Benarlah, penantian itu satu penyeksaan. Dalam banyak-banyak kesengsaraan dan penyeksaan samada secara zahir atau batin, penantian adalah antara salah satu jawapan yang tepat untuk itu. Yap. Itulah yang aku rasa ketika aku mula-mula menyertai program ini. Aku sendiri mengambil masa untuk menjual link di blog aku setelah beberapa bulan menyertai TNX. Ianya tak mudah seperti yang aku ceritakan dalam panduan TNX itu. Agak lambat. Tetapi setelah aku menemui trik dan cara yang mudah untuk buat duit dengan TNX, aku akui bahawa ramai orang akan mudah buat duit dengan program TNX ni. Ternyata, apa yang aku harapkan, ianya membuahkan hasil. Sehingga lebih dari 21 orang TNX super knight telah dilahirkan dan mereka semua telah tahu apa yang mereka perlu buat untuk lebih berjaya dalam TNX.

Jadi, jika korang tanya pada aku adakah susah hendak buat duit dengan program TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang dah tahu apa yang diperlukan, apa yang tidak diperlukan, ianya akan jadi mudah. Tak ada benda yang tak susah didunia ini. Sebab itu kita kena belajar bagaimana hendak memudahkan setiap pekerjaan kita. Dan dengan cara itulah juga aku apply dalam TNX dan program-program yang lain. Dan kini, korang sendiri boleh lihat sendiri samada aku berjaya buat duit dengan TNX atau tidak.
Ya. Aku tahu, aku belum capai lagi tahap sehingga 500usd setiap bulan dengan TNX atau menjadi kaya dengan TNX. Sebab aku tahu aku belum capai ke taraf itu. Tetapi ianya masih tidak mustahil. Aku cuma perlu naik secara perlahan-lahan tanpa hilang asas yang telah aku bentuk sejak 2 tahun yang lepas. Program TNX tak dapat bagi pulangan dengan cepat? Ya. Satu lagi fakta yang aku terpaksa setuju. TNX bukan program atau skim cepat kaya. Jadi, memang takkan jadi kaya dengan cepat samada dalam 2 atau 3 bulan. Semuanya mengambil masa. Jika korang benci aku setelah beli panduan tnx ini dan korang membuat hipotesis bahawa ebook ini tak berguna pada korang, aku tak dapat kata apa-apa. Aku dah tulis kat web jualan, fikir elok-elok sebelum beli. Jika korang dah beli, itu bukan salah aku. Korang kena praktikkan apa yang aku kongsikan dengan korang dan korang sendiri yang perlu corakkan. Aku dah tunjuk jalan. Aku dah beritahu apa yang aku buat. Sekarang, korang perlu ubahsuai mengikut acuan korang sendiri.
Aku akui sekali, memang susah nak buat duit. Tapi tak adalah sampai tahap dimana aku putus asa. Nasihat aku, jika korang tak dapat berjaya dengan baik untuk sesebuah program, cuba program lain pula. Tak ada salahnya. Kalau ada orang kata, kau ni tak fokus. Ya. Akui sahaja. Sebab apa? Mungkin korang ada sebab sendiri untuk tidak fokus atau rasa memang tak boleh pergi dengan program tu. Jadi, baik korang teruskan dengan program-program yang lebih bagus, menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan yang paling penting, pasti membuahkan hasil. Tak perlu nak salahkan e-book atau program itu tak bagus, harga mahal, program haram, skim cepat kaya, penipu atau admin nak kaya cepat aje dan sebagainya. Bukankah korang lebih baik berusaha lebih untuk mencapai matlamat korang? Dalam mencapai matlamat, sempat lagi korang nak mengutuk orang lain, menghina blogger lain, menjatuhkan hukum tanpa bukti dan mengarut tak tentu pasal? Aku tak faham betul mereka-mereka nih. Usaha dulu beb. Korang dah capai matlamat terakhir korang, korang nak kutuk pun orang akan suka dengar. Ini usaha tak seberapa, nak mengutuk orang lebih-lebih. Sudahlah tanpa bukti yang kukuh, korang dah melalut tak tentu pasal. Jadi, sekali lagi. Usaha dulu. Biar sampai sengal badan korang tuh. Aku tak pernah lagi jumpa orang berjaya tanpa usaha yang menyengalkan.
Ps: Cukup, aku nak teman mak abah aku gi beli kereta baru untuk adik perempuan aku. Huh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Pertandingan Komen Terbanyak di Blogsafar.com | Titan, KPLI-SR dan Abah yang Cool »














Biasala org. Xnk mengaku kesalahan sendiri. Semue nk tembak org lain. Lagi banyak lagi puas hati.
Kebanyakkannya, nak cepat dapat duit je tapi malas nk belajar bende baru. Cmner la brkembang. Pas2 mengomel 2 x kene, ni x kene….hehehe. Kadang2 klaka gak tgk.
p/s dah lame x menjenguk blog bro. Singgah jap.hehehe…Jenguk je kat Malaysia Bicycle titan? Xnk jual/beli basikal? heheheh
casino. Mamat mana yang sesat nih..
whiteblogger. Sama-sama kawan.
papabear. Takdelah sekelip mata. Ambil masa. Memang pagerank akan jatuh. Kekadang, dia jatuh sikit-sikit. dari PR3 ke PR2 atau PR1. tetapi kekadang, leh jatuh ke PR0. So, nak join TNX ni memang ada risikonya..
Saya baru sahaja dapat komisyen TNX yang pertama hasil daripada tunjuk ajar melalui ebook tersebut.
adamfaiz. Insya-Allah. Aku akan wat nanti. Sibuk sikit sekarang nih. Akan aku cuba usahakan.
x-po. Hehe..
apple gadget. Tau takpe.
Aqif. Sama-sama. Tahniah juga pada ko sebab dah dapat hasil pertama dengan ebook tu. Leh la lepas ni dapat lebih. Tiap-tiap hari berjaya jual link kan? Hehe..
abdfatah. Haha..biasalah tu. Tapi pastikan kita terus tambah artikel setiap minggu dan bulan. Ko faham kan maksud aku tuh?