Yahh. Dah 3 hari aku tak tulis apa-apa kat sini dan aku harap korang tak bosan. Aku memang dah susah sikit nak aktif macam dulu sebab kekangan kerja luar yang banyak dan kerja-kerja yang lain. Tapi aku akan cuba buat yang terbaik dan beri support untuk produk-produk aku yang lain. Setakat ini, belum ada masalah besar dan jika korang ada apa-apa soalan, boleh terus hubungi aku melalui ruang contact di atas. Ini untuk memudahkan kita untuk berkomunikasi untuk hal-hal yang berkaitan.

Bila ditanya tentang soal niat untuk menulis blog dan mencari duit di internet secara serius, aku yakin ramai yang masih gagal mencapai niat masing-masing. Tak kurang juga yang sudah berputus asa dan yang paling teruk, sudah ramai yang mula menyalahkan orang lain kerana gagal berjaya mendapat 1 sen daripada internet. Malah, ada yang menyalahkan sesetengah buah program kerana pelbagai isu. Aku malas nak tegur bab-bab salah dan menyalahkan ni. Sebab apa? Diorang ni memang jenis takkan kalah. Nak menang aje. Kesudahannya, memang takkan ada noktah dan mungkin menyebabkan lebih ramai blogger dan IM bergaduh atas sebab-sebab yang aku rasa memang remeh-temeh. Bagi aku la. Bagi diorang, mungkin maha penting agaknya. Mana tidaknya, sampai memaki dan bergaduh. Belum lagi yang mencarut. Jadi, daripada tambah dosa percuma macam itu, baik aku jangan terlibat dan masuk campur. Huh..

Aku ulas kembali bab niat untuk menulis blog. Aku tahu setiap orang pandai pasang niat dan aku yakin setiap blogger dan IM ada niat tersendiri. Semua IM niat utama mereka adalah nak duit. Mahu menjana pendapatan. Jangan bagitau aku, niat korang nak jadi IM ni untuk membantu orang atau untuk saje-saje sahaja. Itu mengarut dan hipokrit sahaja. Terus-terang itu lebih baik daripada hidup berpura-pura. Kalau nak duit, cakap kita nak duit. Nak cari duit, bagitau terang-terang yang kita nak cari duit. Bukan berdosa pun. Ini menjadi perangsang kepada kita untuk lebih berjaya.

Tapi sampai bila? Ya. Aku juga tahu yang korang semua memang kurang sabar. Aku sendiri kurang sabar. Tapi dah 7 tahun aku bermain dalam dunia blog dan blogging ni. Itupun masih terkial-kial. Masih banyak kekurangan. Inikan korang yang baru 4-5 bulan, takkan korang leh master semua benda dalam beberapa bulan tu. Memang kena ambil masa. Jadi, belajarlah. Jika tak dapat belajar dengan pantas, belajarlah dengan perlahan-lahan. Tak ada salahnya dan cuba buang jauh-jauh sifat hasad dengki dan hipokrit tu. 2 sifat tu memang akan makan diri kita sendiri. Cubalah sentiasa memaafkan semua orang. Bukankah itu lebih bagus daripada kita memaki orang setiap hari? Aku rasa korang pun tak selesa kena maki dan memaki orang kan? Betul tak?

Dan ini antara sebab-sebab kecil aku nak berhenti menulis blog. Bukan sebab aku tak tahan dengan karenah orang ramai. Cuma kadang-kadang aku rasa orang kita ni memang perangainya macam tu. Bab menuduh orang, bab dengki, bab hipokrit tu memang nombor satu dalam dunia. Dan aku mengakui bahawa orang Melayu yang paling kreatif dan paling bijak memanipulasi dalam bab mencari duit ni. Tak kiralah online ke offline. Tak perlu aku tunjuk bukti. Bersepah bukti. Korang Google dan Yahoo aje..

Ps: Ada kerja sikit. Nak memantau orang plak. Seronok gak kerja memantau-mantau orang ni. Bab nak cari kesalahan ni, memang aku cukup suka. Tapi aku harap sangat diorang tak buat salah. Lagi senang aku nak buat kerja. haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
ishak - 23 Mar 10 at 06:34:35
kalau aku niat nak cari duit,tapi aku masih nak belajar tulis dengan keyword….,banyak planning..masih baru dalam self hosted ni jugalah….
mr.eims @ perfume - 23 Mar 10 at 07:07:50
nk blogging nie memang kena sabar. lebih2 lagi kalau baru start.. :|
merahkatak - 24 Mar 10 at 06:27:46
emm..bab kreatif, yap. Aku setuju. :)
safar - 24 Mar 10 at 19:24:13
semestinya berblog untuk mencari duit.mana ada berblog untuk kosong duit.hehehe……..
samanosuke_04 - 25 Mar 10 at 15:50:13
hoho, xsilap aku clickbank dulu pernah dibanned kat M’sia.. memang kreatif laa org mlayu nie.. hahahahha!
akazuma - 28 Mar 10 at 04:26:43
wahhh..macam tu sekali ek..
titan - 30 Mar 10 at 05:46:02
ishak. takpe. Belajar pelan-pelan. tak perlu tergesa-gesa. Nanti faham punya..

mr eims. Yap, kena sabar sikit. Kalau tak sabar, memang payahlah. semua kerja kat dunia ni kena bawak bersabar..

merahkatak. Hehe. Tau takpe.. :)

safar. Haha..itu niat aku. Tak berubah sejak 7 tahun yang lepas..

samanosuke. Bab kreatif ni, memang orang Melayu nombor satu..

akazuma. Nak macam mana lagi. Dah memang cam gitu peelnya..
vitaminc K - 23 Apr 10 at 04:26:38
setuju. Orang melayu memang sangat kreatif..
ainun - 29 Aug 11 at 15:11:19
setuju…sangat setuju…hehe…sbb saya orang melayu
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:17:06
saya pon setuju.sya pon melayu!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011