Di sini, aku kongsikan dua bayaran yang aku terima dari program TLA. AKu yakin ramai dikalangan korang yang tahu tentang program ini dan aku rasa aku tak update bayaran bulan lepas. Memang tak berapa banyak. Tapi inilah income pasif aku bersama dengan TLA sejak hampir 3 tahun nih. Aku yakin ramai yang berjaya buat duit dengan lebih berjaya melalui program TLA ini. Betul tak?

tlapaymentapril2010 300x129 Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads

tlapaymentmac2010 300x123 Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads


Walaupun ramai antara kita tahu yang agak sukar untuk buat duit dengan program Text Link Ads ini, tapi aku juga yakin ramai dikalangan kita yang berjaya buat duit dengan program ini. Memang mula-mula kita rasa ralat sangat. Program ni terlalu memilih. Berbeza sangat dengan program TNX yang sangat mudah untuk diluluskan. Tapi ada sebab mereka berbuat demikian dan aku akur yang kita terpaksa mengikut apa yang diperlukan untuk masuk ke dalam lubuk duit tersebut.

Jadi, jangan ragu-ragu jika mahu bermain dalam arena TLA. Memang ianya berbeza dengan arena Adsense atau arena TNX. Tapi ianya masih dalam dunia blogging. Jadi, usahalah bersungguh-sungguh dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Insya-Allah, kita akan dapat apa yang kita mahukan.

Setakat ini, memang aku tak pernah putus duit dari program TLA ini dan aku akui aku sangat bertuah kerana blog-blog aku diluluskan dari program ini. Memang agak sukar tapi jika tak dipecahkan buah kelapa tu, takkan kita boleh dapat merasa air kelapanya yang manis tu kan? Begitulah juga  dengan program ini, kalau kita tak buat apa yang kita patut lakukan, memang kita takkan dapat apa-apa dari program emas ini..

Korang boleh join TLA jika berminat >> TLA.com icon smile Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads




Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
mfadhly - 04 May 10 at 08:08:46
Tahniah bro sekurang-kurang ko dah stabil menjana pendapatan online…. :cool:
Samdaddycool - 04 May 10 at 17:01:04
aku pernah dapat job sekali je TLA ni.. pastu takde sangkut2 lagi..

p/s - kena tingkatkantrafik dan selalu usya page dia. Thanks ingatkan aku
merahkatak - 05 May 10 at 00:33:39
huhu..nampak gaya, memang macam susah sangat..
Faeiz - 05 May 10 at 01:49:58
Bleh ke kalau kita combine TLA and TNX dalam satu blog? ada langgar apa-apa TOS tak eh?

Titan ni pendapatan pasif ajer, naik jaki dah aku..hehe.
merah saga - 05 May 10 at 04:19:53
boleh aje. tnx dengna tla. adsense pun boleh. try aje..
rina - 05 May 10 at 23:56:42
tak susah nak wat duit dengan tla nih. kita mauuu atau tak mauu aje..
cheese cake fans - 06 May 10 at 06:22:01
still not try. But i will.
titan - 06 May 10 at 13:38:54
mfadhly. Yap. Itupun setelah beberapa tahun berusia dan doa aku dimakbulkan. Dan aku kena terus berusaha untuk bantu diri aku dan orang lain yg lebih memerlukan..

Samdaaddycool. Aku pun harap aku dapat lebih banyak job pada masa yang akan datang. :)

merahkatak. Nak atau tak nak aje menda nih..

Faeiz. Boleh. Takde masalah. Tak langgar TOS pun..Jaki tu apa maksudnya? Aku cari kat kamus dewan, tak tau plak maknanya..

merah saga. Betul. :)

rina. Betul. Betul! :D

cheese cake fans. I hope you will try bro.
sangilapi - 07 May 10 at 15:51:23
aku belum cuba lagi TLA ni,begitu jugak dengan TNX(walaupun dah beli ebook dari bro).

*jaki=bengang(dalam nada gurau),lebih kurang gitulah maksudnya* kalau salah tolong betulkan :)
encik vitamin - 08 May 10 at 09:29:09
emm..banyak dah dapat ni. sapmai 28 kali. memang sesapa pun akan jadi jaki.. :D
Samdaddycool - 09 May 10 at 13:15:15
bila diaorang nak bagi aku job berkilo2 seminggu… :D
ainun - 29 Aug 11 at 14:58:14
tahniah titan ….hebat arrr
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:59:46
tahniah titan! hebat222!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011