Apa khabar semua? Sihat? Ya, aku baru sahaja berpeluang untuk menulis blog. Yelah, sibuk sangat minggu lepas. Buat kerja sana, buat kerja sini dan buat kerja sana-sini. Bukan aku tak online, tapi untuk update blog-blog aku ni, aku memerlukan masa untuk buat segalanya. Biasanya aku akan tumpu dalam 3-4 jam secara berterusan untuk update blog-blog aku yang banyak tu sebab kebanyakkan blog aku, aku kendalikan secara manual. Cuma beberapa blog jenis autoblog aku tu tetap berjalan atas dasar ujikaji. Ikut hati, memang aku tak gemar blog jenis autoblog, tapi tak salah kita mencuba. Untuk lihat sejauh mana blog itu boleh pergi. Tidak pun, aku gunakannya untuk naikkan alexa rank aje. Lepas tu, pepandailah aku ubah blog tu jadi benda lain. Haha..

Tak ada gambar untuk tatapan korang. Memang aku ada banyak ambil gambar dan mungkin aku akan sharekan di Facebook aku aje. Korang search aje “encik titan” kat Facebook dan korang akan jumpa facebook aku tu. Itu aje facebook yang bersifat agak peribadi dan korang boleh add aku jika mahu. Aku tak paksa aa. Itupun aku jarang sangat online kat sana. Update pun kekadang melalui Twitter aje. Kekadang, aku merepek aje. Bukan update sangat pun sebab terlampau sibuk dengan kerja-kerja “baru” sekarang. Memang banyak benda luar dugaan yang berlaku dan aku terpaksa hadapinya dengan tabah. Hati tak boleh kacau selalu. Kalau tak, memang sengsaralah dibuatnya. Kekadang, kacau jiwa jugak dibuatnya..

Ya. Aku di Jerantut sekarang. Lebih tepat lagi di Cyber cafe. Ini aje yang aku rasa agak laju dan aku malas nak bawak laptop Fujitsu aku tu pergi cari line internet free kat sini. Ada, tapi aku malas. Kekadang bukan laju sangat pun. Laju sikit aje. Petang semalam, aku drive dari Damak dan terus ke Jerantut. Sempat main badminton kejap dan malam tu aku lepak dengan member-member lama kat Jerantut. Pukul 3 pagi plak, aku gi teman kawan-kawan aku yang kena jadi guard sukarelawan kat kawasan taman diorang. Malam tadi turn diorang plak. Aku teman sampai jam 5 pagi. Boleh tahan gila juga diorang ni. Sanggup berjaga walhal diorang ni semuanya jenis tidur awal. Lainlah aku, tak tidur malam pun aku sanggup. Janji ada line internet. Hehe..

Sempat gak aku kacau seseorang pagi tu. Bangun juga. Padan muka dia. Terus pagi tadi, dia kacau aku plak. Macam tau-tau aje aku tengah membuta. Jadi, aku terus mandi dalam jam 10 pagi, pakai apa yang patut, terus cari kedai, beli surat khabar, cari kedai yang jual roti canai dan melepak sampai jam 11.30 pagi. Lepas tu, aku carilah cyber cafe nih untuk update sesuatu demi korang. Yela, kang aku berhenti menulis blog. Korang marah-marah plak. Baru aje aku berniat nak berhenti menulis blog, dah kena marah-marah. Haha..sayang gak korang kat aku rupanya. Lagi-lagi si Farah. Haha..

Tadi aku check, sekali ada orang mengaku yang dia admin Dapatwang.com. Aku tak pasti betul atau tidak. Tapi korang leh gi baca kat komen yang dibuat oleh beliau. Aku dah bagitau awal-awal, aku dan admin Dapatwang.com bukan orang yang sama. Aku cuma join program tersebut sahaja dan aku BUKAN admin program tersebut mahupun ada hubungan keluarga dengan beliau. Jadi, sila jangan buat tuduhan melulu. Fuhh..dasat gak korang ek. Sanggup membuat tekaan yang mana aku merupakan admin Dapatwang. Adakah itu satu pujian, tekaan liar atau tuduhan tak berasas?

Ps: Dia sms. Tak leh kuar. Sebab kena masak untuk adik-adik dia. Huh.. icon sad Titan, Dia dan Dapatwang


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 8 comments. Apa plak komen korang?
mr.eims @ perfume - 29 Mar 10 at 00:24:06
Salam. titan,
Aku pun nak tgk blog2 ko yg lain, maybe ko ada post mengenai nie tapi aku tertinggal. mana nak cari? @ sememangnya rahsia :p hehe..

hurm.. tu ah..nak ada banyak blog, banyak masa juga perlu diberikan. sbb tu jumlah blog aku pun makin berkurang :p takdak masal aaa./
paeh - 29 Mar 10 at 00:36:22
wakakaka. aku baru first time nak cashout dapatwang awal bulann niii…. camne ntah nak hebat mcm kau…. =.=’

aku dah add FB kau… approve cepat
akazuma - 29 Mar 10 at 02:10:40
haha..tu la. banyak sangat blog. :)
samanosuke_04 - 29 Mar 10 at 15:38:49
oooo.. ko dah ader gilfren skang ye? chet!! Titan dulu tak camnie… hoho, apsal Farah sayang ko lebih dari die sayang aku rr?? zzzzzz….
titan - 30 Mar 10 at 05:50:12
mr eims. Hehe..ada. Tapi ada yang aku tak dapat nak share. Pepaham ajelah..ko tengok kat ruang ni. Ada sikit blog aku kat situ: http://earncent.com/blog/about/

Paeh. Hoho..thanks. aku dah approvekan. Aku tak hebat. biasa-biasa aje. Tapi kalau ko kata aku rajin. Itu aku setuju. Haha.. :D

akazuma. Hehe..biarlah..

samanosuke. Mana ada. Teman tapi mesra aje. Kawan perempuan, makcik perempuan, rakan sekerja perempuan, memang ramai. Farah? Itu ko kena tanya dia. Kenapa dia sayang aku lebih dari ko. haha..
rina - 31 Mar 10 at 06:02:14
huh..dah dapat payment latest ke titan?
ainun - 29 Aug 11 at 15:10:43
saa tak cuba pon benda nie
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:15:48
saya pon xpnh cuba…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011