Ada beberapa kawan aku benci dengan keadaan dunia blog dan blogger ni. Aku malas nak bertekak dengan diorang sebab aku tahu aku akan menang. Sebab aku tahu cara nak counter balik apa yang diorang cakap. Tapi aku juga tak mahu hilang sahabat hanya kerana nak tegakkan benda-benda macam ni. Bukan apa, kawan-kawan aku ni jenis tak mahu kalah. Nanti ada yang kena baling dengan handset Nokia aku ni kang. Bila dah kena hentam, memang takkan ajak aku kuar makan, ajak lepak, call, sms dan sebagainya. Dan mahu tak mahu, aku jugak yang kena wat muka tak malu minta maaf kat diorang. Walhal, diorang yang cari pasal dulu. Pernah tak korang berdepan dengan situasi mangkuk macam ni? Pernah kan? Kan?
Ada yang benci blogger kerana apa yang seseorang blogger tu tulis dalam blog ni membuatkan diorang terkecil hati, bengkak, sakit hati, cemburu dan mungkin membuatkan mereka terasa macam orang bodoh. Walhal diorang kena tahu, itu mungkin cumalah pendapat dari penulis blog tersebut, jadi perlukah kita emosi tak tentu pasal? Tak salah bukan kalau diorang berfikir dengan lebih matang? Walaupun aku tahu ada kalanya kita perlu luahkan apa yang kita rasa, tapi perlukah korang membenci mereka yang korang sendiri tak berapa nak kenal? Kalau kenal tu, oklah jugak kan. Tapi kalau tak kenal, apalah faedahnya korang benci diorang tu. Bukan diorang nak pujuk korang pun..
Ada yang benci blogger kerana apa yang blogger tu tulis kat dalam blog tu mencemarkan agama dan adat. Maksud aku, ada kawan aku tak suka blogger-blogger yang tulis tentang hiburan artis, gosip dan seks. Diorang kata, tulis artikel pasal hiburan, tegur+nasihat macam-macam, tunjuk gambar artis seksi-seksi dengan tujuan kononnya nak menasihati golongan artis tapi diri blogger tu sendiri pun wat perangai yang lebih kurang aje. Lom lagi plak dikatakan perangai penulis blog tu plak memang kurang ajar, mangkuk tingkat dan sebagainya. Aku tak nak sentuh hal ni. Korang fikir sendiri. Ada benda yang aku dapat terima dan ada perkara yang aku sokong tentang bab ni. Itu yang depa fikir. Aku cuma dengar, terima dan berbincang. Satu yang aku ingatkan, nak buat satu benda, kena tanggung risiko.
Ada yang benci blogger kerana blogger ni dah tipu korang. Aku tak tahu apa yang kawan aku kata sampai dia bengkak dengan seorang blogger ni. Dia kata blogger tu dah tipu dia. Duit dia hilang sebab join satu program yang blogger tu promosikan. Dan blogger tu tak melayan apa yang dia mahukan. Maksud dia, support, pertolongan dan sebagainya. Mungkin sebab perangai kawan aku ni agak kurang ajar bila bertanya, mungkin itu yang membuatkan blogger tu pun jadi bengkak jugak. Ini baru satu kes, ada banyak kes yang melibatkan duit sehingga menyebabkan RAMAI orang yang kat luar sana tu benci penulis blog dan kita yang menulis blog ni tercalar juga dari segi reputasinya. Ada yang dapat surat layang ni kang gamaknya. Haha..
Ada yang benci blogger kerana blogger ni dikatakan suka syok sendiri. Suka buat apa yang dia suka dan suka cakap benda yang tak serupa bikin. Pendek cerita blogger ni buat apa yang dia sukalah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Bagi aku, setiap blogger perlu ada sifat syok sendiri ni. Kalau kita sendiri tak syok sendiri dengan blog kita, siapa lagi yang nak syok dengan blog kita kan? Tapi kalau dah tahapa macam mengada-ngada dan membodohkan diri sendiri, mungkin ada blogger yang perlu muhasabah diri. Kita tak tahu mungkin kita dah menggeli-gelemankan orang. Kita tak tahu mungkin kita dah wat orang termuntah-muntah kat depan laptop. Kita tak tahu mungkin ada makcik-makcik yang meluat dengan apa yang kita tulis. Jadi, berhati-hati dan jangan putus asa. Kalau kita give up hanya sebab syok sendiri ni, kita takkkan ke mana-mana..
Ada orang benci blogger kerana blogger ni ada jual e-book. Kena plak e-book tu jenis cetak rompak ataupun jenis yang copy dan paste. Yang paling teruk, jika buat e-book jenis “make money online” ni, bukti bayaran untuk program yang disyorkan itu tak ada bukti bayaran. Yang paling gampang, mengaku yang bukti bayaran tu dia yang punya dan bila kantoi bukti bayaran tu orang lain punya, terus senyap dan support entah ke mana. Itu belum lagi yang blogger ni tak bayar komisen bagi affiliate yang blogger ni jalankan. Yang paling hancus sekali, tak ada khabar berita dari blogger tersebut untuk satu tempoh yang sangat lama. Hidup lagi ke tak, berbayar lagi ke tak program ni, kita tak tahu. Ini yang paling hangat kawan-kawan aku bincangkan. Aku cuma nasihat pada diorang, kita kena berhati-hati. Pilih yang korang rasa korang boleh percaya dan risiko tu sebenarnya tanggungjawab sendiri. Yang korang gatal nak beli e-book blogger tu apa pasal?
Ada banyak lagi yang diorang celotehkan dan aku cuma listkan apa yang aku rasa sesuai untuk dikongsi ditambah pula dengan garapan dari aku sendiri. Aku tahu mungkin apa yang aku tulis dalam blog ini dan blog lain, mungkin ada yang mengguris perasaan dan mungkin ada yang membuatkan korang terasa. Tapi biasanya apa yang aku tulis ni, itulah hakikat yang nak tak nak korang kena terima. Aku tahu aku tak sempurna. Korang pun tak sempurna. Blogger lain pun tak sempurna. Jadi, apa kes sampai korang nak benci blogger-blogger nih?? Melainkan korang ada alasan kukuh untuk benci diorang, itu lain cerita. Tapi kalau alasan yang tak masuk akal, baik tak payah nak emosi dengan tanah. Main game flash dari LG ni lagi best..
Ps: Ada orang tak suka blog ni dan orangnya?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Aku ingin lindungi dia. | Edisi Siasat: Buat Duit dengan 1SMSCafe »
















dorang ngelabah lebih…. haha
2) Pedulikan
3) Stay fokus
Tu je aku boleh kata…huhu
asalkan kita tidak buat pekara jahat sudah la..
paeh. Bab-bab orang berfikiran singkat ni, malas aku nak tegur. Sebab apa? bila ditegur, diorang berkeras gak dengan hujah diorang yang tak masuk akal tu..biarlah. Malas aku nak layan puak-puak gini..
rina. Bila ada yang membenci, ada juga yang mencintai.
akazuma. Memang ramai. Tapi aku abaikan aje. Malas nak layan sangat..
x-po. Aku abaikan aje. Tapi saje je layankan. Member punya pasal..
JBcool. Aku akan lebih cool selepas ini..