Malam tadi, aku baru perasan yang aku dah dapat bayaran komisen ke 47 dari TNX. Adalah dalam 30 dollar lebih dan aku gunakannya untuk renew 3 buah domain yang aku beli kat Godaddy. Aku kurang periksa. Tapi jika kita bayar awal untuk renew domain tu, kita akan dapat harga yang lebih murah. Andai kata korang beli blog dot com, korang biasanya akan dapat harga special atau harga diskaun yang cukup melegakan hati korang.

Macam nih, jika harga asal domain(dot com) itu berharga $10.85 or lebih kurang dengan itu, harga itu akan jatuh ke $7.50~$7.80. Korang juga boleh cari kupon diskaun Godaddy yang khusus untuk renew domain. Korang boleh gunakan jika korang mahu dan dari apa yang aku lihat, kita cuma boleh guna 1 kupon sahaja untuk proses renew domain ni. Tak boleh guna 2 kupon. Aku dah cuba, dia akan ambil kira kupon yang terakhir kita gunakan. Jadi, terpulang pada kebijaksaan korang untuk gunakan kupon-kupon tersebut.
Tentang kupon domain(dot info) pulak, aku ada sedikit menyesal membelinya. Mengapa? Bila korang nak renew domain tersebut, harga bagi domain itu naik ke $10.89. Tapi bila diskaun, harga tersebut akan jatuh ke $8.19 dollar. Sedangkan masa kita beli dulu, harga domain (dot info) cumalah tak sampai 1 dollar pun kan? Inilah risiko yang kita kena ambil. Kalau aku tahu, memang aku cuma akan beli domain(com/net) sahaja. Sebab bila nak renew, harga akan jatuh ke $7 dollar lebih. Oleh sebab aku dah terlajak, tak leh nak kata apalah. Aku renew aje 3 domain tersebut. 1 domain (dot com) dan 2 domain (dot info). Takdelah mahal sangat sebab aku masih mampu bayar domain-domain yang ada kat Godaddy tu. Tadi aku cari kupon-kupon Godaddy untuk beli domain baru, harga yang aku dapat cumalah dalam $7 dollar lebih sahaja. Nak dapat yang 6 dollar, kena bukak akaun Godaddy yang baru. Fuhh, malas aku nak bukak akaun baru. Akaun yang ada ni pun dah cukup rasanya dan untuk hosting, aku letakkan domain-domain aku kat Netkl, Sepaku, Baitulbytes, Onebytes dan sebagainya. Setakat ni, aku boleh percaya kat syarikat-syarikat hosting tempatan tu. Merekalah yang banyak membantu aku menjana wang yang banyak sejak aku mengenal dunia domain dan hosting ini. Terima kasih aku ucapkan pada syarikat hosting tempatan tersebut.
Tentang TNX, aku harap lebih ramai blogger dan IM berminat dengan program ini. Jika dulu korang rasa sakit kepala nak buat duit dengan program lain. Boleh cuba program TNX. Dan jika korang sudah sertai program lain seperti Bidvertiser, Google Adsense, program-program affiliate, korang boleh cuba untuk gabungkan program TNX ini dengan program yang lain. Itupun jika korang berminat dan aku tak memaksa korang untuk sertai program ini. Teliti dulu, buat sedikit ujikaji dan baru buat keputusan, nak sertai atau tidak. Huhu..
Jika berminat dengan TNX, leh daftar di sini >> TNX
Ps: Dah. Nak mandi plak. Ngantuk gila nih..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Ujikaji Withdrawal Paypal dengan Maybank | Titan akan berhenti menulis blog.. »














nak tanya cket, kalau kita beli dot.com dgn harga kupon, nak renew dia akan bagi arge camne plak bro?
ok. kalau misal kata, kita beli dot com, guna kupon. tup, tup. Harganya masa tu cumalah $1.19 dollar. Tapi next year, kita kena bayar untuk $10.89. Lebih kurang gitulah.
BIasanya, dalam 2 bulan awal sebelum tarikh domain tu expired, diorang akan hantar email suruh kita renew supaya dapat diskaun. Dekat 30% atau 2-3 dollar jugaklah. Sekurang-kurangnya, masih murah lagi kan? Bayar pun dalam $7.6++ lebih kalau dot com. Kalau dot info, kita kena bayar dalam $8.19 dollar.
Cam gitulah. Kalau tak silap aku. Kalau korang nak pakai kupon diskaun yang tolak 30% untuk renew pun boleh. Harga pun lebih kurang jugak dengan harga diskaun yg diorang bagi.