Sebenarnya, beberapa hari yang lepas aku telah buat satu ujikaji yang mudah. Aku rasa ramai yang dah tahu kita boleh withdraw duit dalam akaun paypal kita ke akaun bank tempatan. Aku dah set 2 akaun bank tempatan kat akaun paypal aku. Satu akaun Maybank dan satu akaun Bank Islam. Akaun Maybank untuk aku running modal untuk internet an Bank Islam tu untuk simpanan aku. Aku dah tetapkan bila ada untung, 50% daripada keuntungan tu akan aku asingkan dan akan aku transfer ke akaun Bank Islam. Manakala lagi 50% dan modal, akan aku pusingkan kembali untuk modal beli domain, hosting, beli ebook, beli software dan sebagainya. Itu yang aku buat setiap bulan dan alhamdulillah, setakat ini berjalan dengan lancar. Korang pun boleh buat begitu. Kalau tak, sampai bila kita nak belajar menyimpan duit, kan?

15 haribulan iaitu 3 hari yang lepas, aku request untuk withdraw 100 dollar dari akaun paypal ke akaun Maybank aku. Ini modal pusingan aku untuk bulan depan. Aku dah siap awal-awal.  Apa benda yang aku nak buat, tak perlulah aku cerita. Biasanya untuk modal domain dan hosting aku tu. Termasuklah promosi punya modal. Dan dalam masa 3 hari iaitu hari ini, memang pemindahan duit tu dah berlaku dari Paypal ke Maybank aku. Rate dalam RM3.2++ untuk 1 dollar. RM3 akan ditolak jika bila kita withdaraw tu kurang dari RM400. Tak ada masalah bagi aku sebab itu rate yang berpatutan bagi aku. Jadi, itulah kesudahan bagi ujikaji simple aku tu. Ternyata, dalam 3 hari proses pemindahan duit paypal tu dah berjaya. Sebelum ini, ada yang ambil masa 1 minggu dan ada yang ambil masa 4 atau 5 hari. Ini kali pertama ianya ambil masa dalam 3 hari. Bagi aku, itu sudah cukup bagus dan setakat ini aku suka dengan apa yang berlaku antara pihak Paypal dan Maybank serta bank-bank tempatan yang lain. Aku yakin, korang juga punya pengalaman yang sama bukan? (Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.)

paypalmaybanktransaction Ujikaji Withdrawal Paypal dengan Maybank


Lupa. Ada kawan aku bertanya bila kita orang lepak tadi. Maklumlah, jumpa kawan lama. Semua tanya pasal kerja, pasal kawin, pasal anak dan benda-benda biasa bagi orang dewasa ni. Sekali masuk cerita bab kerja, member aku tanya. Dia tahu aku ada blog dan selalu juga melawat blog ni. Dia tanya aku pasal pemindahan Paypal ke Maybank. Boleh percaya atau tidak. Bila aku cerita pengalaman aku setelah beberapa kali aku buat pemindahan dari Paypal ke Maybank, barulah beliau percaya. Mamat tu memang bukan jenis boleh terima pendapat atau penerangan seseorang melainkan jika dia betul-betul percayakan seseorang. Mungkin aku ni dia boleh percaya, sebab tu dia tak banyak soal. Dia lebih banyak mendengar dan tanya apa yang penting. Dan last sekali, soalan cepu emas dari beliau, dia tanya aku camana nak dapat banyak duit kat akaun paypal. Dia nak tahu. Amboi. Direct punya soalan sampaikan kawan-kawan aku yang lain pun turut bertanyakan soalan yang sama.

Aku cuma jawab, aku belajar dari internet. Aku banyak membaca. Aku banyak beli ilmu. Aku banyak praktikkan ilmu yang aku dapat samada secara percuma ataupun berbayar. Itu sahaja dan kemudiannya aku ceritakanlah sikit-sikit tentang program seperti Google Adsense, Nuffnang, TLA, TNX, blogging, affiliate program, E-bay dan sebagainya. Untuk buka minda dan tarik perhatian kat dunia baru ni. Bagi aku, tak salah kita promosikan dunia blogging ni. Jika makin ramai yang tertarik, bukankah dunia yang kita terokai ni akan jadi lebih meriah? Mencipta peluang baru dan mencari rakan baru di internet akan menjadi lebih meriah bukan? Insya-Allah, jika kita tumpukan perhatian, berusaha memperbaiki diri sendiri, sentiasa berfikiran terbuka, memang kita akan dapat apa yang kita mahukan. Pada tahun 2003, itulah titik tolak aku sebelum aku terjun dalam dunia internet yang tanpa sepadan ini. Tahun 2005, aku mula mengenal blog dan website. Tahun 2006, aku mula membeli domain pertama aku dan kini 2010, aku sudah mempunyai rangkaian blog tersendiri dan mempunyai produk seperti Panduan Rajapayloadz, Panduan VCC, Panduan Shareasale, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX. Bagi aku ianya bagai satu mimpi. Tetapi aku akur, ini semua hasil daripada tindakan dan plan yang aku laksanakan. Tanpa sebarang tindakan, memang aku takkan dapat apa-apa.

Ps: Kawan aku kata, aku hebat. Mampu bahagikan masa untuk buat semua ini. Dalam hati aku berkata” kita semua hebat. Asalkan kita mahu capai apa yang kita mahukan. Pendek kata, semua itu terpulang pada kita. Tindakan kita.”


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
debtrunner - 18 Mar 10 at 18:06:27
pernah juga withdraw. Tapi ke akaun cimb. tapi rate masa tu 3.3..
riku - 18 Mar 10 at 18:23:19
belum cuba. Selalu jual kat orang aje.. :)
videono - 19 Mar 10 at 03:23:26
huh..dah lama tau pasal kita leh withdraw duit dari paypal nih. Kira baguslah kan.
msarbin - 19 Mar 10 at 04:31:41
tq titan kerana mengesahkan perkara ini.. aku sebelum ni curious jugak. so tak perlu lagi debit card kan. terus jer direct to bank.

great!
cikfen - 19 Mar 10 at 05:26:51
Bercita-cita untuk buat duit macam titan jugak. Maklumlah saya pun orang banting, cuma belum berkesempatan jumpa dengan beliau, titan, bila nak lepak kat tempat baru -> UPTOWN BANTING… he..he…
titan - 19 Mar 10 at 14:00:20
debtrunner. Aku pernah juga withdraw guna maybank ni dapat rate 3.31++. Time tu, memang tinggi. Yang ni 3.2 lebih aje. Oklah tu. Nak wat ujikaji aje..

riku. Selalu jual. Mesti banyak jual-jual ni..

videono. Bagus. :)

msarbin. Tak perlu dah debit kad. Tapi kalau nak pakai jugak, takde masalah. Aku lebih suka kalau leh direct ke bank.

cikfen. Hehe..kat mana Uptown banting nih? Aku nama aje dok banting, tak tau plak ada uptown kat banting nih. Haha.. Ko dok mana kat banting?? aku kat taman sri putra.
abdfatah - 21 Mar 10 at 02:32:28
aku nak try jugak laa kuarkan usd6 dari paypal aku… hahahaha
farahaznil - 22 Mar 10 at 17:04:35
kalau dah minat…semua benda akan jadi!!!!!
titan - 06 May 10 at 12:53:38
abdfatah. keluarkan. keluarkan. haha..

farahaznil. Insya-Allah. Minat tu memang banyak sangat membantu dalam kehidupan aku..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011