Yap. Baru aje lepas memasak kat dapur dengan member satu rumah. Teringat masa zaman muda-muda dulu, selalu masak lepas balik kuliah. Siap ada jadual siapa yang masak nasi untuk hari ini dan hari itu. Biasanya aku kena hari isnin sebab hari tu aku tak banyak kuliah masa aku belajar kat UMS, Sabah dulu. Itupun hanya ketika aku duduk menyewa rumah kat Kingfisher. Agaknya, masih samakah Kingfisher selepas aku tinggalkannya 3 tahun lepas?

Ketika ini aku sedang menaip artikel ini dengan menggunakan Celcom Broadband kepunyaan kawan satu rumah aku ni. Kelajuan ketika ini adalah 236.3 kbs. Bagi itu ianya satu kelajuan yang lebih baik berbanding dial-up. Mana tidaknya, kelajuannya adalah 4 kali ganda laju berbanding ketika aku menggunakan dial-up connection. Sekurangnya, aku masih boleh check akaun kat TNX, Google Adsense, Bidvertiser, TLA, Amazon, Clickbank, Shareasale dan yang lain-lain lagi. Memang susah nak update blog-blog yang lain, tapi setakat nak check apa yang patut, takdelah ralat sangat.

Sejak duduk kat kawasan Damak ni, memang aku cukup sibuk dengan kerja. Jadi aktiviti blogging yang dulunya aku sangat aktif, tidak dapat aku lakukan dengan segagah dulu. Tapi job dan kerja online tetap hadir tanpa aku duga. Benarlah, rezeki internet ni terutamanya dalam blogging dan IM ini memang indah-indah belaka. Sekali kita buat, sekali kita cuba, memang kita takkan lupa akan kemanisannya. Kenangan yang pahit payau tu memang banyak. Tapi aku jadikannya sebagai senjata untuk menghasilkan strategi yang lebih mantap untuk menjana pendapatan yang lebih kukuh berbanding ketika aku mula menceburi bidang ni. Alhamdulillah, mungkin berkat doa mak aku yang berharap aku berjaya telah membuahkan siri-siri kejayaan kecil aku sejak aku mula nih. Berkat nenek dan abah yang tidak jemu menyokong dan juga sokongan moral adik-beradik yang tak jemu meminta aku membelanja mereka setiap kali aku balik ke Banting. Haha..

Aku akui, banyak benda yang berlaku sejak aku hadir ke Jerantut dan Damak sejak setahun yang lepas. Aku akui juga yang aku dapat belajar banyak benda. Aku juga tahu yang aku menggembirakan hati seseorang dan aku juga tahu ramai kawan yang dapat aku jumpa ketika berada di sini. Tak kurang juga ramai kawan aku terdiri dari golongan dato-dato, pegawai, guru, cikgu, doktor, nelayan, tukang kebun, penoreh getah, petani, nurse damak yang comel, casher Pasaraya TF dan pasaraya Aktif yang kiut dan lain-lain. Semuanya best-best belaka. Aku harap, kenangan dan pengalaman aku kat sini akan menghasilkan sesuatu yang positif. Mungkin bukan sekarang. Tapi pada suatu masa nanti. Insya-ALLAH..

Ps: Ok, time to sleep.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
Jaws - 26 Apr 10 at 17:54:53
celcom broadband aku lately ni sgt slow n asyik putus2.. aku pelik kenapa..
tension aku..
HSDPA dah..
tp asyik putus,,
paeh - 27 Apr 10 at 01:27:38
aku punya nasib baik oke aje. area ipoh. =)
shah - 27 Apr 10 at 08:43:06
Sy br je gune broadband ni 2 hr
mmg ade mslh pd mulenye
padahal kt jengke linenye adlh
3g tp masih lembab linenye smpi kene tukar modem.tukar modem pn same jugak huhu
ape pun streamyx ttp yg terbaik!!
faisalhanim - 29 Apr 10 at 08:35:53
aku pun baru jer guna celcom broadband.

Rupanya area mak mentua aku (bt gajah perak) takde line broadband! Aku igt kat mana ada celcom kat situ ada la broadband nyer…adeh!
helldraem - 30 Apr 10 at 02:58:46
em..jarang guna. Masih setia dengan streamyx..
merahkatak - 02 May 10 at 03:26:30
emm…dulu tak berapa suka pakai. Tapi terpaksa pakai sebab kat sini celcom aje yg leh pakai..
rina - 02 May 10 at 07:11:43
ramai yang tak suka dengan celcom broadband ni. Tapi ramai gak yg suka. Jadi, tepuk dada, tanya selera.
titan - 06 May 10 at 13:03:22
Jaws. Memang kekadang putus aje memanjang. Jadi, sabarkan ajelah. Kat damak ni, dapat dalam 200-240kbs aje..itu pun aku dah cukup bersyukur. kalau kat jerantut, memang leh cecah 600-800kbs..nak bukak facebook dan blog pun laju.

Paeh. Kalau kawasan bandar, broadband takde masalah biasanya. Hehe..

shah. Streamyx memang terbaik setakat yang aku pernah pakai selama nih..

faisalhanim. tak semestinya maa. Haha.. :)

helldream. HOho..bagus. Bagus!

merahkatak. kan..padan muka ko!

rina. Jangan tepuk dada, nanti sakit dada..
materazi - 24 May 10 at 07:00:05
Celcom broadband ni, dia cap 5G shajaa usage, klau lbh connection akan jd slow la. Ni pun baru cuba yg pakej 98 tu. Kalau x ok gak, nk tkr ke DiGi..
dgn DiGi, RM58 utk 700kbps download dan 200Kbps upload. Cukup la utk youtube dan casual surfing
penjejak putih - 25 May 10 at 01:26:52
emm..ok je celcom ni. Kalau kene tempatnya, memang laju. :)
ainun - 29 Aug 11 at 15:01:11
celcom tempat saya kurang laju
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:03:04
nnt la, tunggu ade wang lebih saya pakai!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011