Archive for March 2010


Kalau ikutkan, memang aku tak nak berhenti menulis blog ni. Tapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang sukar aku elakkan, mungkin aku akan berhenti menulis blog. Mesti ada yang suka dan mesti ada yang tak suka bila aku berhenti menulis blog kan? Ada dua sahaja sebab jika aku betul-betul terpaksa berhenti menulis blog.

Sebab pertama, kesihatan. Ini salah satu sebab utama. Aku tak tahu selama mana badan ni boleh bertahan. Jadi, jika badan ni tak break-down, selagi itulah aku akan terus menulis blog. Bila ada yang memberikan pujian bahawa aku merupakan “blogger tegar”, aku tersenyum. Mana ada manusia di dunia ini yang tak sukakan pujian. Kita hauskan pujian dan kritikan yang membina. Tak salah bila ada yang memuji, kita menerima dengan hati terbuka. Tak perlu nak merendah diri sangat. Seharusnya kita bangga. Tetapi cukuplah dalam hati. Bukan apa, takut bila kita sampaikan dalam bentuk perkataan dan percakapan, orang akan mengatakan kita ini gilakan pujian. Lihat dalam diri korang, betul korang tak suka bila ada orang yang memuji korang? Jangan hipokrit. Tolonglah. Sebab tu ramai blogger yang kecundang dan gagal untuk terus menulis blog. Salah satu sebabnya, hipokrit. Yang kedua, terlalu merendah diri.

Berbalik kepada masalah kesihatan aku. Mak aku tegur, jangan berjaga sangat malam. Kawan-kawan perempuan pun tegur, jangan tidur lambat. Nanti kerja tak leh perform bagus. Nanti tak kacak dan bergaya. Teman tapi mesra turut menegur, tak elok tidur lambat. Bahaya katanya. Adik-adik turut menegur. Kalau sampai badan dan kesihatan tergadai, berhenti ajelah menulis blog tu..

Ok. Itu sebab pertama. Tak leh cerita panjang-panjang. Bukan korang aje menyampah, nanti aku lagi menyampah. Sebab kedua adalah masa. Aku akui yang aku ada 5 jenis kerja yang berbeza setiap hari dan perlu aku monitor tanpa henti. Kerja kerajaan, kerja blogger, kerja IM, kerja Coaching dan kerja offline. Aku terlalu sibuk dengan pelbagai jenis kerja ini dan aku lakukan seorang diri. Walaupun aku ada team aku untuk monitor blog-blog aku, tapi aku tetap kena monitor diorang. Jadi, masalah masa ini agak menyusahkan aku dan aku akui pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan kita. Sampai masa nak dating pun kadang-kadang leh terfikir tentang tip-tip SEO dan cara nak tingkatkan traffic. Gila apa. Inilah susahnya bila semuanya One Man Show. Susah dan jika aku sudah capai satu keputusan, itulah saat aku berhenti menulis blog.

Tujuan aku menulis blog? Jika tanya pada aku. Jawapan aku mudah sahaja. Aku mahu duit. Mahukan pendapatan dan hasil dari blog-blog aku. Tidak ada satu pun blog aku yang tidak menghasilkan duit kepada aku. Biarpun blog peribadi aku, tetap menghasilkan dollar dan ringgit untuk aku. Ingat aku sentuh tentang hipokrit? Jika korang mahu buat duit, ngaku saja. Tak perlu mengada-ngada tak nak mengaku. Itu satu niat yang cukup kuat untuk menolak korang ke peringkat yang seterusnya. 7 tahun yang lepas, niat aku untuk buat duit dengan blog sudah pun bermula. Hasilnya? Macam-macam yang aku dapat sekarang. Ya, aku tidak menjadi seorang jutawan. Tapi aku dapat capai beberapa perkara penting dalam hidup aku dan aku sangat bersyukur dalam tempoh 7 tahun itu walaupun aku dah mengharung susah dan senang dalam dunia internet ni, aku masih tegar menulis blog sehingga ke saat ini. Niat itu paling penting. Tindakan akan datang kemudian asalkan hati kita mahu.

Dan aku terfikir seketika pada saat ini, seandainya benar aku dah tak ada di dunia ini dan blog-blog aku termasuklah blog Earncent ini, adakah korang akan masih mengingati aku dan blog aku? Jika harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan apa? Doa anak yang soleh? Aku belum ada anak lagi. Amal jariah? Aku buat sedaya mana yang aku mampu. Ilmu yang bermanfaat? Ya. Ini yang aku harapkan. Aku harap segala titipan aku untuk korang meninggalkan sesuatu yang bermanfaat. Tak perlu ingat aku yang kacak ni. Tapi hargailah pengisian yang berfaedah dan ambil apa yang korang rasa mampu memberikan manfaat dan kebaikan. Yang buruk tu, jangan ikutlah. Aku pun bukan baik sangat pun. Manusia. Mudah membuat kesilapan dan suka membuat perempuan menangis. Jadi, jangan ikut perangai tak bagus aku tuh..

Ps: Ya. Aku akan berhenti menulis blog. Bila? Tanya pada masa. icon smile Titan akan berhenti menulis blog..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam tadi, aku baru perasan yang aku dah dapat bayaran komisen ke 47 dari TNX. Adalah dalam 30 dollar lebih dan aku gunakannya untuk renew 3 buah domain yang aku beli kat Godaddy. Aku kurang periksa. Tapi jika kita bayar awal untuk renew domain tu, kita akan dapat harga yang lebih murah. Andai kata korang beli blog dot com, korang biasanya akan dapat harga special atau harga diskaun yang cukup melegakan hati korang.

tnxpayment18mac 300x130 Komisen ke 47 dari TNX


Macam nih, jika harga asal domain(dot com) itu berharga $10.85 or lebih kurang dengan itu, harga itu akan jatuh ke $7.50~$7.80. Korang juga boleh cari kupon diskaun Godaddy yang khusus untuk renew domain. Korang boleh gunakan jika korang mahu dan dari apa yang aku lihat, kita cuma boleh guna 1 kupon sahaja untuk proses renew domain ni. Tak boleh guna 2 kupon. Aku dah cuba, dia akan ambil kira kupon yang terakhir kita gunakan. Jadi, terpulang pada kebijaksaan korang untuk gunakan kupon-kupon tersebut.

Tentang kupon domain(dot info) pulak, aku ada sedikit menyesal membelinya. Mengapa? Bila korang nak renew domain tersebut, harga bagi domain itu naik ke $10.89. Tapi bila diskaun, harga tersebut akan jatuh ke $8.19 dollar. Sedangkan masa kita beli dulu, harga domain (dot info) cumalah tak sampai 1 dollar pun kan? Inilah risiko yang kita kena ambil. Kalau aku tahu, memang aku cuma akan beli domain(com/net) sahaja. Sebab bila nak renew, harga akan jatuh ke $7 dollar lebih. Oleh sebab aku dah terlajak, tak leh nak kata apalah. Aku renew aje 3 domain tersebut. 1 domain (dot com) dan 2 domain (dot info). Takdelah mahal sangat sebab aku masih mampu bayar domain-domain yang ada kat Godaddy tu. Tadi aku cari kupon-kupon Godaddy untuk beli domain baru, harga yang aku dapat cumalah dalam $7 dollar lebih sahaja. Nak dapat yang 6 dollar, kena bukak akaun Godaddy yang baru. Fuhh, malas aku nak bukak akaun baru. Akaun yang ada ni pun dah cukup rasanya dan untuk hosting, aku letakkan domain-domain aku kat Netkl, Sepaku, Baitulbytes, Onebytes dan sebagainya. Setakat ni, aku boleh percaya kat syarikat-syarikat hosting tempatan tu. Merekalah yang banyak membantu aku menjana wang yang banyak sejak aku mengenal dunia domain dan hosting ini. Terima kasih aku ucapkan pada syarikat hosting tempatan tersebut.

Tentang TNX, aku harap lebih ramai blogger dan IM berminat dengan program ini. Jika dulu korang rasa sakit kepala nak buat duit dengan program lain. Boleh cuba program TNX. Dan jika korang sudah sertai program lain seperti Bidvertiser, Google Adsense, program-program affiliate, korang boleh cuba untuk gabungkan program TNX ini dengan program yang lain. Itupun jika korang berminat dan aku tak memaksa korang untuk sertai program ini. Teliti dulu, buat sedikit ujikaji dan baru buat keputusan, nak sertai atau tidak. Huhu..

Jika berminat dengan TNX, leh daftar di sini >> TNX

Ps: Dah. Nak mandi plak. Ngantuk gila nih.. icon smile Komisen ke 47 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebenarnya, beberapa hari yang lepas aku telah buat satu ujikaji yang mudah. Aku rasa ramai yang dah tahu kita boleh withdraw duit dalam akaun paypal kita ke akaun bank tempatan. Aku dah set 2 akaun bank tempatan kat akaun paypal aku. Satu akaun Maybank dan satu akaun Bank Islam. Akaun Maybank untuk aku running modal untuk internet an Bank Islam tu untuk simpanan aku. Aku dah tetapkan bila ada untung, 50% daripada keuntungan tu akan aku asingkan dan akan aku transfer ke akaun Bank Islam. Manakala lagi 50% dan modal, akan aku pusingkan kembali untuk modal beli domain, hosting, beli ebook, beli software dan sebagainya. Itu yang aku buat setiap bulan dan alhamdulillah, setakat ini berjalan dengan lancar. Korang pun boleh buat begitu. Kalau tak, sampai bila kita nak belajar menyimpan duit, kan?

15 haribulan iaitu 3 hari yang lepas, aku request untuk withdraw 100 dollar dari akaun paypal ke akaun Maybank aku. Ini modal pusingan aku untuk bulan depan. Aku dah siap awal-awal.  Apa benda yang aku nak buat, tak perlulah aku cerita. Biasanya untuk modal domain dan hosting aku tu. Termasuklah promosi punya modal. Dan dalam masa 3 hari iaitu hari ini, memang pemindahan duit tu dah berlaku dari Paypal ke Maybank aku. Rate dalam RM3.2++ untuk 1 dollar. RM3 akan ditolak jika bila kita withdaraw tu kurang dari RM400. Tak ada masalah bagi aku sebab itu rate yang berpatutan bagi aku. Jadi, itulah kesudahan bagi ujikaji simple aku tu. Ternyata, dalam 3 hari proses pemindahan duit paypal tu dah berjaya. Sebelum ini, ada yang ambil masa 1 minggu dan ada yang ambil masa 4 atau 5 hari. Ini kali pertama ianya ambil masa dalam 3 hari. Bagi aku, itu sudah cukup bagus dan setakat ini aku suka dengan apa yang berlaku antara pihak Paypal dan Maybank serta bank-bank tempatan yang lain. Aku yakin, korang juga punya pengalaman yang sama bukan? (Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.)

paypalmaybanktransaction Ujikaji Withdrawal Paypal dengan Maybank


Lupa. Ada kawan aku bertanya bila kita orang lepak tadi. Maklumlah, jumpa kawan lama. Semua tanya pasal kerja, pasal kawin, pasal anak dan benda-benda biasa bagi orang dewasa ni. Sekali masuk cerita bab kerja, member aku tanya. Dia tahu aku ada blog dan selalu juga melawat blog ni. Dia tanya aku pasal pemindahan Paypal ke Maybank. Boleh percaya atau tidak. Bila aku cerita pengalaman aku setelah beberapa kali aku buat pemindahan dari Paypal ke Maybank, barulah beliau percaya. Mamat tu memang bukan jenis boleh terima pendapat atau penerangan seseorang melainkan jika dia betul-betul percayakan seseorang. Mungkin aku ni dia boleh percaya, sebab tu dia tak banyak soal. Dia lebih banyak mendengar dan tanya apa yang penting. Dan last sekali, soalan cepu emas dari beliau, dia tanya aku camana nak dapat banyak duit kat akaun paypal. Dia nak tahu. Amboi. Direct punya soalan sampaikan kawan-kawan aku yang lain pun turut bertanyakan soalan yang sama.

Aku cuma jawab, aku belajar dari internet. Aku banyak membaca. Aku banyak beli ilmu. Aku banyak praktikkan ilmu yang aku dapat samada secara percuma ataupun berbayar. Itu sahaja dan kemudiannya aku ceritakanlah sikit-sikit tentang program seperti Google Adsense, Nuffnang, TLA, TNX, blogging, affiliate program, E-bay dan sebagainya. Untuk buka minda dan tarik perhatian kat dunia baru ni. Bagi aku, tak salah kita promosikan dunia blogging ni. Jika makin ramai yang tertarik, bukankah dunia yang kita terokai ni akan jadi lebih meriah? Mencipta peluang baru dan mencari rakan baru di internet akan menjadi lebih meriah bukan? Insya-Allah, jika kita tumpukan perhatian, berusaha memperbaiki diri sendiri, sentiasa berfikiran terbuka, memang kita akan dapat apa yang kita mahukan. Pada tahun 2003, itulah titik tolak aku sebelum aku terjun dalam dunia internet yang tanpa sepadan ini. Tahun 2005, aku mula mengenal blog dan website. Tahun 2006, aku mula membeli domain pertama aku dan kini 2010, aku sudah mempunyai rangkaian blog tersendiri dan mempunyai produk seperti Panduan Rajapayloadz, Panduan VCC, Panduan Shareasale, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX. Bagi aku ianya bagai satu mimpi. Tetapi aku akur, ini semua hasil daripada tindakan dan plan yang aku laksanakan. Tanpa sebarang tindakan, memang aku takkan dapat apa-apa.

Ps: Kawan aku kata, aku hebat. Mampu bahagikan masa untuk buat semua ini. Dalam hati aku berkata” kita semua hebat. Asalkan kita mahu capai apa yang kita mahukan. Pendek kata, semua itu terpulang pada kita. Tindakan kita.”

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Mungkin anda semua belum kenal Din Beramboi kan? Ini bukan Din Beramboi yang pelawak kat TV tu tau..ini adalah Din Beramboi usahawan internet.

Aku dah kenal dia lama dah..sejak dia mula-mula buat bisnes internet. Din Beramboi mula buat bisnes internet sejak tahun 2006 lagi dan sekarang, boleh dikatakan pakar dalam perniagaan internet. Macam mana aku boleh kenal dia? Sebab dia antara pengunjung setia blog aku nih dan dia jugak adalah junior aku dalam bidang Geology. Persamaan kami berdua, kami tak memilih untuk jadi Geologist, tetapi minat kami cenderung dengan mencari pendapatan melalui platform internet. Nak buat macam mana, rezeki kami lebih dalam bidang ini. Jadi, kami fokus pada mana yang memberikan pendapatan yang lumayan. Alhamdulillah..

Ada banyak juga ebook pernah ditulis oleh Din Beramboi ni dan antaranya ialah Rahsia Pro Affiliate, Rahsia USD10 Setiap Hari, 5 Langkah Utama Dalam Perniagaan Internet dan Panduan Nuffnang. AKu pernah review kebanyakkan produk Din Beramboi ni. Itupun kalau korang masih ingatlah. Semuanya aku dah baca dan memang bagus-bagus belaka.

Tapi sekarang ini, Din Beramboi dah tak buat ebook kerana sedang fokus pada suatu bisnes. Dan terbaru, beliau ingin menganjurkan Personal Coaching percuma untuk semua. Kalau korang berminat nak belajar dari Din Beramboi, full time usahawan internet ini, jangan lepaskan peluang ini. Bukan satu tau. Ada 3 jenis personal coaching!

Apakah Personal Coaching yang akan diberikan oleh Din Beramboi?

1. Personal Coaching membina blog.

- Cara-cara setup blog blogspot dan wordpress (domain .com)
- Cara-cara membuat post
- Cara-cara menukar themes
- Cara-cara memasukkan plugins
- Cara-cara SEO kan blog
- Cara-cara monetise blog

dan sebagainya..complete pakej tentang blog yang perlu anda tahu.

2. Personal Coaching Google Adwords

- Cara-cara setup akaun adwords
- Cara-cara mendapatkan kupon adwords
- Cara-cara memasukkan keyword terbaik
- Cara-cara mengkaji keyword

dan sebagainya tentang adwords.Complete pakej tentang google adwords yang perlu anda tahu.

3. Personal Coaching Marketing melalui Facebook

- Tips 5 minit paling Sakti dalam Facebook marketing
- Teknik Viral Marketing di Facebook
- 12 teknik marketing di Facebook secara percuma
- Facebook ads

Ini sahaja Personal Coaching yang di tawarkan oleh Din Beramboi secara PERCUMA.

Berminat?

Jika anda berminat untuk mendapatkan service personal coaching percuma ini, ada satu syarat yang harus anda lakukan. Syaratnya adalah, anda perlu mendaftar dulu di laman web ini.

Gi sini >>  www.panduanbisnes.com/pcoaching

Bisnes tersebut adalah bisnes Vemma yang tengah meletop-letop sekarang ni. Anda perlu join bisnes tersebut dulu. Jangan risau, Din Beramboi akan guide anda dari 0 hingga berjaya.

Di samping anda belajar membina blog, google adwords dan facebook marketing, lagi best jika anda boleh dapat income lumayan dari bisnes Vemma ini. Din Beramboi merupakan salah seorang leader di Vemma iaitu berpangkat Diamond Leader. Jadi, jika ada yang masih tak faham cara nak buat duit dengan vemma ni, bolehlah cuba mendapatkan personal coaching ini dan belajar dari beliau. Mana tahu, korang mungkin berpeluang untuk menjadi seorang leader Vemma seperti beliau.

Dah ramai orang Berjaya di bawah dia..antaranya Star Platinum Mohd Sadik, Platinum Roshaimi, Diamond Siti Husna, Diamond Zaily dan ramai lagi.  Mungkinkah korang akan menjadi leader yang seterusnya?

Sekarang Din Beramboi membuka peluang ini untuk anda pula. Daftar segera dan anda akan dapat personal coaching secara PERCUMA.

Rujuk sini >> www.panduanbisnes.com/pcoaching atau boleh tanya terus kat email beliau ni

Untuk pengetahuan korang, Din Beramboi ni antara salah seorang yang bijak mengambil peluang dan pintar mengeksploitasi sumber dan ilmu yang beliau belajar. Aku bukan nak memuji sangat mamat ni. Tapi dia bermula dari bawah. Aku masih ingat lagi ketika beliau bertanyakan pada aku macam-macam. Tanya itu dan ini. Sekarang, lihat? Bukan sahaja dah berjaya dalam bisnes Vemmanya, tetapi sudah berkahwin! Aku aje belom kahwin-kahwin lagi. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011