untuk kita tahu dan kita sedar. Kita kena sedar yang semuanya tidak semudah dengan apa yang kita sangka. Tak semestinya kita cuba teknik A tu, kita boleh berjaya dalam masa yang singkat. Hasilnya berbeza bagi setiap orang dan pastinya kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Jadi, kena faham konsep usaha dan tawakal ni. Kita buat apa yang kita mampu dan berserah padaNya. Berdoalah selalu. Insya-Allah, kita akan dapat apa yang kita hajatkan. Kita ni insan lemah aje. Jadi, tak guna nak menyombong atau berlagak terer. .lebih baik jika kita bersederhana. Itu lebih afdal rasanya.
Ps: kawan aku ada bagitau. Mungkin diorang nak wat game main futsal ni seminggu sekali atau sebulan sekali. Aku takdehal bro. Sementara masih muda dan solo lagi ni. Aku sanggup lagi. Haha..
Pss: Petang khamis, aku akan merempit ke Banting. Aku nak singgah kedai komputer tengok netbook Acer dan Dell yang berharga bawah RM1400 tu. Ingat nak angkat satu netbook baru..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads | Komisen kedua dari Squidoo »














cheese cake fans. Yap. Aku rasa dia akan mampu menulis blog dengan lebih baik pada masa yang akan datang.
madlut. Ko dok mana?