Archive for February 2010


Benarlah, penantian itu satu penyeksaan. Dalam banyak-banyak kesengsaraan dan penyeksaan samada secara zahir atau batin, penantian adalah antara salah satu jawapan yang tepat untuk itu. Yap. Itulah yang aku rasa ketika aku mula-mula menyertai program ini. Aku sendiri mengambil masa untuk menjual link di blog aku setelah beberapa bulan menyertai TNX. Ianya tak mudah seperti yang aku ceritakan dalam panduan TNX itu. Agak lambat. Tetapi setelah aku menemui trik dan cara yang mudah untuk buat duit dengan TNX, aku akui bahawa ramai orang akan mudah buat duit dengan program TNX ni. Ternyata, apa yang aku harapkan, ianya membuahkan hasil. Sehingga lebih dari 21 orang TNX super knight telah dilahirkan dan mereka semua telah tahu apa yang mereka perlu buat untuk lebih berjaya dalam TNX.

tnxfebruaripayment 300x150 Komisen ke 44 dari TNX


Jadi, jika korang tanya pada aku adakah susah hendak buat duit dengan program TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang dah tahu apa yang diperlukan, apa yang tidak diperlukan, ianya akan jadi mudah. Tak ada benda yang tak susah didunia ini. Sebab itu kita kena belajar bagaimana hendak memudahkan setiap pekerjaan kita. Dan dengan cara itulah juga aku apply dalam TNX dan program-program yang lain. Dan kini, korang sendiri boleh lihat sendiri samada aku berjaya buat duit dengan TNX atau tidak.

Ya. Aku tahu, aku belum capai lagi tahap sehingga 500usd setiap bulan dengan TNX atau menjadi kaya dengan TNX. Sebab aku tahu aku belum capai ke taraf itu. Tetapi ianya masih tidak mustahil. Aku cuma perlu naik secara perlahan-lahan tanpa hilang asas yang telah aku bentuk sejak 2 tahun yang lepas. Program TNX tak dapat bagi pulangan dengan cepat? Ya. Satu lagi fakta yang aku terpaksa setuju. TNX bukan program atau skim cepat kaya. Jadi, memang takkan jadi kaya dengan cepat samada dalam 2 atau 3 bulan. Semuanya mengambil masa. Jika korang benci aku setelah beli panduan tnx ini dan korang membuat hipotesis bahawa ebook ini tak berguna pada korang, aku tak dapat kata apa-apa. Aku dah tulis kat web jualan, fikir elok-elok sebelum beli. Jika korang dah beli, itu bukan salah aku. Korang kena praktikkan apa yang aku kongsikan dengan korang dan korang sendiri yang perlu corakkan. Aku dah tunjuk jalan. Aku dah beritahu apa yang aku buat. Sekarang, korang perlu ubahsuai mengikut acuan korang sendiri.

Aku akui sekali, memang susah nak buat duit. Tapi tak adalah sampai tahap dimana aku putus asa. Nasihat aku, jika korang tak dapat berjaya dengan baik untuk sesebuah program, cuba program lain pula. Tak ada salahnya. Kalau ada orang kata, kau ni tak fokus. Ya. Akui sahaja. Sebab apa? Mungkin korang ada sebab sendiri untuk tidak fokus atau rasa memang tak boleh pergi dengan program tu. Jadi, baik korang teruskan dengan program-program yang lebih bagus, menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan yang paling penting, pasti membuahkan hasil. Tak perlu nak salahkan e-book atau program itu tak bagus, harga mahal, program haram, skim cepat kaya, penipu atau admin nak kaya cepat aje dan sebagainya. Bukankah korang lebih baik berusaha lebih untuk mencapai matlamat korang? Dalam mencapai matlamat, sempat lagi korang nak mengutuk orang lain, menghina blogger lain, menjatuhkan hukum tanpa bukti dan mengarut tak tentu pasal? Aku tak faham betul mereka-mereka nih. Usaha dulu beb. Korang dah capai matlamat terakhir korang, korang nak kutuk pun orang akan suka dengar. Ini usaha tak seberapa, nak mengutuk orang lebih-lebih. Sudahlah tanpa bukti yang kukuh, korang dah melalut tak tentu pasal. Jadi, sekali lagi. Usaha dulu. Biar sampai sengal badan korang tuh. Aku tak pernah lagi jumpa orang berjaya tanpa usaha yang menyengalkan.

Ps: Cukup, aku nak teman mak abah aku gi beli kereta baru untuk adik perempuan aku. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Setelah berakhirnya pertandingan yang dibuat oleh Denaihati, kini seorang lagi blogger telah membuka satu lagi peluang untuk blogger-blogger lain buat duit melalui satu lagi pertandingan. Pertandingan ini merupakan pertandingan komen terbanyak di blogsafar.com. Jadi, siapa yang mempunyai jumlah komen terbanyak akan memenangi hadiah yang cukup lumayan dan ianya berbentuk wang tunai. Aku rasa ramai yang berminat jika hadiahnya berbentuk wang tunai bukan?

Jadi, jika korang ada masa dan rajin mengomen diblog-blog setiap hari atau aktif dalam aktiviti blog walking ni, aku rasa korang sesuai untuk menyertai pertandingan ini. Aku juga akan turut serta dan akan buat yang aku mampu. Maklumlah, tak lama lagi aku dah habis cuti. Jadi tak setiap hari aku dapat komen. Mesti si Farah dan Fatah suka dengan contest macam ini. Lom lagi dengan blogger-blogger tegar yang lain. Mesti ramai yang suka dan berminat nak menyertai pertandingan yang ditawarkan oleh Blogsafar.

Ok. Korang mesti tahu juga beberapa syarat yang penting sebelum menyertai pertandingan ini. Aku harap ianya tidak menyusahkan korang sebab ianya merupakan syarat-syarat biasa yang dikenakan terhadap beberapa pertandingan yang lepas. Tak susah pun. Ambil masa dalam 5 minit aje nak setelkan semua tuh. Alah, kalau tengok TV berjam-jam boleh, takkan setelkan syarat ni dalam 5 minit pun tak boleh kan? kan? Antara syarat wajibnya..

1. follow blogsafar di Twitter dan Meme
2. Subscribe blogsafar.com
3. Mesti ada akaun bank seperti Maybank, CIMB dan Paypal.

Itu sahaja. Tak banyak kan? Dan syaratnya sangat mudah. Kesemua hadiah berjumlah RM110 dan ianya pasti jumlah yang besar bagi kebanyakkan orang. Mungkin korang dapat beli sesuatu yang bermakna selepas menang pertandingan yang dijalankan oleh Blogsafar.com

Ok. Adat pertandingan, ada menang ada yang kalah. Itu normal. Aku harap lebih ramai yang akan menyertai pertandingan ini. Walaupun tak ada paksaan, tapi ini juga salah satu cara mudah untuk mendapat backlink dan juga menambah lebih ramai lagi rakan blogger di internet ini. Jangan tak tahu, aku kenal kawan lama aku melalui satu pertandingan tak lama dulu. Rupa-rupanya, kawan sekelas aku rupanya. Memang aku tak menang pertandingan tu, tapi aku dapat jumpa balik kawan lama aku. Kira hadiah istimewa juga tuh. Hehe..

Apapun, leh rujuk sini >> Pertandingan Komen Terbanyak Blogsafar.com

Ps: Agak penat hari ini. Baru aje balik hantar adik aku kat Sentul.. icon smile Pertandingan Komen Terbanyak di Blogsafar.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Petang tadi, baru aje aku pulang dari Jerantut. Semalam aku tiba lewat dalam jam 3 petang. Borak-borak dan aku ambil keputusan untuk berehat dalam bilik. Aku pasang laptop, setting blog-blog untuk projek tnx, upload pakai theme dan plugin pakai filezilla. Buat apa yang patut, open torrent, open mega toolbar dan download cerita korea, kemudian aku tertidur sampailah jam 6.30 petang. Itupun mak aku dah amok sebab aku sibuk tidur kat bilik cam anak dara. Nak buat macam mana, aku dah penat. Kena pula cuti lama sikit. Pulak tu, kena balik kampung kejap melawat Tuk Wan aku. Jadi, ikut ajelah. Lagipun dah lama abah dengan mak tak lawat Tuk wan aku tuh. Harap-harap Tuk Wan aku sentiasa sehat sentiasa. Hehe..

Berita baik yang aku terima sejak aku pulang ke Banting ni, mak abah aku nak gi umrah bulan 6 nanti. Diorang ajak aku ingat nak ajak aku pergi. Tapi memandangkan aku sibuk dengan kerja aku, diorang urus diam-diam bab umrah tuh. Bila dah confirm, barulah dibagitahu aku. Itupun semalam baru aku tahu. Tapi niat dihati, kalau ada rezeki, memang aku nak pergi umrah dalam waktu yang terdekat ni. Nak jejak Bumi Mekah dan Madinah. Salah satu impian aku adalah menjejakkan kaki aku ke tanah haram tersebut. Mudah-mudahan makbul. Insya-Allah..

Tadi, sempat aku wat personal coaching dengan seorang kawan aku. Perempuan. Dia bawak adik laki dia sekali sebab adik dia tu pun nak belajar gak. Ini yang aku kata aritu sampai nak putus sahabat tu. Yelah, aku dengan dia nih dah lama tak jumpa. Seingat aku, paling last aku jumpa dia masa raya tahun 1997. Itupun sebab aku beraya ke rumah dia. Kalau tak, jangan harap dia nak raya rumah aku.Maklumlah, budak perempuan masa tu bukannya tahu rumah kawan-kawan laki diorang. Kita orang aje budak laki yang gatal mencari rumah-rumah budak perempuan. Dulu masa darjah 6, aku menyalahgunakan kuasa aku sebagai ketua kelas untuk mencuri-curi lihat alamat rumah budak-budak perempuan yang satu darjah dengan aku. Dari situlah aku dapat nombor telefon rumah dan alamat rumah diorang. Dan dari situ jugaklah aku tau nama bapak dan datuk diorang. Jadi, aku ada senjata untuk membalas jika budak-budak ni main ejek-ejek nama bapak aku. Macamlah korang tak tahu, dulu kan diorang ni suka main ejek-ejek nama bapak, kan? Termasuklah aku. Tapi sekarang aku dah insaf. Percayalah..

Jenuh gak nak menerangkan kat budak nih. Yelah, dia ada pengalaman menulis blog. Tapi kat blogspot. Bila aku terang bab wordpress, memang sengugut budak ni datang baliklah. Kacau bilau dibuatnya bila dia tanya aku macam-macam. Adik dia kool aje. Dia tanya apa yang penting-penting aje. Akak dia pula yang lebih-lebih tanya memacam. Nak buat macam mana. Dia bayar maa. Aku jawab ajelah setiap soalan yang dia nak tahu hatta, macam mana nak cari theme wordpress yang cun-cun dan plugin yang bagus untuk blog wordpress nih. Termasuklah tips nak dapat ranking alexa tinggi, nak cari trafik, nak cari keyword, pemilihan niche yang sesuai dan sebagainya. Dekat 3 jam jugaklah. Dari jam 8 malam sampailah 11 lebih. Pastu, diorang baliklah sebab aku sendiri halau diorang balik.

Esok, diorang akan datang balik untuk sessi revision. Maksudnya, aku nak dia buat sekurang-kurangnya satu blog dan beberapa artikel dan cari sendiri theme yang dia mahu. Cara install blog wordpress pun aku dah bagitau. Jadi, aku suruh dia study balik, esok tunjuk kat aku step by step. Memang nampak remeh aje, kan? Tapi bagi mereka yang memang tak tahu apa-apa ni, memang satu benda yang menyengalkan. Bab-bab asas ni, jangan buat main. Kalau korang tak tahu, memang menyusahkan hidup. Tapi sekali korang tahu, korang dah cukup syarat untuk pergi dengan lebih jauh. Aku yakin ada yang sependapat dengan aku yang mana, kita mesti kuasai bab-bab asas seperti hosting, domain, wordpress, coding dan sebagainya. Tahu benda nih, korang dah boleh start untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Selebihnya, terpulang pada korang untuk mencorakkannya.

Personal Coaching ni sebenarnya untuk TNX. Tapi esok baru aku ajar budak berdua nih pasal TNX. Yelah, kalau bab blog pun kantoi, susah jugak nak attack program TNX nih. Tak kena syarat, memang susah nak dapat 10 dollar sebulan. Tapi aku yakin dia boleh sebab dia dapat Straight A dalam UPSR dan PMR. SPM, ada yang lompang. Haha..tak pernah aku menang dengan dia kalau bab pelajaran ni, tapi kalau bab lain, mungkin ada peluang nak pintas. Contohnya kalau bersukan atau bab Internet ni. Dia ni kira budak baik jugaklah.Aku ni kira nakal sikit-sikitlah. Haha..

Cukup. Esok sambung lagi. Mata dah kuyu dah nih.. icon neutral Titan, Tuk Wan dan Personal Coaching TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..

narutocheating Politik Blogger dan IM Tempatan


Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011