Kalau ikutkan, memang aku tak nak berhenti menulis blog ni. Tapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang sukar aku elakkan, mungkin aku akan berhenti menulis blog. Mesti ada yang suka dan mesti ada yang tak suka bila aku berhenti menulis blog kan? Ada dua sahaja sebab jika aku betul-betul terpaksa berhenti menulis blog.
Sebab pertama, kesihatan. Ini salah satu sebab utama. Aku tak tahu selama mana badan ni boleh bertahan. Jadi, jika badan ni tak break-down, selagi itulah aku akan terus menulis blog. Bila ada yang memberikan pujian bahawa aku merupakan “blogger tegar”, aku tersenyum. Mana ada manusia di dunia ini yang tak sukakan pujian. Kita hauskan pujian dan kritikan yang membina. Tak salah bila ada yang memuji, kita menerima dengan hati terbuka. Tak perlu nak merendah diri sangat. Seharusnya kita bangga. Tetapi cukuplah dalam hati. Bukan apa, takut bila kita sampaikan dalam bentuk perkataan dan percakapan, orang akan mengatakan kita ini gilakan pujian. Lihat dalam diri korang, betul korang tak suka bila ada orang yang memuji korang? Jangan hipokrit. Tolonglah. Sebab tu ramai blogger yang kecundang dan gagal untuk terus menulis blog. Salah satu sebabnya, hipokrit. Yang kedua, terlalu merendah diri.
Berbalik kepada masalah kesihatan aku. Mak aku tegur, jangan berjaga sangat malam. Kawan-kawan perempuan pun tegur, jangan tidur lambat. Nanti kerja tak leh perform bagus. Nanti tak kacak dan bergaya. Teman tapi mesra turut menegur, tak elok tidur lambat. Bahaya katanya. Adik-adik turut menegur. Kalau sampai badan dan kesihatan tergadai, berhenti ajelah menulis blog tu..
Ok. Itu sebab pertama. Tak leh cerita panjang-panjang. Bukan korang aje menyampah, nanti aku lagi menyampah. Sebab kedua adalah masa. Aku akui yang aku ada 5 jenis kerja yang berbeza setiap hari dan perlu aku monitor tanpa henti. Kerja kerajaan, kerja blogger, kerja IM, kerja Coaching dan kerja offline. Aku terlalu sibuk dengan pelbagai jenis kerja ini dan aku lakukan seorang diri. Walaupun aku ada team aku untuk monitor blog-blog aku, tapi aku tetap kena monitor diorang. Jadi, masalah masa ini agak menyusahkan aku dan aku akui pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan kita. Sampai masa nak dating pun kadang-kadang leh terfikir tentang tip-tip SEO dan cara nak tingkatkan traffic. Gila apa. Inilah susahnya bila semuanya One Man Show. Susah dan jika aku sudah capai satu keputusan, itulah saat aku berhenti menulis blog.
Tujuan aku menulis blog? Jika tanya pada aku. Jawapan aku mudah sahaja. Aku mahu duit. Mahukan pendapatan dan hasil dari blog-blog aku. Tidak ada satu pun blog aku yang tidak menghasilkan duit kepada aku. Biarpun blog peribadi aku, tetap menghasilkan dollar dan ringgit untuk aku. Ingat aku sentuh tentang hipokrit? Jika korang mahu buat duit, ngaku saja. Tak perlu mengada-ngada tak nak mengaku. Itu satu niat yang cukup kuat untuk menolak korang ke peringkat yang seterusnya. 7 tahun yang lepas, niat aku untuk buat duit dengan blog sudah pun bermula. Hasilnya? Macam-macam yang aku dapat sekarang. Ya, aku tidak menjadi seorang jutawan. Tapi aku dapat capai beberapa perkara penting dalam hidup aku dan aku sangat bersyukur dalam tempoh 7 tahun itu walaupun aku dah mengharung susah dan senang dalam dunia internet ni, aku masih tegar menulis blog sehingga ke saat ini. Niat itu paling penting. Tindakan akan datang kemudian asalkan hati kita mahu.
Dan aku terfikir seketika pada saat ini, seandainya benar aku dah tak ada di dunia ini dan blog-blog aku termasuklah blog Earncent ini, adakah korang akan masih mengingati aku dan blog aku? Jika harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan apa? Doa anak yang soleh? Aku belum ada anak lagi. Amal jariah? Aku buat sedaya mana yang aku mampu. Ilmu yang bermanfaat? Ya. Ini yang aku harapkan. Aku harap segala titipan aku untuk korang meninggalkan sesuatu yang bermanfaat. Tak perlu ingat aku yang kacak ni. Tapi hargailah pengisian yang berfaedah dan ambil apa yang korang rasa mampu memberikan manfaat dan kebaikan. Yang buruk tu, jangan ikutlah. Aku pun bukan baik sangat pun. Manusia. Mudah membuat kesilapan dan suka membuat perempuan menangis. Jadi, jangan ikut perangai tak bagus aku tuh..
Ps: Ya. Aku akan berhenti menulis blog. Bila? Tanya pada masa.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 47 dari TNX | Blogger melayu paling kreatif. Betul ke? »




















“ikut hati mati.. ikut rasa binasa” sebab tu aku terus menulis blog.. hahaha
rileks bro.. sape lagi yang nak menggegar dunia blog kita.. =P
p/s: inilah nasib seorang blogger….
bila ada masa kau keluarkan la kata-kata kau kat blog ni..
PS : tunggu dulu abang Titan.jangan behenti berblog.rasa macam tak seronoklah.
tulis2 cari guest blogger..
haha..tan nnt turunkan wasiat earncent kat aku eh..ngiah3..
ps-adakah sbb si dot dot dot dah kawin..titan mula rasa nak berhenti dr menulis blog?hohohohoh
Tapi klu terpaksa nak wat cane kan..huhu.
Bro, klu dah x larat nak update blog ni, xnak jual ke blog ni. backlink dah byk, SEO dah ok..masyuk ni. hehe
Topo. Jadi, aku tak bleh ikut hati ek..nak ikut apa ek. Jantung bleh? Paru-paru??
Paeh. Boleh aje. Kalau kau mahu. Tapi memang kerja gila la..
rina. Hehe..tau takpe.
menteil. Ramai lagi yang boleh gegar. Tapi insya-Allah, kita gegar sama-sama..
Dr. House. Aah. Memang dah tepu sangat nih. Kena wat defragement tiap-tiap hari dah nih..
Richie. Insya-Allah. Aku cuba.
Aqif. Aku cuba. Selagi masih ada nafas dan kekuatan untuk terus menaip..
Safar. Abang titan? Hehe…
Jimie. Aku cuba. Sedaya yang aku mampu. Hoho..
akazuma. Hehe..ko nak menuntut? Aku ni lagi la. tak habis-habis menuntut..
zool. Kalau blog ni, takleh pakai sub-sub nih. Hilang keunikannya..
farah. Ada sebab-sebab tersembunyi. Haha..
Dinberamboi. Berapa sanggup beli? Kalau 20k takde..jangan harap aku jual. Haha..
videono. Hoho..ye. ye..nanti aku cari. Tapi aku rasa cam malas nak cari..
whiteblogger. Aku tengah bersabarlah nih. Haha..