Penat semalam masih berbaki dan aku rasa badan aku memang tak berapa betul dalam 2-3 minggu nih. Aku rasa memang aku kena buat sesuatu sebelum badan aku tiba-tiba breakdown. Tak ke naya namanya tu..
Sebelum aku terlupa, hari ini aku nak kongsikan komisen yang aku terima dari program TNX. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat bayaran komisen yang ke 49 dari TNX beberapa hari yang lepas. Mungkin agak terlewat untuk update bayaran ni, tapi aku tetap akan kongsikan pada korang dan aku harap ianya akan menjadi pencetus semangat untuk korang terus berkecimpung dalam arena TNX ini..

Memang tak berapa banyak yang aku dapat kali ini. Mungkin disebabkan ada beberapa blog aku yang down dan masalah dengan webhosting yang aku gunakan. Mungkin juga disebabkan oleh advertiser TNX yang masih lagi tak berapa stabil berbanding beberapa bulan yang lepas. Tapi aku terima seadanya semua bayaran yang aku dapat dari TNX. Lebih baik bersyukur seadanya daripada kita merungut tak cukup ini dan tak cukup itu kan? Sekurang-kurangnya, aku masih boleh makan roti telur dengan kari ikan setiap hari ahad seperti biasa dengan duit TNX ini. Hehe..
Terima kasih juga kepada semua pemain TNX samada korang merupakan downline aku ataupun pembeli Panduan TNX 2.0 kerana menyokong program TNX dan juga panduan yang aku tulis ini. Memang tak terniat untuk menulis panduan itu. Cuma aku terpanggil untuk menulis dan akhirnya terhasillah panduan yang tak seberapa ini setelah hampir dekat 2 tahun lebih bersama dengan TNX. Aku harap panduan ini akan terus membantu dan relevan setiap tahun dan setakat ini, pembeli panduan TNX sudah melebihi 150 orang setelah diupdate ke versi yang lebih baru.
Bagi aku, itu satu angka yang besar bagi penulis panduan yang bertemakan “make money online”. Jika dulu, memang senang nak dapat lebih dari 200-300 sales tentang niche make money online nih, tapi sekarang ianya bukan mudah sebab tak ramai orang percaya dengan panduan sebegini. Nak buat macam mana, memang dah macam tu sejak dulu lagi. No wonder banyak e-book yang sebegini dipandang rendah oleh sesetengah orang. Tak apa. Sekurang-kurangnya, panduan ini mampu membantu seseorang untuk menambah sedikit pendapatan melalui blog mereka. Jika ikut panduannya, memang korang boleh buat. Seterusnya, terpulang pada korang. Mahu dapat lebih atau kekal dengan peringkat itu sahaja.
Boleh dapatkan di sini jika berminat >> PanduanTNX.com
Ps: Agak-agak korang, dengan duit TNX aku tu, dapat tak aku beli laptop acer baru untuk adik angkat aku tu???
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Malaysia nih syurga makanan.. | Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads »














dekat usd 10 aje…
apa kesan sampingannya kalo tak update? dapat sikit2 laa kesannya…
rina. Geram aje ke? Hehe..
abdfatah. Yap. Memang kena selalu update. Itu salah satu antara sebab yang leh tingkatkan income tnx kita..
merahkatak. Sama-sama. Dah dapat pun yg ke 50 sebenarnya. Hehe..
merah saga. Betul.