Jap lagi aku nak mandi. Barang semua dah siap kemas. Dah masuk dalam black saga aku tuh. Tinggal nak drive. Kena isi mintak sikit dan pam tayar kereta aku sikit. Baru seronok nak merempit. Kalau tak, rasa cam ada benda yang kurang aje. GPS ok. Charger Sony Ericsson pun ok. Charger Nokia pun ok. Rambut dah kasi pendek sikit. Ubat-ubatan dan panadol pun cukup dah. Minyak rambut, Baby Oil, sabun, syampu herba, bekalan kerepek selama 2 minggu, novel-novel keluaran Alaf21 dan PTS,  Laptop Fujitsu dah habis cas, duit syiling untuk tol pun ok, back up spek mata, baju-baju kerja yang dah siap dibasuh dan juga raket badminton untuk berentap di Damak dan Jerantut. Banyak pula benda nak kena bawa. Nak buat macam mana, inilah cabaran dan kehidupan seorang part time blogger, Travel Blogger, TNX player dan juga salah seorang penjawat kerajaan yang berwibawa. Hehe..

Ok. BIla aku dah dalam Damak mode ini, dengan secara rasminya support aku untuk blog ini dan juga blog lain akan agak terbatas. Masalah internet di Damak diluar pengetahuan aku. Jika laju, lajulah. Jika tidak, mungkin tiada update dari aku. Jadi, aku mintak maaf awal-awal jika aku lambat menghantar produk atau link download atau menjawab segala persoalan korang tu. Aku akan jawab. Tapi mungkin lambat. Jadi, jangan marah-marah aa..

Satu perkara atau fenomena yang aku lihat sekarang dalam dunia blogger dan IM ni, sudah ramai otai dari blogger dan IM dilahirkan. Aku yakin mungkin ada antaranya merupakan pembaca blog ini. Malah, aku yakin mereka sudah boleh berbangga dengan usaha yang mereka telah lakukan. Cuma sekarang sudah wujud juga gelaran baru iaitu otai segera yang terhasil apabila produk diorang meletup buat kali pertama, kali kedua atau kali ketiga. Sekaligus, gelaran otai itu melekat pada mereka walaupun mereka suka atau tak. Bagi aku itu adalah perkara yang baik dan aku harap semua ini akan terus berkembang. Part-part yang tak elok tu, malas aku nak tegur. Yelah, kadang-kadang bila ada orang dah perasan dia dah dikenali, dah naik level otai, diorang akan rasa apa yang diorang cakap orang akan dengar, orang akan respect diorang, orang akan ikut apa yang diorang cakap. Aku tak nafikan hal itu. Ada faedahnya bila ada orang suka berkongsi pendapat. Tapi jangan sampai pendapat orang lain dia tak boleh terima. Siap kata blogger atau newbie yang baru nak naik pun dikatanya “bodoh”. Cikgu aku pun tak pernah kata aku atau pelajar lain  “bodoh” even bebal sekalipun masa aku kat sekolah rendah dulu. Perkataan yang tidak patut disebutkan tu agak kurang sesuai. Ada hati dan mulut yang perlu dijaga. Ya, aku tahu mungkin kau lebih hebat, mungkin kau ada segalanya, mungkin semua produk ko meletup dan ramai orang yang menghormati kau, tapi perlukah ko sebut atau taip perkataan “bodoh” tu?

Itulah yang jadi bila korang memberi pendapat. Ya, aku tahu pendapat hak masing-masing. Ianya fakta yang kejam. Tapi perlu disusuli dengan hujah yang sesuai dan pendapat setiap orang perlu kita hormati. Tapi perlukah hingga tahap menghina dan mengutuk seseorang secara peribadi? Kalaulah blogger yang terasa atau newbie yang baru nak panjat tangga dalam dunia IM dan blogger ni, apalah agaknya perasaan diorang. Baru nak belajar, dah kena hentam macam tu. Kurang dah semangat diorang dan kita pula mungkin akan hilang potential blogger atau potential IM. Nanti siap ada orang kata IM ni penipu, blogger nih jahat, blogger ni memperbodohkan orang dan macam-macam istilah yang kurang elok kita akan dengar. Perlukah sampai tahap begitu sekali? Ya, korang akan kata kalau nak survive dalam dunia ni, kita kena kuat, kena lantang mengeluarkan pendapat biarpun pendapat itu pahit, tapi perlukah sampai kita keluarkan perkataan-perkatan tabook dan bahasa yang kurang elok didengar? JIka mahu juga, risiko tanggung sendiri.

Ok. Sudahlah. Kekadang kita kena tahu, tak selamanya kita diatas. Aku tahu korang mungkin hebat, korang mungkin popular, korang berjaya menjadi IM yang berjaya. Tapi perlukah korang tambah satu title dalam diri korang iaitu seorang yang suka menghina blogger lain dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar? Fikirkan sendiri. Jika mahu bermain dalam dunia blogging dan im, fikirkan perkara ini. Kita lihat, berapa ramai IM dan blogger yang telah berjaya survive dari tahun 2003 hingga 2010? Siapa? Tak perlu aku beritahu, korang sendiri pun boleh tahu kan?

Dah. Aku nak mandi. Babai..

Ps: Hidup ini memang kejam. Aku terpaksa terima hakikat tu. icon sad Perlukah kita kata blogger tu bodoh?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
mr.eims @ perfume - 21 Feb 10 at 03:49:21
wah.. sape tue titan?
berlagak betul..
merahkatak - 21 Feb 10 at 03:56:27
biasalah tu. dah dapat macam-macam, berlagak tu agak normal. Tu yang bagi pendapat selamba aje tuh..
Sapitt - 21 Feb 10 at 08:19:36
sabar.. huhu
rohaizad - 21 Feb 10 at 12:31:55
Ho ho ho…

Inilah nasib blogger seperti kita. Memang selalu di pandang rendah oleh sesetengah IM… huhuhu

p/s: dah nasib badan…
Fazreen - 21 Feb 10 at 16:01:00
one day they(IM) will know who are the real online player…aku pun xsuka sesetengah IM dan blogger sebab diri dorang sendiri tapi tak da la sampai keluarkan bahasa kesat..
paeh - 22 Feb 10 at 00:54:17
hurm. tapi ada setengah blogger tu suka kecam2 orang terlampau over sangat… tu yang susah tuu
rina - 22 Feb 10 at 03:20:59
hoho..sapelah yang suka cakap bodoh-bodoh nih..
knightblogger - 22 Feb 10 at 07:24:08
em..suka sangat lah tu cakap benda-benda bodoh nih..
abdfatah - 22 Feb 10 at 07:26:32
tak best daaa cakap menda bodo bodo camginih…
Samdaddycool - 22 Feb 10 at 19:57:37
diaorang dah insurans molot 5- 6 juta. Itu pasal berani ‘sound’ orang lain bodo..
yazid yahaya - 24 Feb 10 at 06:56:43
macam-macam hal,umh..titan,siapa tu?huhuhu…nak gak tahu dia ni..
reddebt - 24 Feb 10 at 08:19:17
takkan sampai macam tu sekali..
titan - 27 Feb 10 at 01:29:59
mr eims. Adalah seseorang dan beberapa orang tuh. Aahhh. Biarlah..

merahkatak. Tu yang masalah bila kita suka cakap suka hati kita aje tanpa tengok lampu isyarat..

sapit. Yap. Sabar. :)

rohaizad. Yap. Dah nasib badan. Nak buat macam mana. Sabar ajela..

Fazreen. Entahlah. Kadang-kadang nak juga rasa give up benda-benda macam nih. Tapi aku sayang dengan semua benda nih..
titan - 27 Feb 10 at 02:02:54
paeh. Mulut dan tangan manusia nih susah kita nak kawal. Kekadang, kita sendiri tak terkawal apa yang kita buat kan?

rina. Adalah seseorang tuh..

Samdaddycool. Wahh..insuran apa tu. Aku pun nak langgan gak la insuran tu. Pastu leh kata orang macam-macam..

yazid yahaya. Adalah hamba Allah tuh..

reddebt. Aah. Memang sampai macam tu sekali..
Jaws - 27 Feb 10 at 03:16:20
aku cam terasa jer..
aku selalu gak cakap bodoh2 ni..
tapi bukan berkaitan dengan IM dan Blog laa..
pasal isu2 semasa dan masalah berbangkit.

adakah dituju kepada aku?
titan - 27 Feb 10 at 03:28:12
Jaws. Ko ada cakap ker? Tak perasan plak aku. Ni lebih kepada saling mengingati. Aku pun pernah cakap benda ni dulu. Tapi lebih kepada masalah blogger dan IM la. Sebab yang aku kata nih, mamat-mamat ni cakap direct aje. Personally tuju ke mamat lain.

Pasal isu lain. Kita sendiri boleh fikir. Kalau patut kita cakap, itu lain cerita. Tapi kalau tak patut, kurang sesuai kan?

Kalau cam Bush suruh askar dia serang Iraq cam dulu. Ko nak kata bodoh kat mamat tu pun..aku rasa ramai gila orang kat Malaysia ni setuju..
ainun - 29 Aug 11 at 15:31:56
kita tak bole judge orang…sebab kita bukan ada hak tuk kata camtu
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:32:51
ye betul tu. kita x de hak nk ckp cam tu
ainun - 29 Aug 11 at 17:31:09
terima kasih kerana setuju..hehe
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:34:10
hahaha…yelah..wlupun di dunia maya..tp perkataan itu sngt sensetif..huhuhuu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011