Dalam 2-3 minggu ini memang kehidupan aku dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja. Memang besar perbezaan antara kerja-kerja seorang blogger, kerja-kerja seorang blogger dan kerja-kerja seorang penjawat kerajaan. Sangat berbeza dan aku akui aku mula menyukai kerja-kerja tersebut.

Kerja-kerja seorang blogger

Aku akui aku memang sangat suka dengan kerja ini. Sejak aku melangkah ke dunia blogging ini. Banyak benda yang aku dapat tak kiralah benda baik atau benda yang kurang baik. Aku terima seadanya. Mana taknya, ketika aku memulakan dunia blogging pada 2006, aku hanya bermula dengan blogspot sahaja. Itupun blog personal dan aku itu juga blog yang aku gunakan untuk buat duit dengan program Google Adsense dan akhirnya, aku berjaya dengan blog tersebut. Pada tahun 2007, aku beli domain pertama dan kedua aku dan akhirnya sehingga hari ini aku sudah membeli lebih dari seratus buah domain dari pelbagai syarikat. Semuanya untuk projek-projek blogging aku dan separuh daripadanya telah aku set untuk membantu aku menjana income secara automatik.

paymentlafeb2010 300x149 Kerja Blogger, Kerja IM dan Kerja Kerajaan


Ya..percaya atau tidak, income TNX, TLA dan Google Adsense telah menjadi 3 side income automatik bagi aku setiap bulan. Biarpun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tetapi aku tidak putus duit dari 3 program tersebut.

Selain itu, servis seperti mengaktifkan akaun paypal dengan menggunakan VCC juga merupakan servis paling untung yang pernah aku lakukan. Selama 3 tahun lebih aku buat servis ini dan tidak salah aku katakan yang aku sudah jana lebih dari 10k daripada servis ini. Pernah dalam 1 bulan aku berjaya mendapat bersih 1k daripada servis ini sahaja. Dulu la. Tapi sekarang, aku sudah tak menawarkan servis ini. Sebab aku terlalu sibuk dengan kerja kerajaan aku sekarang ni. Servis review dan penjualan banner di blog-blog aku juga merupakan income yang lumayan sejak aku menceburi bidang ini. Alhamdulillah. Itu sedikit sebanyak tentang kerja-kerja blogger aku..

Kerja-kerja seorang Internet Marketer (IM)

Kerja ni berbeza dengan kerja-kerja blogger. Aku tidaklah mahir sangat dan aku bukanlah seorang IM yang berjaya. Aku lebih cenderung dengan dunia blogger. Aku pernah muncul dengan beberapa panduan seperti Panduan Rajapayloadz, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan terkini adalah Panduan TNX 2.0. Alhamdulillah, kesemua produk itu berjaya membantu aku sedikit income setiap bulan. Jangan tak percaya, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX 2.0 merupakan penyumpang utama aku setiap bulan jika dikira dari sudut IM. Sedikit sebanyak, panduan tersebut membantu diri aku dan juga rakan-rakan yang lain dari pelbagai aspek. Tidak salah aku katakan bahawa melalui kerja-kerja blogger ini aku mampu untuk tidak lapar setiap bulan.

Dan Panduan TNX 2.0 merupakan produk panas yang pastinya berbeza berbanding produk aku yang lepas kerana inilah satu-satunya Panduan TNX yang berbahasa melayu di dunia dan juga di Malaysia. Mungkin aku bukan pengguna TNX yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mendapat 100 dollar sebulan dari program ini dan panduan yang aku tulis itu akan membantu ramai pembeli dan blogger untuk menjana pendapatan dari TNX. Insya-Allah, kita semua bolehh..

Kerja-kerja seorang penjawat kerajaan

Pastinya sangat berbeza. Aku kena bangun awal pagi. Kena berdisiplin dan bertanggungjawab. Terpaksa mendengar leteran bos dan jumpa ramai orang. Terpaksa berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Malah, berpeluang untuk jumpa orang-orang besar kerajaan. Dan macam-macam kekangan dan masalah yang akan aku hadapi apabila aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaaan. Tetapi aku temui beberapa perkara yang telah aku cari selama ini. Insya-Allah, apa yang aku inginkan akan tercapai. Jika aku masih stay dengan kerja aku yang lama, aku kurang pasti adakah aku akan berjaya menemui apa yang aku hendak. Yap, keinginan dan kehendak kita berbeza. Aku tidak kata hidup sebagai seorang Full Time Blogger atau IM tidak best. Cuma apa yang aku cari, aku tidak jumpa. Tetapi aku jumpa ketika aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaan. Ianya berlaku apabila aku cuba berubah angin. Akhirnya, Allah makbulkan. Tapi aku yakin bahawa dunia blogging dan IM akan tetap sebati dengan darah daging aku..

Dari segi gaji atau keuntungan, memang income aku drop hampir 50% bila aku masuk dalam dunia kerja kerajaan ini. Tetapi aku tak kesah. Mengapa? Aku jumpa apa yang aku mahukan. Aku nampak target dan tujuan hidup aku. Mungkin korang pun ada tujuan masing-masing. Bila dan dimana? Ianya berbeza bukan? Jadi, setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Aku menyanjungi mana-mana kerja di dunia ini biarpun cumalah seorang cleaner. Tanpa Cleaner, jangan harap tandas kat KLIA tu bersih. Huhu..

Ps: Okeh..penat nih. Aku nak taip benda lain. Benda lain yang keluar..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
abdfatah - 10 Mar 10 at 07:26:54
mana-mana kerja kena rajin ler jangan harap gaji masyuk aje dan duduk relaks… hehehhe
Afzai Afandi - 10 Mar 10 at 07:39:26
3 kerja dalam satu masa bermakna 3 pendapatan dalam satu masa :)
samanosuke_04 - 10 Mar 10 at 08:30:43
lebih dari sratus domain ko beli?? camner ko bleh maintain nak update semua blog arh?? mantap nyer…
rina - 11 Mar 10 at 00:33:39
yapp. Tanpa cleaner, memang tak bersih tandas-tandas kat malaysia nih..
King - 11 Mar 10 at 04:56:48
Salam saudara Titan. saya nak beli panduantnx dan dah buat bayaran. masalah saya ialah terbayar dua kali. dua2 melalui paypal. satu dlm usd dan satu lagi dlm rm. mintak saudara titan cancel yang dalam rm tu. thanks.
farahaznil - 11 Mar 10 at 05:32:40
aku suka dua2…dua2 best..hohohohohoh
merahkatak - 15 Mar 10 at 08:50:34
semua orang suka kerja-kerja ni. janji duit masuk maa..
debtrunner - 17 Mar 10 at 06:38:41
keje banyak, income pun banyak gak la..
girls stories - 17 Mar 10 at 10:06:26
buatlah apa kerja sekalipun. Janji kita ikhlas.. :)
videono - 19 Mar 10 at 03:31:45
setiap orang ada cara tersendiri. jadi pilih aje yg mana kiter suker
titan - 19 Mar 10 at 16:25:37
abdfatah. Betul. Apapun, kena usaha. Takde benda yang datang dengan mudah.. :)

Afzaiafandi. Yap. Tapi itu juga bermakna lebihan tenaga digunakan. Hehe..

samanosuke_04. Maintain? Minum tongkat ali dan kopi nenek setiap hari. Haha..itu yang leh bertahan sampai ke hari ini..

rina. Betul tu. :)

King. Yang dalam ringgit tu aku dah cancelkan. Leh check.
ainun - 29 Aug 11 at 15:22:59
saya suka kerja blogger..hehe
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:25:40
saya pon suka!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011