Pernah tak korang semua terasa macam kekurangan wang? Pernah tak korang rasa macam rasa ralat aje dalam kehidupan harian korang? Pernah tak korang rasa macam tak berpuas hati dalam kehidupan anda? Pernah tak korang rasa macam ada yang kurang ketika korang minum air kopi kegemaran korang ketika waktu hujan? Adakah korang tahu jawapan untuk segala persoalan itu?

Ya. Ada. Tetapi mungkin jawapan itu berbeza bagi setiap orang kat dunia ini dan salah satu jalan penyelesaian untuk membendung masalah kewangan korang yang serius itu, mungkin korang boleh lihat satu lagi peluang yang dibawa oleh saudara Firdaus Arfaai yang aku boleh kategorikan sebagai seorang yang bijak mencuri dan mencari peluang untuk menambahkan pendapatan melalui platform internet. Ya, Firdaus bukanlah pakar dalam bidang menulis blog ataupun menjual barang di E-bay. Malah, beliau juga tidaklah pakar dalam program seperti Google Adsense dan Nuffnang. Tapi aku melihat beliau kepada seorang Internet Marketer yang bijak mencari peluang dalam kaedah dan cara beliau yang tersendiri. Setiap sentuhan beliau biasanya akan menghasilkan ribuan ringgit dan kali ini beliau hadir dengan Rahsia SMS Cafe melalui produk 1SMSCafe. Pernah dengar tak produk ini?

Ok. Apa itu 1SMSCafe ni?

1SMSCafe ini merupakan satu lagi program affiliate yang menawarkan pulangan yang lumyan dan aku yakin Firdaus ada strateginya yang tersendiri untuk mempromosikan produk ini.  Apa yang kita dapat dari 1SMSCafe ini? Ya, selain ditawarkan untuk menjadi affiliate program ini, kita juga akan dapat produk utamanya iaitu Sistem Bulk SMS. Sistem ini akan membolehkan korang menghantar beribu-ribu SMS hanya dalam 1 masa dan dengan satu kadar ke semua operator. Kadar SMS pula merupakan 6 sen hanya bagi 1 kredit. Menurut Firdaus, ini merupakan kadar termurah yang berada dalam pasaran Malaysia.

Itu sahaja?

Tak. Ada lagi. Program ini menawarkan program multi-tier yang lumayan dengan hanya sekali bayaran seumur hidup. Jadi, tak ada bayar bulan-bulan. Dan anda juga mendapat 1000 sms secara percuma setelah anda menyertai program Sistem Bulk SMS ini. Yang berbeza, ianya dilakukan secara online dan plannya tidak melibatkan pangkat, pairing dan tiada had masa. Tentang pembayaran bonus, korang akan dibayar secara mingguan dan tak ada pemotongan yang dilakukan ketika korang menerima bayaran dan pastinya ini berbeza berbanding beberapa program yang lain.

Syarikat yang menjalankan program ini adalah VINC Integrated Solutions Sdn Bhd (846067-W). Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada Syarikat Wireless Messaging Sdn Bhd. Menurut Firdaus lagi, syarikat ini sudah ditubuhkan sejak tahun 2003 sehingga sekarang dan terlibat dengan pembangunan software dan merupakan pemprogram aplikasi kepada klien-klien dari berbagai industry seperti perkhidmatan, perdagangan, insuran, penjagaan Kesihatan, Automotif, Industri Hartanah, Penyediaan Software MLM, CRM, dan penyediaan pelbagai platform pembangunan aplikasi. Jadi, mungkin syarikat ini boleh dipercayai dan aku yakin Firdaus juga percaya dengan syarikat ini. JIka tidak, beliau takkan berminat dengan program sebegini. Betul tak?

Untuk penjelasan yang lebih jelas, aku syorkan korang download laporan khas yang dibuat oleh Firdaus Arfaai untuk membantu korang mengenal program 1SMSCafe ini dan syarikat yang terlibat dengan lebih terperinci. Ingat, sebelum kita sertai mana-mana syarikat atau program, maklumat tentang program tersebut mesti kita faham sepenuhnya. Jangan sertai program yang tak ada asas yang kukuh. Jadi, baca dulu laporan ini kerana ianya percuma dan penjelasan dalam laporan ini sangat mudah difahami. Jika tak berapa faham, mungkin korang boleh terus tanya Firdaus selepas itu.

Bukti bayaran? Aku malas nak cakap banyak. Dalam laporan khas tersebut, memang ada banyak gambar cek yang Firdaus kongsikan. Kalau tak percaya lagi, terus email Firdaus dan minta bukti. Aku percaya Firdaus bukan seorang penipu dan aku yakin program ini memang boleh membantu korang untuk menjana sedikit pendapatan yang agak lumayan melalui platform internet. Yang penting, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan ambil tindakan. Kalau kita senyap dan duduk diam, memang sampai bila-bila kita takkan dapat 1 sen pun. Jadi, mahu buat duit dengan 1SMSCafe ini atau tidak, tepuk dada, tanya selera. Leh download laporan tu kat sini >> 1SMSCafe.com

Ps: Siapa Firdaus Arfaai? Semuanya ada dalam laporan khas itu!


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
helldream - 23 Apr 10 at 10:49:55
emm..sistem bulk sms. Banyak tul ek sekarang sistem ni orang jual. Bagus ke benda nih??
adamfaiz - 23 Apr 10 at 17:16:25
salam..mohon tukar link
rina - 24 Apr 10 at 07:04:13
satu lagi produk yg berkaitan dengan sistem bulk sms.. :)
Afzai Afandi - 24 Apr 10 at 17:26:44
trend MLM sekarang…bila kuar satu produk…meletup, pasti ada produk yang sama akan keluar..dan yang membezakan pasti harganya lebih murah.

bisnes macam ni..kalau nak kejar duit cepat mungkin ada peluang tapi kalau nak dapat residual income cari peluang yang lain.
merahkatak - 25 Apr 10 at 03:16:22
yap. Memang orang kita nampak peluang dia kejar. Masuk program tu. Bagi aku tak salah. Dia nampak peluang, dia grab..nampak, grab.

Jangan program tu tak bayar sudah la..
helldream - 26 Apr 10 at 14:42:28
yap. macam trend mlm. Tapi takde salahnya nk buat duet dgn mlm nih..
kar - 02 May 10 at 03:51:32
tak kesahlah business apa cara sekalipun. Janji tak menyusahkan orang lain..
titan - 06 May 10 at 15:35:37
helldream. Bagus atau tak, kena cuba dulu la. Baru tau barang tu bagus atau tak kan?

adamfaiz? Tukar link? Insya-Allah..

rina. Ya. Satu lagi. Tapi tak salah kan?

Afzai. Memang dah jadi trend. Bukan MLM aje. EBook, Adsense dan sebagainya. Memang dah jadi trend sekarang ni pun..

merahkatak. Tepuk dada, tanya selera. Tol tak?

helldream. takde salahnya.. :)

kar. HOho..betul. Jangan susahkan orang sampai kene tembak plak. Hehe..
putihkain - 20 May 10 at 02:58:29
emm..bagus ke 1smscafe nih/?
titan - 12 Jun 10 at 18:07:16
putihkain. Aku tak cuba. Jadi, bagus tak bagus, kita kena try dulu..
emme - 13 Jun 10 at 12:41:31
Nak cepat kaya boleh la benda2 ni… tapi macam tak berkat benda2 cepat kaya, walaupun nampak macam Halal…

Dalam Islam pun, kalau nak kumpul kekayaan mestilah kita mengalami kesukaran dulu…

Aku tak pasti 1smscafe ni sama dengan Hypro ke tak, bagi aku benda-benda ni tak bertahan lama. Percayalah…

Benda cepat naik, maka jatuhnya pun cepat juga… Kalau ada yang tersinggung aku minta maaf…

Komen aku ni menjadi bukti atas teori aku tu…

Kalau lagi 3 tahun ada orang baca komen ni, merekalah yang menjadi saksi kebenarannya…

Kalau teori aku salah, korang ble gelakkan aku ramai-ramai.

Antara skim-skim cepat kaya yang pernah hangat satu ketika dulu adalah blogstarz.my, MoonsunBiz, dan macam-macam lagi yang dah berkubur…

Korang fikirkanlah… :)
emme - 13 Jun 10 at 12:46:08
Titan, ko jangan marah aa… aku tau review yang ko buat ni diorang bayar…

Benda ni memang ble buat duit, tapi siapa yang cepat dia dapatlah… :)
titan - 13 Jun 10 at 16:52:01
emme. Aku tak marah pun. Memang pun diorang bayar. Aku rasa bukan ko aje tahu. Hampir 90% pun tahu artikel macam ni adalah artikel yang berbayar. Betul tak? Hehe.. jadi, aku buat tugas apa yang sepatutnya. Dan insya-Allah, advertiser akan dapat return dalam pelbagai aspek yang tidak dapat aku jelaskan dengan secara sempurna.

Bagi aku takde salahnya nak buat duit dengan cara nih. Cuma kita kena tahu tentang risiko. Kalau takut dengan risiko, jangan cari pasal. Itu aje. Tol tak?

Skim cepat kaya? Selagi aku takde bukti kukuh, memang aku takkan declare sesebuah website, program atau syarikat itu itu merupakan skim cepat cepat kaya atau skim cepat jutawan. Tak ada skim cepat kaya kat dunia nih. Kalau ada, dah lama orang kaya raya. Skim nak wat duit..ada banyak. Bersepah. Tinggal nak pilih dan buat. Yang penting, usaha aje..
Firdaus - 14 Jun 10 at 04:29:25
Nak cepat kaya boleh la buat program2 mcm ni ye..cube try buat tgk..cepat tak korang kaye…hehe

Buat bende ni pun alami kesukaran gak..igt senang ke..kalau senang xde la susah2 suruh titan buat review ni..btol x? hehe..

So tiada yg senang kalau kita tak usaha..ni bukan program pak man telo..kalau kita masuk bisnes ni tp xbuat ape2, tak kaya2 gak..itu salah kita sendiri..

Apa2 pun ada usaha, insyaallah pasti berjaya.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 15:01:40
wah…ada juga nama camni…
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:03:56
ada, hahaha..skrg kan dah maju!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011