Archive for May 2010


Pagi ini aku bangun agak awal. Mungkin sebab tertidur awal. Ya, semalam merupakan hari yang agak sibuk dalam keluarga aku sepanjang tahun 2010 ini. Ini kerana kami bersiap dari awal pagi untuk kenduri dan tahlil untuk kes abah dan umrah yang akan bertolak menunaikan umrah pada minggu hadapan. Aku harap aku juga akan pergi ke Tanah Haram itu untuk waktu yang terdekat nanti. Insya-Allah. Memang dah lama aku mahu pergi. Bukan tak ada duit. Tapi aku pasti, bila kena pada masanya, aku akan pergi ke sana.

Aku lihat trend internet marketer kita tak lari dengan internet marketer yang luar dari Malaysia. Semuanya sama sahaja. Baik dari segi pemasaran, sikap dan kemahiran. Kalau berbeza pun, berbeza sikit aje. Tak lari sangat sebab mereka semua masih berpusing dalam tempat yang sama. Dan satu fakta yang tak dapat ditolak, pemberian bonus tak kiralah dalam bentuk hadiah, tawaran, bonus dan yang sama maksud dengannya ketika mempromosikan sesuatu produk merupakan persamaan antara internet marketer tempatan dan internet marketer luar. Aku berani jamin, jika tak ada bonus 90% produk itu takkan terjual walaupun produk itu datangnya dari internet marketer yang tersohor. 10% pula mungkin atas beberapa faktor seperti sifat ingin tahu tentang produk tu, ingin membantu kawan-kawan seperjuangan, sebagai salah satu cara untuk support member, memang produk tu dicari-cari dari dulu lagi dan mungkin juga produk itu mungkin dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalahnya. Tak ada bonus pun tak apa.

Walaupun ini tekaan liar aku, tapi aku sudah perhatikan trend ini sejak aku mula menceburkan diri dalam bidang internet marketer ini. Bab-bab memberi tawaran bonus ni memang mampu menarik perhatian ramai orang. Sampai satu tahap, bonus yang ditawarkan tu nilainya lebih hebat berbanding produk yang dipromosikan itu. Malah, mungkin orang membeli produk itu disebabkan oleh bonus yang ditawarkan oleh IM yang mempromosikan produk tersebut. Aku sendiri kadang-kadang tertarik dengan bonus yang ditawarkan dan biasanya aku akan beli jika bonus itu memang aku yakin akan membantu aku dalam pelbagai perkara. Jadi, salah atau tidak memberi bonus?

Aku tak nak kata cara itu salah atau tidak. Cuma aku mahu ajak kita berfikir. Sampai bila pemberian bonus untuk sesebuah produk itu wajar diteruskan? Bila ada sesebuah cabaran diwujudkan, kita boleh nampak ramai IM berlumba-lumba mempromosikan produk tersebut dengan menawarkan pelbagai bonus yang boleh merambangkan mata orang lain. Dan biasanya cabaran itu akan bertahan dalam 1-3 bulan dan akan ditutup atau mungkin kuota untuk penjualan produk itu hanya untuk angka tertentu. Mengapa pula mesti ada kuota? Bukankah kalau tidak ada kuota, kita boleh dapat lebih banyak jualan? Ya, aku tahu. Mereka ada strategi tertentu dan aku yakin mereka punya sebab tertentu untuk berbuat demikian. Dan banyak perkara yang malas aku nak sebut lagi. Jadi, salah atau tidak memberi bonus, itu hak korang. Jika penganjur sesebuah cabaran kata boleh bagi bonus, haa. Apa lagi, bagi ajela..tapi setakat ni, takde lagi penganjur yang tidak membenarkan kita membenarkan untuk memberi bonus ketika melakukan aktiviti promosi. Betul tak? Setakat ini, tak ada. Sebabnya? Penganjur sendiri dah bagi bonus. Takkan kita tak  boleh bagi bonus tambahan plak. Tapi sekali lagi aku mintak kita berfikir, sampai bila kita mahu berterusan begini?

Ini cadangan aku. Tak kesahlah kalau ada yang mahu ikut atau tidak. Cuba bila satu cabaran itu dibuka, kita tak benarkan para promoter untuk berikan sebarang tawaran bonus samada dalam bentuk servis, ebook, produk, wang tunai atau sebagainya? Korang rasa mampu tak para penganjur mencapai sales target yang disasarkan berbanding jika beliau membenarkan promoternya menggunakan bonus ketika promosi? 90% jualan tidak akan berjaya dilakukan. Ini kerana orang kita sekarang sudah dididik dengan tawaran bonus ketika membeli sesebuah produk.  Tanpa bonus, mungkin sebahagian besar dari mereka tidak berminat untuk membeli. Lebih-lebih jika produk itu dijual dengan harga yang mahal. Tetapi aku tetap yakin yang internet marketer tetap akan bejaya membuat jualan. Cuma ianya takkan mencapai targetnya. Ini yang berlaku kepada banyak internet marketer yang baru nak melangkah ke dalam dunia IM ini. Dan akhirnya IM yang baru ini akan membuat satu hipotesis yang mana hanya dengan pemberian bonus yang hebat sahaja, jualan akan dapat ditingkatkan dan mampu mencapai sehingga 200% hingga 600%.

Aku bukan nak menghentam. Tapi aku mahu cari jalan alternatif untuk mengubah konsep yang sudah dididik dalam hati orang kita. Pemberian bonus pasti dapat menarik perhatian orang kita untuk membeli. Kalau tak ada bonus, hati akan mula ragu-ragu untuk membeli. Hati takkan tertarik untuk membeli. Kalau sekadar melalui ulasan khas dari IM atau Blogger terkenal atau Otai, belum tentu jualan dapat ditingkatkan dengan maksimum. Ini aku yakin kerana ramai antara kita yang mengakui hakikat tersebut dan pastinya benda ini ada pro dan con dalam sudut yang berbeza.  Betul tak? Seandainya memang aku tak dapat cari jalan alternatif untuk pemberian bonus ini, dapatlah aku simpulkan bahawa dengan pemberian bonus ketika menjalankan aktiviti promosi memang dapat meningkatkan jualan dengan semaksimum mungkin. Tak hairanlah hanya dengan satu produk, seorang internet marketer boleh untung dalam 10 ribu hingga 50 ribu. Sebab tu ramai yang kata Internet Marketer ini senang nak buat duit..

Ps: Tengah hari nanti aku balik ke Damak. Hujan pulak pagi-pagi nih..Mak aku kata nak masak ikan goreng dengan sambal belacan. Fuhh, kalau ada petai sekali. Memang hari ini merupakan salah-satu hari-hari indah dalam hidup aku. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Satu lagi soalan yang bermain dalam otak aku beberapa hari lepas. Ini salah satu soalan yang ditanya oleh kawan-kawan aku yang aku rasa memang agak ghairah untuk mengetahui tentang perniagaan internet dan juga usahawan internet yang sedang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia.  Jika kita bandingkan dengan Malaysia 4-5 tahun lepas, aku tak rasa istilah perniagaan internet atau usahawan internet bermain dalam fikiran kita seperti sekarang. Tapi sekarang, aku yakin ramai rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan info tentang perniagaan internet. Satu soalan maut yang ditanya oleh kawan aku tu adalah bagaimana cara untuk memasarkan produk kita kepada orang lain dengan cara yang lebih efektif dalam platform internet ini.

Jawapan aku mudah. Kita mesti belajar dan mengetahui tentang cara nak pasarkan produk kita tu. Dalam erti kata lain, kita mesti tahu dengan lebih terperinci tentang ilmu pemasaran internet termasuklah apa yang patut dan tidak patut kita lakukan ketika melakukan pemasaran ataupun promosi. Tanpa ilmu, memang kita takkan ke mana-mana. Dan untuk mencari ilmu tersebut, ada pelbagai cara. Boleh dapatkan secara percuma atau pun berbayar. Jika yang percuma, boleh search di Google. Aku yakin korang akan jumpa pelbagai istilah dan ilmu baru tentang pemasaran internet nanti. Dan dalam banyak-banyak ilmu pemasaran internet ini ada satu bab yang sangat mengagumkan iaitu pemasaran email. Kuasa pemasaran email ini diakui sangat berkesan dan telah digunapakai bukan sahaja internet marketer tempatan tetapi internet marketer luar negara. Tak perlu aku sebut nama-nama internet marketer tersebut, sebab bukan korang semua kenal sangat pun. Kalau korang ada yang tahu, itu dah cukup bagus. Susah sangat, search aje kat Google. Beribu-ratus Internet Marketer yang menggunakan pemasaran email untuk memudahkan mereka menjual produk.

4 Jurus Maut Razif Yusof: Teknik Pemasaran Email


Ada satu perkara yang aku cukup kagum dengan teknik pemasaran email ini. Dalam bab pemasaran email ini pula, ada satu sub-bahagian yang aku kira terlalu penting untuk kita semua tahu iaitu Mailing List dan Autoresponder. Topik ini sangat penting kerana korang perlu tahu apa itu Mailing list, apakah kegunaan Mailing List, bagaimana untuk tidak menyalahgunakan kegunaan Mailing list ini. Untuk topik Autoresponder, pemilihan autoresponder juga cukup penting untuk jangka masa panjang. Tersilap pilih, memang kita yang akan menanggun kerugian. Jadi, plan tindak ikut yang dirancang mesti selaras dengan plan operasi. Baru strategi yang kita rancang dari awal akan membuahkan hasil.

Cukup aku sebut 3 orang yang sangat hebat dalam ilmu jurus pemasaran internet ini. Yang pertama, Ammar Zahar. Salah seorang Internet Marketer muda yang semakin terkenal dari tahun lepas sehingga ke tahun ini. Aku sendiri nampak dari mula si Ammar ni bermula sehinggalah dia berjaya seperti sekarang. Yang kedua adalah Razif Yusuf. Beliau merupakan salah seorang Top affiliate Malasyia dalam pelbagai program affiliate yang dijalankan di Malaysia. Yang ketiga pula adalah Jamal. Salah seorang Internet Marketer yang aku boleh katakan baru bertapak sejak tahun lepas tapi berjaya mencipta nama dan selalu top affiliate seperti Razif dalam program affiliate yang selalu dijalankan di pasaran Malaysia. Dan ada banyak lagi dan cukuplah aku sebut 3 orang ini kerana dari segi ilmu jurus yang diorang pamerkan dalam setiap cabaran affiliate memang kreatif dan agak berbeza berbanding orang lain. Mengapa? Aku tahu kerana aku subscribe ketiga-tiga mailing list top affiliate ini. Banyak yang aku pelajari dari mereka dalam ilmu jurus pemasaran email ini. Bagi aku, lebih baik aku tiru cara orang yang aku sudah anggar pakar dalam bidang ini berbanding aku belajar dari zero.

Dan bila aku baca produk terbaru iaitu Ebook Teknik Pemasaran Email Sebenar yang dihasilkan oleh Razif ternyata ianya antara panduan yang sangat teliti dan agak mudah difahami oleh kebanyakkan orang. Sesuai juga untuk mereka yang mahu mengetahui tentang pemasaran email dengan lebih lanjut. Aku yakin ramai yang akan memiliki panduan ini dan aku akur dan mengaku bahawa panduan ini memang berbeza. Bukan aku suka-suka cakap sebab dia kawan IM aku, tapi aku sendiri belum tentu boleh buat panduan sebegini. Penerangan yang mudah difahami dan agak lengkap. Aku yakin ramai orang akan mula memiliki senarai list sendiri yang pastinya mempunyai target yang tertentu.

Selain itu, korang juga akan dapat 4 lagi ebook selain dari Ebook Teknik Pemasaran email Sebenar..

1. Ebook Rahsia Pakar Jualan
2. Ebook Asas Affiliate
3. Ebook Teknik Pemasaran Email 1
4. Ebook Teknik Pemasaran Email 2

Bagi aku, ini satu lagi pelaburan untuk diri korang untuk menjadi seorang internet marketer yang hebat lagi macho bergaya. Aku tak suka guna ayat tu. Tapi aku sendiri nampak bila kita jadi seorang internet marketer yang bergaya, orang akan lebih dekat dengan kita. Mengapa? Kita ada benda yang orang lain tak ada. Kita ada produk untuk dijual. Kita ada sesuatu yang orang lain inginkan. Jika korang dah memang handsome, korang akan tampak unik dimata orang lain. Sejujurnya, internet marketer berjaya dengan teknik dan jurus mautnya. Dan salah satu jurus maut tersebut adalah memahirkan diri dengan teknik pemasaran email yang sebenar. Bukan guna teknik spamming atau main blast-blast di 100k  senarai email yang ntah mana datangnya tu. Ada cara dan tertibnya jika mahu berjaya membina mailing list yang halal. Jika mahu berjaya untuk masa yang panjang, korang kena ada 4 elemen ni dalam diri korang. Niat yang baik, fokus dengan teknik atau jurus yang berkesan dan usaha yang berterusan. Element yang terakhir, tawakal.

Ok. Leh miliki panduan tersebut di sini >> Jurus Maut Pemasaran Email Sebenar

Pss: Tawaran khas untuk pembelian ebook ini leh rujuk kat forum Wangcyber. icon smile Jurus Maut Razif Yusof: Teknik Pemasaran Email

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Kalau aku nak beriklan, kat mana yang sesuai ek?? icon smile Admercu   Pengiklanan dalam Talian

Saban hari kita akan lihat banyak syarikat pengiklanan yang muncul di Malaysia terutamanya syarikat pengiklanan yang menggunakan internet sebagai platform utama mereka. Antara syarikat tersebut adalah Nuffnang, Advertlets, Innity dan sebagainya. Malah, banyak forum yang sudah menyediakan ruang pengiklanan seperti forum Wangcyber. Tidak kalah juga kepada penulis-penulis blog dan blog popular, yang mula membuka ruang pengiklanan diblog masing-masing seperti blog Khai, blog Ohbulan.com, blog Ohartis.com, blog budiey.com, blog Earncent.com, blog Rohaizad.com dan beratus-ratus lagi blog yang semakin popular dikalangan blogger yang menggunakan internet setiap hari. Jadi, aku pasti ramai yang berminat untuk menyediakan ruang pengiklanan untuk advertiser yang berminat untuk mengiklankan produk masing-masing.

Jadi, hari ini ada satu lagi website yang menawarkan ruang pengiklanan yang mungkin membuatkan korang berminat untuk beriklan di website tersebut. Website tersebut adalah Admercu.com. Aku yakin hampir kebanyakkan pengunjung blog ini yang tidak pernah melawat ke website ini dan aku juga baru sahaja mendaftar di website itu. Cuma aku rasa ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh owner ataupun pengurus website tersebut sebelum website tersebut mampu menyediakan ruang pengiklanan yang mampu menarik ramai advertiser. Aku kira, mungkin pihak Admercu masih baru dalam bidang ini dan perlukan lebih banyak sentuhan ajaib yang mampu membuatkan Admercu setanding dengan website pengiklanan dan juga blog-blog popular yang mampu menarik ramai advertiser untuk beriklan diwebsite atau blog mereka.

Selain dari itu, aku rasa Admercu.com perlu buat sesuatu tentang design website tersebut. Mungkin beliau boleh buat sesuatu untuk menghias website tersebut menjadi lebih seksi dan mengancam. Ini penting untuk menarik perhatian pelawat dan sekaligus menukarkan mereka untuk menjadi advertiser di Admercu.com. Ini cuma cadangan peribadi aku sebab aku rasa memang beliau perlu berusaha keras untuk menghias website tersebut. Bagi aku agak kaku dan tidak kelihatan ceria. Mungkin boleh tiru konsep Nuffnang dan Advertlets. Tampak kemas dan bersih sahaja.

Tips dari aku, jika mahu membuka ruang pengiklanan di website dan blog korang, pastikan korang mempunyai beberapa kriteria atau elemen yang mampu membuatkan ramai orang tertarik dengan website atau blog korang tu. Antaranya, alexa rank yang tinggi. Bagi aku, ini antara super weapon yang mesti ada untuk setiap website yang mempunyai alexa rank yang tinggi. Ini bermaksud, website korang menerima trafik yang sangat tinggi setiap hari dan setiap bulan. Ini pasti menarik perhatian advertiser yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengiklankan produk masing-masing. Aku yakin, ramai yang mahu beriklan dan mahu mencari lubuk untuk mengiklankan produk masing-masing.

Antara contoh yang yang korang boleh ambil adalah website Denaihati.com dan juga Dapatwang.com. Kedua-duanya menerima trafik yang sangat tinggi dalam masa yang cukup singkat namun kedua-dua website tersebut melakukannya dengan cara yang berbeza. Denaihati.com mendapat banyak trafik melalui content yang unik dan contest yang dijalankan sepanjang tahun. Manakala, Dapatwang.com pula melalui program Get Paid to Click yang membuatkan ramai orang tertarik untuk menyertai dan hasilnya, Dapatwang turut membuka ruang pengiklanan dan ramai yang beriklan diwebsite tersebut kerana dalam masa 3-4 bulan berjaya mencapai 120k dalam alexa rank. Bukan senang tu..

Tapi, mungkin Admercu ada strategi tersendiri dan mempunyai plan tindakan dan plan operasi yang mampu menghasilkan trafik yang tinggi dan mampu menarik ramai pengunjung ke website tersebut. Aku yakin Admercu ada helahnya yang tersendiri dan aku harap website ini akan dapat mencapai targetnya dalam masa terdekat setelah membuat beberapa siri perubahan untuk menjadikan website tersebut menarik di kaca mata pelawat dan advertiser. Ini penting untuk menghasilkan sebuah website pengiklanan ataupun blog pengiklanan. Satu lagi, mungkin Admercu boleh menyediakan ruang pertanyaan ataupun FAQ untuk memudahkan pelawat memahami selok-belok dan cara-cara untuk menggunakan website Admercu dengan lebih teratur. Aku yakin ini akan banyak membantu.

Ok. Leh lawat kat sini >> AdMercu dot com

Ps: Yap. Aku yakin website ini ada peluang untuk bersaing dengan syarikat pengiklanan dan juga blog-blog popular yang lain. Apa yang penting, kena ada usaha yang berterusan. Insya-Allah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hidup memang menderita. Ada masa kita perlu sengsara. icon smile Kerja kerja yang tertangguh..

Ada orang kata, kalau kita buat kerja bertangguh, memang banyak perkara yang kita nak buat akan tak berapa nak jadi. Maksudnya, kerja-kerja kita tu tak berapa sempurna dan mungkin tak menepati apa yang kita mahukan. Mungkin juga ianya tak memenuhi ciri-ciri yang menghampiri kesempurnaan.

Aku akui perkara itu dan aku terpaksa beritahu yang ada beberapa kerja review yang terpaksa aku tangguhkan. Adalah dalam 6 tugasan untuk membuat review yang tertangguh-tangguh. Aku tak mahu buat review dalam keadaan tergesa-gesa dan ada beberapa tools dekat komputer tempat kerja aku ni yang tak ada. Biasanya aku gunakan laptop aku, tapi hari ini aku gunakan komputer ditempat kerja aku untuk menaip artikel. Rasa macam dah lama tak menulis kat blog nih. Walhal, baru aje aku tulis hari itu..

wiseofshikamaru 300x225 Kerja kerja yang tertangguh..


Sejujurnya aku sendiri tak suka orang buat kerja bertangguh ni. Tapi aku sendiri pun dah bertangguh-tangguh disebabkan oleh pelbagai faktor yang sukar untuk aku jelaskan kepada korang atau kepada diri aku sendiri. Aku rasa masih banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari dalam pengurusan masa. Kalau bab nak urus masa ni pun kantoi, memang susah nak buat dua-tiga jenis pekerjaan dalam satu hari. Seharusnya aku buat sesuatu untuk mengubah jadual aku yang kekadang haru-biru ini. Ada sebarang cadangan dari korang untuk aku?

Oklah, tak ada apa-apa yang penting dan aku akan cuba udpate secepat mungkin termasuklah tentang komisen affiliate Panduan TNX 2.0, draft Panduan TNX 3.0 dan juga pada panduan terbaru yang akan keluar tak lama lagi. Satu panduan berbayar dan satu lagi panduan percuma. Insya-Allah jika dipermudahkan oleh Allah..

Ps: Dalam cerita Naruto, selain Naruto, Kakashi dan Jiraiya. Watak Shikamaru merupakan watak yang aku rasa tak patut tak ada dalam cerita Naruto. Tanpa Shikamaru, aku rasa cerita Naruto takkan best..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011