Satu lagi soalan yang ditanya oleh seorang rakan sejawat aku bila kami keluar bersama-sama malam tadi. Kiranya macam kami pergi melepak la. Ada la jugak dalam satu jam lebih. Dua perempuan dan dua lelaki. Macam pergi double date la pulak. Haha..
Soalannya macam nie, dia tanya aku sebab hal aku berjaya menjadikan blog sebagai salah satu side income yang lumayan telah menular di tempat kerja. Bab-bab gosip cam gini, memang cepat tersebar. Nak buat macam mana, orang kita nih kalau bab-bab gosip ni, baik elok atau tak elok, memang cepat tersebar. Itu salah satu keistimewaan orang Melayu dan Orang Malaysia. Bab promosi, memang hebat dan mantap. Dia tanya aku dua soalan. Soalan pertama. Seronok sangat ke menulis blog nih? Ada kepuasan ke? Soalan kedua, boleh hidup ke dengan duit menulis blog ni kalau seseorang tu menjadi Full Time blogger?
Dua soalan yang bagi aku memang mencabar. Sebab ini soalan-soalan yang bermain dalam benak dan hati aku sejak aku menulis blog 7 tahun yang lepas. Aku jawab untuk soalan yang pertama. Bagi aku, jika ditanya, seronok atau tidak menulis blog, jawapan aku mesti korang dah tahu. Seronok. Ya. Aku juga dapat kepuasan. Tapi kepuasan aku bila aku berjaya menjana pendapatan dan juga berjaya membantu ramai orang yang mahu berjaya seperti aku. Kepuasan peribadi itu terlalu personal. Aku tahu ramai yang menulis blog atas pelbagai sebab. Ada juga yang masih tak dapat capai tujuan dan misi mereka menulis blog dan ada juga yang belum merasai keseronokan kerana level keseronokan itu pasti berbeza bagi setiap blogger dan individu, bukan? Jadi, jawapan yang lebih tepat, keseronokan dan kepuasan itu berbeza bagi setiap orang. Tapi jika tanya pendapat aku, ya. Aku seronok dan aku dah dapat kepuasan yang aku mahu. Tapi aku mahu lebih dari itu. Biasalah, manusia. Memang takkan puas hati dengan apa yang ada. Begitu juga ada. Selagi ada kemampuan, aku akan cuba dapat lebih dari apa yang aku sudah ada..
Bagi soalan yang kedua pula, aku mengaku. Bukan senang hendak jadi Full Time Blogger yang berjaya dan aku yakin tak ramai Full Time Blogger yang wujud kat Malaysia ni. Terlalu sikit dan aku yakin ianya akan bertambah dari tahun ke tahun. Ianya cuma masalah masa sebab benda ni belum popular lagi di Malaysia. Tapi penulisan blog dikalangan rakyat Malaysia memang popular. Cuma pekerjaan Full Time Blogger belum popular macam pekerjaan seorang Guru atau Doktor mahupun pekerja kerajaan. Tapi melalui pengalaman aku sejak 3 menjadi Full Time Blogger, ya. Aku yakin aku mampu hidup dengan duit yang aku jana dari blog-blog aku. Malahan, lebih dari itu dan aku yakin aku boleh dapat lebih dari itu. Cuma banyak kekangan yang perlu aku hadapi dan aku yakin ramai juga terpaksa menempuh pelbagai masalah yang datang. Tak perlu aku sebutkan, tapi aku yakin ramai antara korang yang tahu. Jadi, jika ditanya pendapat aku, Ya. Kita boleh sara hidup kita dengan menulis blog. Insya-Allah. Semuanya dari diri kita sahaja. Pilihan. Kita selalu dapat pilihan dan boleh memilih pilihan yang kita ada.
Dua kawan aku terkejut bila aku kata hutang PTPTN aku dah nak habis bayar. Ya, bukan aku nak riak. Tapi itulah hasil daripada menulis blog. Kita boleh bayar hutang yang kita ada. Hutang kereta, hutang rumah, hutan PTPTN dan bil-bil semasa yang kita terpaksa tanggung. Aku senyum aje bile dua budak perempuan tu kata diorang punya masih tak habis separuh pun lagi. Mana taknya, duit gaji yang 2-3 ribu tu pergi habis layan beli baju, kasut dan alat mekap diorang. Mahu tak habis. Gunung kinabalu tu, kalau ditarah hari-hari, mahu rata juga dibuatnya. Cuba kalau dioranng bayar RM1k dari gaji diorang selama 24 bulan. Tak ke habis hutang PTPTN diorang tu..
Ps: Huh, yang aku bengang. Diorang mintak aku belanja malam tadi. Perempuan. Memang cam gitu la perangainya. Gaji diorang lagi tinggi dari aku tuh. Perangai gadis melayu yang muda dan comel. Macam itulah agaknya kan. Kan?
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Camana nak dapat RM300 sebulan? | Bila Titan dah mula main bola.. »
















well, aku adalah seorang yg bercita2 sedemikian jugak. insyaAllah..
Xder duit susah,ader duit pun susah.huhu
Di Malaysia, bagi saya idea financial freedom ni masih lagi baru dan susah diterima.
Pesanan saya bagi tuan punya blogger. Sabar la ek. Biar apa pun kata mereka, Teruskan berblogging. Yang untung kamu juga.
Memang boleh hidup dgn menulis blog, kalau part time, dah boleh lepas duit poket utk belanja di hujung minggu.