Ya. Aku sudah di Damak sekarang dan alhamdulillah line Streamyx kat sini tak ada masalah. Ianya akan memudahkan aku untuk membuat kerja-kerja aku. Rasanya memang senang nak buat kerja kalau line internet tidak menghadapi apa-apa masalah. Kalau ada masalah, memang macam-macam perkara takkan menjadi. Fuhh..selesai satu perkara, ada 40 perkara lagi yang menunggu kita untuk diselesaikan. Aku pun tak pasti bila kerja-kerja aku ini ada tanda noktahnya..

Lupakan sekejap tentang karenah IM dan blogger kita yang suka mendabik dada, berlagak hebat, manis berkata-kata, membodohkan orang lain, menghina dan sebagainya. Aku pun sudah malas sebenarnya nak sentuh bab tu. Tapi kadang-kadang terpaksa juga cakap benda ni. Aku harap ianya akan membantu sesiapa sahaja samada dalam bentuk teknikal, taktikal ataupun hati korang semua. Yang pasti, hidup kita nih mesti ada perubahan dan kemajuan. Insya-Allah..

Banyak artikel yang bagus-bagus aku baca hari ini. Mungkin sebab aku ada masa lebih untuk lompat-lompat kat blog orang lain. Jadi, aku rajin sikit membaca berbanding semalam. Yelah, budaya membaca ni bukan senang nak dipupuk dikalangan orang Melayu ni, kalau dari kecil kita dah pandai membaca, dah senang bila besar nanti. Tapi kalau korang masih ada yang tak pandai membaca, memang korang dah rugi satu nikmat manis di dunia ini.

Jadi, rajin-rajinlah membaca. Membaca ni memang seronok. Jadi, sebagai salah seorang blogger di Malaysia nih, aku rasa semua blogger akan lebih rajin membaca pada masa akan datang. Dengan membaca, macam-macam benda kita dapat termasuklah idea untuk menulis artikel kat blog kita tu. Jadi, lepas ni, tak mau lagi dengar alasan yang kita tak boleh nak update blog sebab tak ada idea..

Sebut pasal membaca ni, berapa ramai yang masih kekal membaca Al-Quran setiap hari? Ya. Aku mengaku aku tidaklah sampai ke tahap membaca Al-Quran setiap hari. Tapi dalam seminggu itu, aku tetap membaca. Hajat dihati hendak khatam lagi sekali tahun ini seperti tahun-tahun lepas. Semoga diberikan kekuatan walaupun aku tahu yang aku ni memang agak liat sekali. Dulu, memang susah nak mula balik baca Al-Quran ni. Tapi bila aku rasa hati ni cam tak tenteram atau rasa macam dah buat banyak sangat salah ni, aku rasa aku kena buat sesuatu. Betul tak?

Aku bukan manusia yang sempurna. Ada cacat celanya dan kekurangannya. Ada benda yang perlu aku baiki dan ada benda yang perlu aku kongsi dan tegur. Sebab itu hidup bermasyarakat ini lebih baik daripada hidup seorang diri. Jadi, mungkin dengan budaya membaca Al-Quran ini akan membantu kita dalam banyak perkara walaupun kita sedar atau tidak. Ya, bukan nak berbangga bahawa aku membaca Al-Quran tetapi korang tidak. Tetapi bila lagi kalau tak baca kalau bukan sekarang? Aku tak tahu bila waktunya aku akan pergi dari dunia ini. Bacalah sekarang sementara kita masih sempat membaca..

Ps: Ya. Aku sendiri rasa aku macam pelik sikit hari ini. icon smile Budaya membaca dikalangan Blogger


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
Aqif - 22 Feb 10 at 17:05:10
Saya juga bukanlah individu yang sering membaca Al-Quran. Namun apa yang saya lakukan sehingga hari ini ialah selepas waktu Isyak saya akan baca satu ayat Al-Quran.

Sekurang-kurangnya kita ada menghadap ke jalan kebenaran setiap hari walaupun kita membaca satu ayat.

:)
Samdaddycool - 22 Feb 10 at 20:55:30
Thanks Titan ingatkan aku yg lalai ni..
rina - 23 Feb 10 at 01:23:31
yahh..ramai yang lalai.. :(
mr.eims @ perfume - 23 Feb 10 at 01:56:14
itu lah. bukan blogger saje. ramai je skarang nie yg dah lupa budaya membaca. membaca blog atau email forward2 mmg rajin. baca alquran jer liat betul :p aku alhamdulillah ler ok lagi. hehe.. coz kdalam kerja seharian, mesti rasa tensyen, tak tenang. aku baca al-quran. walaupun just berapa patah ayat.. siriesly dpt tenangkan semula hati yg gundah gulana ahaks! :)
abdfatah - 23 Feb 10 at 04:40:22
kita memang patut rajin membaca untuk menambah serikan pengetahuan semasa…
Kujie - 23 Feb 10 at 23:53:35
masih lagi suka membaca hingga kita…. seolah2 banyak lagi yg kita tak tahu
akazuma - 24 Feb 10 at 02:08:44
hoho..memang ramai yang kurang membaca alquran nih. tapi kalau baca benda-benda lain. rajin aje..
yazid yahaya - 24 Feb 10 at 06:58:57
insaf bila aku mendengar article ini!,,
merahkatak - 24 Feb 10 at 07:25:02
kita buat ajelah apa yang kita mampu..
reddebt - 24 Feb 10 at 08:14:02
hemm…kena buat sesuatu nih..
Richie - 24 Feb 10 at 13:32:09
aku paling suka baca buku yang Adam Khoo tulis.. kata-kata dia mmg buat aku bersemangat..huhu
food hunter - 25 Feb 10 at 05:59:06
emm…membaca itu jambatan ilmu. :)
encik vitamin - 25 Feb 10 at 13:45:31
bak kata peribahasa, “membaca itu jambatan ilmu” hehe.. :D
titan - 27 Feb 10 at 03:08:29
Aqif. Sekurang-kurangnya, kita berusaha sesuatu setiap hari. :)

Samdaddycool. Bukankah hidup kita ni asling mengingati antara satu sama lain? Hehe..

ramai. Tapi ramai juga yang mengamalkan.

mr eims. Yap. Memang liat. Aku pun dulu liat. Tapi alhamdulillah. Ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

abdfatah. Yap. Itu yang sepatutnya kita lakukan.

Kujie. Betul. Masih banyak lagi perkara yang kita tak tahu kat dunia ini. Sementara masih ada nafas di dunia ni..
titan - 27 Feb 10 at 03:17:59
Akazuma. Nak buat macam mana. Dah memang ramai orang kita macam tuh..

Yazid yahaya. Mudah-mudahan ianya akan membantu..

merahkatak. Yap. Kita buat apa yang kita mampu..

reddebt. Yap. Buatlah sesuatu. Sekurang-kurangnya kita mahu buat sesuatu.

Richie. Hehe..apa yang ko suka sangat tuh??

foodhunter. Betul. Betul. Betul. :D

encik vitamin. Betul! :)
zool - 01 Mar 10 at 16:43:12
Aku pun dah lama tak baca Quran..
Cuma Khamis mlm jumaat je baca Yaasin..
Lemah betul iman.
debtrunner - 04 Mar 10 at 06:04:04
bab-bab membaca ni..memang payah sikit la..
titan - 10 Mar 10 at 04:06:07
zool. Yap. Sama-samalah kita berusaha..

debtrunner. Memang payah. Tapi selagi kita tak bermula. Memang sampai bila-bila kita takkan berubah..
ainun - 29 Aug 11 at 15:29:19
blogger mmg perlu membaca…tp sy ni kurang skit
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:31:06
mmg la.. kita kene komen byk2.. hua3



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011