Hari ini, tak ada banyak perkara yang hendak dikongsikan. Kerja, kerja dan teruskan kerja. Bila tak ada kerja, baru aku boleh main facebook dan update apa yang patut. Jika ada masa lagi, barulah aku update blog-blog aku dan juga benda lain yang boleh membantu aku menjana pendapatan melalui blog-blog ni. Memang susah sikit bila kita ada banyak kerja ni. Tapi aku kena cuba dan buat yang aku mampu dan pastikan aku lakukannya dalam keadaan yang baik. Tidak perlu tergesa-gesa..
Petang ni, memang niat untuk keluar sekejap. Maksudnya, keluar dari Damak ni dan pergi ke bandar Jerantut kejap. Mencari apa yang patut dicari dan buat sedikit tugasan. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tidur sahaja petang ni sebab secara jujurnya aku sangat penat. Memang perlukan rehat dan aku rasa dah berapa hari aku tak cukup tidur dan mendapat rehat yang sepenuhnya. Koyop, minyak angin, yoko-yoko dan minyak urut itulah yang menjadi peneman setia aku untuk membantu badan aku terus bergerak. Kalau tak, memang berkarat badan nih. Sudahlah takde ada tukang urut. Nak tak nak, kena cari jugak mesin urut nih. Biarlah tak berapa original, tapi ada sedikit yang boleh mengurangkan kesakitan nih..
Pagi tadi, ada orang mesej aku. Siap perli lagi. Nak buat macam mana, Manchester United kalah dengan Bayern Munich pagi tadi. Aku terpaksa menerima kekalahan dengan dia sebab dah dua kali aku kalah dengan dia. Hari tu, kalah dengan Chelsea. Sakit gak aku dibuatnya dengan karenah perangai budak nih. Ada yang kena ni nanti. Mesti tengah senyum dan gelak guling-guling dengan awan guling nih..
Bila cerita bab perempuan nih, ada satu perangai perempuan yang aku jumpa, kalau kita pergi mana-mana pun, memang korang akan perasan dengan satu perangai atau tabiat pelik diorang nih iaitu selalu menggunakan atau mengeksploitasi orang lelaki untuk kegunaan dan kehendak mereka. Aku tak reti nak letak ayat yang tepat, tapi bunyinya lebih kurang begitulah. Asal ada peluang atau ada benda nak mintak pertolongan, mesti cari orang lelaki. Bukan diorang tak boleh buat benda tu sendiri, tapi mesti nak guna orang lelaki. Nak minta tolong orang perempuan, segan pulak katanya..emm, pernah korang jumpa perempuan macam nih? Mesti ada kan? kan? Hoho..
Ps: Nak kuar dahhh. Serbuk pencuci jenis apa plak yang aku nak guna kali ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Flippa | 6 Alasan Orang Lelaki untuk Clash dengan Orang Perempuan »
















p/s : ko cakap ler..nk manja lbih2, jadi la aweks saya.. :p
wei, sedeyh rrr manutd kalah 2 kali daa.. pastue baru tadi seri ngan blackburn.. tension gak aku nie.. haish!