Archive for April 2010


Yap. Baru aje lepas memasak kat dapur dengan member satu rumah. Teringat masa zaman muda-muda dulu, selalu masak lepas balik kuliah. Siap ada jadual siapa yang masak nasi untuk hari ini dan hari itu. Biasanya aku kena hari isnin sebab hari tu aku tak banyak kuliah masa aku belajar kat UMS, Sabah dulu. Itupun hanya ketika aku duduk menyewa rumah kat Kingfisher. Agaknya, masih samakah Kingfisher selepas aku tinggalkannya 3 tahun lepas?

Ketika ini aku sedang menaip artikel ini dengan menggunakan Celcom Broadband kepunyaan kawan satu rumah aku ni. Kelajuan ketika ini adalah 236.3 kbs. Bagi itu ianya satu kelajuan yang lebih baik berbanding dial-up. Mana tidaknya, kelajuannya adalah 4 kali ganda laju berbanding ketika aku menggunakan dial-up connection. Sekurangnya, aku masih boleh check akaun kat TNX, Google Adsense, Bidvertiser, TLA, Amazon, Clickbank, Shareasale dan yang lain-lain lagi. Memang susah nak update blog-blog yang lain, tapi setakat nak check apa yang patut, takdelah ralat sangat.

Sejak duduk kat kawasan Damak ni, memang aku cukup sibuk dengan kerja. Jadi aktiviti blogging yang dulunya aku sangat aktif, tidak dapat aku lakukan dengan segagah dulu. Tapi job dan kerja online tetap hadir tanpa aku duga. Benarlah, rezeki internet ni terutamanya dalam blogging dan IM ini memang indah-indah belaka. Sekali kita buat, sekali kita cuba, memang kita takkan lupa akan kemanisannya. Kenangan yang pahit payau tu memang banyak. Tapi aku jadikannya sebagai senjata untuk menghasilkan strategi yang lebih mantap untuk menjana pendapatan yang lebih kukuh berbanding ketika aku mula menceburi bidang ni. Alhamdulillah, mungkin berkat doa mak aku yang berharap aku berjaya telah membuahkan siri-siri kejayaan kecil aku sejak aku mula nih. Berkat nenek dan abah yang tidak jemu menyokong dan juga sokongan moral adik-beradik yang tak jemu meminta aku membelanja mereka setiap kali aku balik ke Banting. Haha..

Aku akui, banyak benda yang berlaku sejak aku hadir ke Jerantut dan Damak sejak setahun yang lepas. Aku akui juga yang aku dapat belajar banyak benda. Aku juga tahu yang aku menggembirakan hati seseorang dan aku juga tahu ramai kawan yang dapat aku jumpa ketika berada di sini. Tak kurang juga ramai kawan aku terdiri dari golongan dato-dato, pegawai, guru, cikgu, doktor, nelayan, tukang kebun, penoreh getah, petani, nurse damak yang comel, casher Pasaraya TF dan pasaraya Aktif yang kiut dan lain-lain. Semuanya best-best belaka. Aku harap, kenangan dan pengalaman aku kat sini akan menghasilkan sesuatu yang positif. Mungkin bukan sekarang. Tapi pada suatu masa nanti. Insya-ALLAH..

Ps: Ok, time to sleep.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pernah tak korang semua terasa macam kekurangan wang? Pernah tak korang rasa macam rasa ralat aje dalam kehidupan harian korang? Pernah tak korang rasa macam tak berpuas hati dalam kehidupan anda? Pernah tak korang rasa macam ada yang kurang ketika korang minum air kopi kegemaran korang ketika waktu hujan? Adakah korang tahu jawapan untuk segala persoalan itu?

Ya. Ada. Tetapi mungkin jawapan itu berbeza bagi setiap orang kat dunia ini dan salah satu jalan penyelesaian untuk membendung masalah kewangan korang yang serius itu, mungkin korang boleh lihat satu lagi peluang yang dibawa oleh saudara Firdaus Arfaai yang aku boleh kategorikan sebagai seorang yang bijak mencuri dan mencari peluang untuk menambahkan pendapatan melalui platform internet. Ya, Firdaus bukanlah pakar dalam bidang menulis blog ataupun menjual barang di E-bay. Malah, beliau juga tidaklah pakar dalam program seperti Google Adsense dan Nuffnang. Tapi aku melihat beliau kepada seorang Internet Marketer yang bijak mencari peluang dalam kaedah dan cara beliau yang tersendiri. Setiap sentuhan beliau biasanya akan menghasilkan ribuan ringgit dan kali ini beliau hadir dengan Rahsia SMS Cafe melalui produk 1SMSCafe. Pernah dengar tak produk ini?

Ok. Apa itu 1SMSCafe ni?

1SMSCafe ini merupakan satu lagi program affiliate yang menawarkan pulangan yang lumyan dan aku yakin Firdaus ada strateginya yang tersendiri untuk mempromosikan produk ini.  Apa yang kita dapat dari 1SMSCafe ini? Ya, selain ditawarkan untuk menjadi affiliate program ini, kita juga akan dapat produk utamanya iaitu Sistem Bulk SMS. Sistem ini akan membolehkan korang menghantar beribu-ribu SMS hanya dalam 1 masa dan dengan satu kadar ke semua operator. Kadar SMS pula merupakan 6 sen hanya bagi 1 kredit. Menurut Firdaus, ini merupakan kadar termurah yang berada dalam pasaran Malaysia.

Itu sahaja?

Tak. Ada lagi. Program ini menawarkan program multi-tier yang lumayan dengan hanya sekali bayaran seumur hidup. Jadi, tak ada bayar bulan-bulan. Dan anda juga mendapat 1000 sms secara percuma setelah anda menyertai program Sistem Bulk SMS ini. Yang berbeza, ianya dilakukan secara online dan plannya tidak melibatkan pangkat, pairing dan tiada had masa. Tentang pembayaran bonus, korang akan dibayar secara mingguan dan tak ada pemotongan yang dilakukan ketika korang menerima bayaran dan pastinya ini berbeza berbanding beberapa program yang lain.

Syarikat yang menjalankan program ini adalah VINC Integrated Solutions Sdn Bhd (846067-W). Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada Syarikat Wireless Messaging Sdn Bhd. Menurut Firdaus lagi, syarikat ini sudah ditubuhkan sejak tahun 2003 sehingga sekarang dan terlibat dengan pembangunan software dan merupakan pemprogram aplikasi kepada klien-klien dari berbagai industry seperti perkhidmatan, perdagangan, insuran, penjagaan Kesihatan, Automotif, Industri Hartanah, Penyediaan Software MLM, CRM, dan penyediaan pelbagai platform pembangunan aplikasi. Jadi, mungkin syarikat ini boleh dipercayai dan aku yakin Firdaus juga percaya dengan syarikat ini. JIka tidak, beliau takkan berminat dengan program sebegini. Betul tak?

Untuk penjelasan yang lebih jelas, aku syorkan korang download laporan khas yang dibuat oleh Firdaus Arfaai untuk membantu korang mengenal program 1SMSCafe ini dan syarikat yang terlibat dengan lebih terperinci. Ingat, sebelum kita sertai mana-mana syarikat atau program, maklumat tentang program tersebut mesti kita faham sepenuhnya. Jangan sertai program yang tak ada asas yang kukuh. Jadi, baca dulu laporan ini kerana ianya percuma dan penjelasan dalam laporan ini sangat mudah difahami. Jika tak berapa faham, mungkin korang boleh terus tanya Firdaus selepas itu.

Bukti bayaran? Aku malas nak cakap banyak. Dalam laporan khas tersebut, memang ada banyak gambar cek yang Firdaus kongsikan. Kalau tak percaya lagi, terus email Firdaus dan minta bukti. Aku percaya Firdaus bukan seorang penipu dan aku yakin program ini memang boleh membantu korang untuk menjana sedikit pendapatan yang agak lumayan melalui platform internet. Yang penting, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan ambil tindakan. Kalau kita senyap dan duduk diam, memang sampai bila-bila kita takkan dapat 1 sen pun. Jadi, mahu buat duit dengan 1SMSCafe ini atau tidak, tepuk dada, tanya selera. Leh download laporan tu kat sini >> 1SMSCafe.com

Ps: Siapa Firdaus Arfaai? Semuanya ada dalam laporan khas itu!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada beberapa kawan aku benci dengan keadaan dunia blog dan blogger ni. Aku malas nak bertekak dengan diorang sebab aku tahu aku akan menang. Sebab aku tahu cara nak counter balik apa yang diorang cakap. Tapi aku juga tak mahu hilang sahabat hanya kerana nak tegakkan benda-benda macam ni. Bukan apa, kawan-kawan aku ni jenis tak mahu kalah. Nanti ada yang kena baling dengan handset Nokia aku ni kang. Bila dah kena hentam, memang takkan ajak aku kuar makan, ajak lepak, call, sms dan sebagainya. Dan mahu tak mahu, aku jugak yang kena wat muka tak malu minta maaf kat diorang. Walhal, diorang yang cari pasal dulu. Pernah tak korang berdepan dengan situasi mangkuk macam ni? Pernah kan? Kan?

Ada yang benci blogger kerana apa yang seseorang blogger tu tulis dalam blog ni membuatkan diorang terkecil hati, bengkak, sakit hati, cemburu dan mungkin membuatkan mereka terasa macam orang bodoh. Walhal diorang kena tahu, itu mungkin cumalah pendapat dari penulis blog tersebut, jadi perlukah kita emosi tak tentu pasal? Tak salah bukan kalau diorang berfikir dengan lebih matang? Walaupun aku tahu ada kalanya kita perlu luahkan apa yang kita rasa, tapi perlukah korang membenci mereka yang korang sendiri tak berapa nak kenal? Kalau kenal tu, oklah jugak kan. Tapi kalau tak kenal, apalah faedahnya korang benci diorang tu. Bukan diorang nak pujuk korang pun..

Ada yang benci blogger kerana apa yang blogger tu tulis kat dalam blog tu mencemarkan agama dan adat. Maksud aku, ada kawan aku tak suka blogger-blogger yang tulis tentang hiburan artis, gosip dan seks. Diorang kata, tulis artikel pasal hiburan, tegur+nasihat macam-macam, tunjuk gambar artis seksi-seksi dengan tujuan kononnya nak menasihati golongan artis tapi diri blogger tu sendiri pun wat perangai yang lebih kurang aje. Lom lagi plak dikatakan perangai penulis blog tu plak memang kurang ajar, mangkuk tingkat dan sebagainya. Aku tak nak sentuh hal ni. Korang fikir sendiri. Ada benda yang aku dapat terima dan ada perkara yang aku sokong tentang bab ni. Itu yang depa fikir. Aku cuma dengar, terima dan berbincang. Satu yang aku ingatkan, nak buat satu benda, kena tanggung risiko.

Ada yang benci blogger kerana blogger ni dah tipu korang. Aku tak tahu apa yang kawan aku kata sampai dia bengkak dengan seorang blogger ni. Dia kata blogger tu dah tipu dia. Duit dia hilang sebab join satu program yang blogger tu promosikan. Dan blogger tu tak melayan apa yang  dia mahukan. Maksud dia, support, pertolongan dan sebagainya. Mungkin sebab perangai kawan aku ni agak kurang ajar bila bertanya, mungkin itu yang membuatkan blogger tu pun jadi bengkak jugak. Ini baru satu kes, ada banyak kes yang melibatkan duit sehingga menyebabkan RAMAI orang yang kat luar sana tu benci penulis blog dan kita yang menulis blog ni tercalar juga dari segi reputasinya. Ada yang dapat surat layang ni kang gamaknya. Haha..

Ada yang benci blogger kerana blogger ni dikatakan suka syok sendiri. Suka buat apa yang dia suka dan suka cakap benda yang tak serupa bikin. Pendek cerita blogger ni buat apa yang dia sukalah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Bagi aku, setiap blogger perlu ada sifat syok sendiri ni. Kalau kita sendiri tak syok sendiri dengan blog kita, siapa lagi yang nak syok dengan blog kita kan? Tapi kalau dah tahapa macam mengada-ngada dan membodohkan diri sendiri, mungkin ada blogger yang perlu muhasabah diri. Kita tak tahu mungkin kita dah menggeli-gelemankan orang. Kita tak tahu mungkin kita dah wat orang termuntah-muntah kat depan laptop. Kita tak tahu mungkin ada makcik-makcik yang meluat dengan apa yang kita tulis. Jadi, berhati-hati dan jangan putus asa. Kalau kita give up hanya sebab syok sendiri ni, kita takkkan ke mana-mana..

Ada orang benci blogger kerana blogger ni ada jual e-book. Kena plak e-book tu jenis cetak rompak ataupun jenis yang copy dan paste. Yang paling teruk, jika buat e-book jenis “make money online” ni, bukti bayaran untuk program yang disyorkan itu tak ada bukti bayaran. Yang paling gampang, mengaku yang bukti bayaran tu dia yang punya dan bila kantoi bukti bayaran tu orang lain punya, terus senyap dan support entah ke mana. Itu belum lagi yang blogger ni tak bayar komisen bagi affiliate yang blogger ni jalankan. Yang paling hancus sekali, tak ada khabar berita dari blogger tersebut untuk satu tempoh yang sangat lama. Hidup lagi ke tak, berbayar lagi ke tak program ni, kita tak tahu. Ini yang paling hangat kawan-kawan aku bincangkan. Aku cuma nasihat pada diorang, kita kena berhati-hati. Pilih yang korang rasa korang boleh percaya dan risiko tu sebenarnya tanggungjawab sendiri. Yang korang gatal nak beli e-book blogger tu apa pasal?

Ada banyak lagi yang diorang celotehkan dan aku cuma listkan apa yang aku rasa sesuai untuk dikongsi ditambah pula dengan garapan dari aku sendiri. Aku tahu mungkin apa yang aku tulis dalam blog ini dan blog lain, mungkin ada yang mengguris perasaan dan mungkin ada yang membuatkan korang terasa. Tapi biasanya apa yang aku tulis ni, itulah hakikat yang nak tak nak korang kena terima. Aku tahu aku tak sempurna. Korang pun tak sempurna. Blogger lain pun tak sempurna. Jadi, apa kes sampai korang nak benci blogger-blogger nih?? Melainkan korang ada alasan kukuh untuk benci diorang, itu lain cerita. Tapi kalau alasan yang tak masuk akal, baik tak payah nak emosi dengan tanah. Main game flash dari LG ni lagi best..

Ps: Ada orang tak suka blog ni dan orangnya?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sedikit update sebelum aku pulang semula ke Damak..

1. Income bagi program TNX aku kembali normal. Sebelum ini aku agak kehilangan banyak point selepas satu advertiser yang cukup besar blah dari TNX. Mungkin sebab kegawatan ekonomi dan keadaan budget yang meragukan. Jadi, advertiser tu pun blah. Tapi setakat ni, income TNX masih dalam keadaan yang agak stabil. Point still stabil dan aku harap aku akan dapat lebih. Insya-Allah..

2. Pembeli Panduan TNX 2.0 sudah melebihi 100 orang. Tetapi yang mendaftar di forum private baru 40 orang lebih. Jadi, jika korang dah dapat link download dari aku, bolehlah daftar kat forum tu dan kita sembang apa yang patut. Jika ada apa-apa soalan, korang mungkin boleh tanya.

3. Aku akan muncul dengan produk baru. Insya-Allah masa bulan 6 nanti. Sekarang masih dalam draf. Tetapi aku harap produk ini akan membantu lebih ramai orang boleh buat duit dengan blog. Target aku, 200 orang akan beli dalam tahun 2010. Dan meningkat pada tahun seterusnya. Insya-Allah.

4. Aku nak kahwin. Bila? Soon. Insya-Allah..

5. Selepas umur aku 30 tahun. Aku akan cuba habiskan bayaran kereta Saga aku tu. Insya-Allah..

6. Hutang PTPTN aku, aku akan habiskan dalam tahun 2010. Maksudnya dalam tahun ini juga.Juga Insya-Allah..

7. Aku akan bertambah sibuk. Aku yakin ada makna disebaliknya. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Walaupun ada kalanya aku tak puas hati, aku tetap yakin ketidakpuashati aku itu akan memberikan nilai-nilai yang positif untuk sudut yang berbeza.

8. Ada seseorang yang kita sayangi adalah lebih baik daripada tak ada langsung. Aku terpaksa mengakui hakikat itu. Ini kerana, kita akan lebih tekun berusaha dan bekerja bila kita ada insan yang kita sayangi dan ingin kita lindungi. Ya, aku ingin menyayangi seperti yang dia lakukan selama ini.

9. Kena hantar motor balik ke Banting. Tapi memanjang tertangguh sejak tahun lepas.

10. Nak beli netbook HP mini. Dalam masa terdekat..

Ps: Serius, aku semakin semangat bekerja sekarang. Tak tahu kenapa…

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011