Semalam petang aku merempit dari Damak ke Banting. Jam menunjukkan pukul 4.11 minit. Start enjin kereta, drive selaju yang mungkin dengan kadar yang berhati-hati walaupun mata memang mengantuk sebab dah 4 hari berturut-turut tidur pukul 2-3 pagi tetapi gatal juga nak balik ke rumah hujung minggu ini. Kemudian, berhenti rehat dan solat kejap. Rempit lagi sekali..dah sampai terowong, potong sana, cilok sini..nampak ada awek lawa dalam bas panjang warna pink tu, kena jeling pulak dengan awek tu, apa lagi, aktiviti kejar mengejar dimulakan. Bila aku masuk Ampang, bas pink tu gi jalan ke jalan yang satu lagi. Ciss!! Awek comel tu siap main lambai-lambai dan gelakkan aku. Nak buat macam mana, tak ada rezeki nak ngorat dia. Dan, aku terus drive sampailah ke Banting dalam lebih kurang jam 9 malam.

Haa, itulah sipnosis pendek kisah semalam. Aku tak sempat sangat nak menaip apa-apa malam tadi sebab secara jujurnya aku sendiri rasa otak aku tak cukup oksigen, pengaliran darah tak cukup sempurna, mata pun dah kejap celik kejap pelan, apa mak abah aku cakap pun aku tak berapa nak masuk, last-last, aku dah berdengkur kat bilik aku dalam jam 11 malam dengan baju dalam beg gunung aku tak dikeluarkan, dengan laptop terpasang, dengan handset yang telah dicas, dengan tak bermandinya, dengan tak sempat nak baca email, nak tulis kerja-kerja review yang menunggu untuk diselesaikan dan bermacam-macam lagi tugas yang nak tak nak aku kena buat hari ini dan dalam masa 2 hari ini sebelum aku kembali semula ke Damak untuk sambung kerja yang tertangguh. Huh..sengal badan aku ni. Nak cari tukang urut, tapi pakcik tu sibuk pula. Full aje dia kalau aku balik Banting. Nak suruh bini, tak ada pulak..

Dan kepada mereka yang telah membayar untuk Panduan VCC dan Panduan TNX 2.0, aku telah menghantar link download sebentar tadi. Sila download melalui link yang telah aku berikan. Maaf agak lambat sebab aku baru sahaja semak email aku tadi. Ni pun baru aje balik dari servis “Black Saga” aku tu. Kena Rm105.50. Kira oklah tu. Baru dua kali aku servis kereta tu. Ikut hati aku nak servis kat Mentakab, tapi memang tak ada masa sejak 1-2 bulan ni. Terpaksalah aku buat kat Banting gak. Siap dalam masa satu jam. Jadi, balik dari servis, aku terus buat kerja apa yang patut. Sejujurnya, aku sangat menghargai waktu-waktu cuti aku sebab hanya dengan waktu cuti ini sahajalah aku mampu menumpukan kerja-kerja online aku dengan 100%. Tidak seperti hari kebiasaan aku, penuh dengan field work, penuh dengan paper work, penat nak bersosial, penat nak menjaga hati orang, penat nak melayan budak-budak dan anak dara orang, pening nak menyiapkan kerja yang sepatutnya bukan kerja kita. Jadi, aku bersyukur sangat sebab adanya hari cuti ini. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mencipta hari cuti ini..

Tentang satu perkara, jika korang hendak aku menulis review untuk korang, korang boleh terus rujuk di ruang Pengiklanan dan Sponsor. Sila baca dan pilih yang mana satu korang mahukan. Jika mahu beli iklan berbentuk banner di blog ini pun boleh. Dan seterusnya, leh terus transfer ke akaun bank aku dan bagi sedikit details tentang job atau review yang korang mahukan. Aku akan balas email korang tu dalam masa terdekat untuk bertanya tentang urusan itu dan aku akan usahakan untuk siapkan kerja tersebut dalam tempoh 3-4 hari. Paling cepat, 24 hours. Paling lambat, satu minggu. Itupun jika aku betul-betul sibuk dan biasanya aku akan beritahu korang yang aku sibuk atau tak. Kalau tak sibuk, memang aku akan buat cepat. Jika sibuk, aku mintak maaf dan aku akan cuba buat secepat mungkin. Sekarang aje ada 4-5 review untuk blog ini dan blog lain aku. Tengah atur mana satu yang nak buat dulu dan kena baca e-book dan produk diorang dulu. Tak leh main hentam aje buat review orang nih. Kena fahamkan betul-betul..

Ps: Satu soalan. Korang masih ingat, bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat dulu? Err..korang ingat tak?


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 26 Feb 10 at 04:18:23
mestilah ingat. :)
rina - 26 Feb 10 at 14:44:23
em…biasalah. orang kita sekarang ni memang alpa dan leka..
titan - 26 Feb 10 at 23:20:47
akazuma. baguslah kalau masih ingat. :)

rina. Yap. Tapi harap semua orang tidak akan lupa lagi.
farahaznil - 28 Feb 10 at 05:58:18
haha..klu ada bini..pening bini ko nnt titan…erk..tarikh wafat??google aje la..hehe
fara - 01 Mar 10 at 13:42:18
awek lawa menjeling. lol. kebiasaan, awek lawa la yg sgt jual mahal
safar - 03 Mar 10 at 02:02:22
Tahun ada sekali Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih.tarikh bertindih.itu boleh ingat.tarikh kelahiran Nabi tak ingat atau langsung tak tahu.apa salahnya jadikan Nabi sebagai idola kita.

ini tak ingat artis je.
titan - 10 Mar 10 at 04:14:39
farahaznil. Mana boleh pening. Aku memang tahu. Saje aje tanya korang..

fara. Awek lawa..memanglah dia perasan lawa. Itu yang dia jual mahal..

safar. Ntah..aku memang tak gemar hari-hari camtu..
yus ellyana - 06 May 11 at 13:25:48
bile??? sye kene wat folio ni..
ainun - 29 Aug 11 at 15:28:43
kalau tak silap 12 rabiul awl/ akhir..hehe
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:30:17
12 rabiulawal klo x silap



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011