Sedikit update sebelum aku pulang semula ke Damak..
1. Income bagi program TNX aku kembali normal. Sebelum ini aku agak kehilangan banyak point selepas satu advertiser yang cukup besar blah dari TNX. Mungkin sebab kegawatan ekonomi dan keadaan budget yang meragukan. Jadi, advertiser tu pun blah. Tapi setakat ni, income TNX masih dalam keadaan yang agak stabil. Point still stabil dan aku harap aku akan dapat lebih. Insya-Allah..
2. Pembeli Panduan TNX 2.0 sudah melebihi 100 orang. Tetapi yang mendaftar di forum private baru 40 orang lebih. Jadi, jika korang dah dapat link download dari aku, bolehlah daftar kat forum tu dan kita sembang apa yang patut. Jika ada apa-apa soalan, korang mungkin boleh tanya.
3. Aku akan muncul dengan produk baru. Insya-Allah masa bulan 6 nanti. Sekarang masih dalam draf. Tetapi aku harap produk ini akan membantu lebih ramai orang boleh buat duit dengan blog. Target aku, 200 orang akan beli dalam tahun 2010. Dan meningkat pada tahun seterusnya. Insya-Allah.
4. Aku nak kahwin. Bila? Soon. Insya-Allah..
5. Selepas umur aku 30 tahun. Aku akan cuba habiskan bayaran kereta Saga aku tu. Insya-Allah..
6. Hutang PTPTN aku, aku akan habiskan dalam tahun 2010. Maksudnya dalam tahun ini juga.Juga Insya-Allah..
7. Aku akan bertambah sibuk. Aku yakin ada makna disebaliknya. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Walaupun ada kalanya aku tak puas hati, aku tetap yakin ketidakpuashati aku itu akan memberikan nilai-nilai yang positif untuk sudut yang berbeza.
8. Ada seseorang yang kita sayangi adalah lebih baik daripada tak ada langsung. Aku terpaksa mengakui hakikat itu. Ini kerana, kita akan lebih tekun berusaha dan bekerja bila kita ada insan yang kita sayangi dan ingin kita lindungi. Ya, aku ingin menyayangi seperti yang dia lakukan selama ini.
9. Kena hantar motor balik ke Banting. Tapi memanjang tertangguh sejak tahun lepas.
10. Nak beli netbook HP mini. Dalam masa terdekat..
Ps: Serius, aku semakin semangat bekerja sekarang. Tak tahu kenapa…
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Denaihati, Contest Baru dan Dua Bijik Laptop Acer Aspire One untuk dimenangi | Ada yang benci blogger kerana.. »
















dah nak kawen dah tu…
untuk ko ade ‘org yang nak dilindungi’ tue.. semangat tinggi jadik.. hehe
papepun goodluck bro!
Tahniah dari aku. Haha..mesti ramai perempuan yang kecewa nih..