Sementara aku sempat update blog ini, aku update juga satu lagi bayaran ciput yang aku terima dari Triond. Yap, bayarannya sangat rendah. Tetapi ianya membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan program Triond ini. Ya, aku tahu ada yang gelak sebab aku tunjuk bukti bayaran yang rendah-rendah macam ini. Biarlah kalau ada yang gelak. Jika korang faham apa yang aku lakukan, aku yakin korang takkan gelak setelah mengetahuinya.

Ini bukti bayaran yang aku dapat dari Triond. Cukuplah. Leh beli gula-gula hacks kegemaran aku tu. Boleh meneman aku yang kadang-kadang mengantuk malam kalau sabun Aqura dah habis guna. Hehe..



Cara nak buat duit dengan program Triond ni tidaklah susah sangat. Korang boleh pilih 2 cara untuk buat duit dengan Triond. Pertama, melalui gambar. Yang kedua, melalui artikel. Jika korang ada banyak gambar yang menarik, upload gambar korang di Triond dan letakkan tag yang sesuai dan panas di gambar tersebut. Aku yakin, ramai orang akan search gambar tersebut nanti. Melalui cara inilah aku berjaya dapat komisen dari Triond sebanyak 5 kali.

Bagaimana pula dengan Artikel? Ya. Korang boleh buat duit melalui artikel. Senang sahaja. Korang fikirkan satu topik yang menarik, letakkan keyword-keyword panas dan korang yakin ramai orang akan berminat dengan keyword tersebut, letak sikit perasa SEO, boldkan apa-apa yang patut dan buat artikel yang agak tersusun dari segi bahasa. Nak senang, buat sistem point. Itu lagi mudah. Tak perlu nak buat karangan macam aku tengah karang nih..dah siap semua. Haa, submit dan tunggu pihak Triond aktifkan artikel tersebut. Selalunya dalam 2-3 hari sahaja. Kalau gagal, korang buat artikel lain yang lagi hebat dari yang sebelumnya. Macam tak biasa tulis artikel plak, kan?

Ok. Itu sahaja. Banyak benda lagi pasal Triond ni. Tapi lebih baik korang fikir dulu dan decide, nak join atau tidak. Jika korang selesa dengan program yang korang sertai sekarang, tak perlu join triond. Tapi kalau tanya aku, aku join semua program yang aku suka. Yang tak suka pun kekadang aku join. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencabar minda sahaja..

Ps: Dah tak penat. Tapi nak tidur petang ni..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 11 Mar 10 at 11:57:57
hmm klu selain blog..mcm fb n etc adakah boleh titan?
rina - 12 Mar 10 at 01:19:18
emm..triond ni bayar ciput sangat la..
wanwma - 12 Mar 10 at 10:45:17
Ciputnya..tapi tak pa, kalau buat betul2 lama2 ok la tu!
Samdaddycool - 14 Mar 10 at 06:38:42
ok la tu.. bukan susah pun buat triond.. tapi kena maintain sekurang2nya seminggu sekali upload gambo.. rugi ada handphone camera tapi tak maximize penggunaannya..
samanosuke_04 - 14 Mar 10 at 07:39:39
uish, tak ske rr tulis artikel.. kalo ader yang tulis2 komen cam kat forum dulu tue aku suka…

psss: aku da bli buku tue, bila nak hantar?
merahkatak - 15 Mar 10 at 08:02:55
emmm…dah jarang tulis artikel atau blog..
titan - 19 Mar 10 at 13:17:59
farahaznil. Selain blog? Tempat nak promosi link triond tu? kat mana-mana pun boleh. Facebook, twitter, myspace, friendster dan mana-mana. Janji tak spamming..

rina. Dah usaha pun ciput. Hasilnya pun ciput jugaklah. Hehe..

wanwma. Bolehlah. Side income aku. Tak banyak. Biar ada daripada tak ada langsung.

Samdaddycool. Ko mesti banyak upload banyak gambar kat triond kan? Hehe..

Samanosuke_04. Ko tak suka, ko upload aje gambar. Pastu, letak kat blog ko. Mesti ramai yang nak tengok gambar ko travel-travel kat rusia tuh..

merahkatak. Nape? :(


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------