Petang tadi, baru aje aku pulang dari Jerantut. Semalam aku tiba lewat dalam jam 3 petang. Borak-borak dan aku ambil keputusan untuk berehat dalam bilik. Aku pasang laptop, setting blog-blog untuk projek tnx, upload pakai theme dan plugin pakai filezilla. Buat apa yang patut, open torrent, open mega toolbar dan download cerita korea, kemudian aku tertidur sampailah jam 6.30 petang. Itupun mak aku dah amok sebab aku sibuk tidur kat bilik cam anak dara. Nak buat macam mana, aku dah penat. Kena pula cuti lama sikit. Pulak tu, kena balik kampung kejap melawat Tuk Wan aku. Jadi, ikut ajelah. Lagipun dah lama abah dengan mak tak lawat Tuk wan aku tuh. Harap-harap Tuk Wan aku sentiasa sehat sentiasa. Hehe..

Berita baik yang aku terima sejak aku pulang ke Banting ni, mak abah aku nak gi umrah bulan 6 nanti. Diorang ajak aku ingat nak ajak aku pergi. Tapi memandangkan aku sibuk dengan kerja aku, diorang urus diam-diam bab umrah tuh. Bila dah confirm, barulah dibagitahu aku. Itupun semalam baru aku tahu. Tapi niat dihati, kalau ada rezeki, memang aku nak pergi umrah dalam waktu yang terdekat ni. Nak jejak Bumi Mekah dan Madinah. Salah satu impian aku adalah menjejakkan kaki aku ke tanah haram tersebut. Mudah-mudahan makbul. Insya-Allah..

Tadi, sempat aku wat personal coaching dengan seorang kawan aku. Perempuan. Dia bawak adik laki dia sekali sebab adik dia tu pun nak belajar gak. Ini yang aku kata aritu sampai nak putus sahabat tu. Yelah, aku dengan dia nih dah lama tak jumpa. Seingat aku, paling last aku jumpa dia masa raya tahun 1997. Itupun sebab aku beraya ke rumah dia. Kalau tak, jangan harap dia nak raya rumah aku.Maklumlah, budak perempuan masa tu bukannya tahu rumah kawan-kawan laki diorang. Kita orang aje budak laki yang gatal mencari rumah-rumah budak perempuan. Dulu masa darjah 6, aku menyalahgunakan kuasa aku sebagai ketua kelas untuk mencuri-curi lihat alamat rumah budak-budak perempuan yang satu darjah dengan aku. Dari situlah aku dapat nombor telefon rumah dan alamat rumah diorang. Dan dari situ jugaklah aku tau nama bapak dan datuk diorang. Jadi, aku ada senjata untuk membalas jika budak-budak ni main ejek-ejek nama bapak aku. Macamlah korang tak tahu, dulu kan diorang ni suka main ejek-ejek nama bapak, kan? Termasuklah aku. Tapi sekarang aku dah insaf. Percayalah..

Jenuh gak nak menerangkan kat budak nih. Yelah, dia ada pengalaman menulis blog. Tapi kat blogspot. Bila aku terang bab wordpress, memang sengugut budak ni datang baliklah. Kacau bilau dibuatnya bila dia tanya aku macam-macam. Adik dia kool aje. Dia tanya apa yang penting-penting aje. Akak dia pula yang lebih-lebih tanya memacam. Nak buat macam mana. Dia bayar maa. Aku jawab ajelah setiap soalan yang dia nak tahu hatta, macam mana nak cari theme wordpress yang cun-cun dan plugin yang bagus untuk blog wordpress nih. Termasuklah tips nak dapat ranking alexa tinggi, nak cari trafik, nak cari keyword, pemilihan niche yang sesuai dan sebagainya. Dekat 3 jam jugaklah. Dari jam 8 malam sampailah 11 lebih. Pastu, diorang baliklah sebab aku sendiri halau diorang balik.

Esok, diorang akan datang balik untuk sessi revision. Maksudnya, aku nak dia buat sekurang-kurangnya satu blog dan beberapa artikel dan cari sendiri theme yang dia mahu. Cara install blog wordpress pun aku dah bagitau. Jadi, aku suruh dia study balik, esok tunjuk kat aku step by step. Memang nampak remeh aje, kan? Tapi bagi mereka yang memang tak tahu apa-apa ni, memang satu benda yang menyengalkan. Bab-bab asas ni, jangan buat main. Kalau korang tak tahu, memang menyusahkan hidup. Tapi sekali korang tahu, korang dah cukup syarat untuk pergi dengan lebih jauh. Aku yakin ada yang sependapat dengan aku yang mana, kita mesti kuasai bab-bab asas seperti hosting, domain, wordpress, coding dan sebagainya. Tahu benda nih, korang dah boleh start untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Selebihnya, terpulang pada korang untuk mencorakkannya.

Personal Coaching ni sebenarnya untuk TNX. Tapi esok baru aku ajar budak berdua nih pasal TNX. Yelah, kalau bab blog pun kantoi, susah jugak nak attack program TNX nih. Tak kena syarat, memang susah nak dapat 10 dollar sebulan. Tapi aku yakin dia boleh sebab dia dapat Straight A dalam UPSR dan PMR. SPM, ada yang lompang. Haha..tak pernah aku menang dengan dia kalau bab pelajaran ni, tapi kalau bab lain, mungkin ada peluang nak pintas. Contohnya kalau bersukan atau bab Internet ni. Dia ni kira budak baik jugaklah.Aku ni kira nakal sikit-sikitlah. Haha..

Cukup. Esok sambung lagi. Mata dah kuyu dah nih.. icon neutral Titan, Tuk Wan dan Personal Coaching TNX


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 8 comments. Apa plak komen korang?
dream catcher - 17 Feb 10 at 10:03:10
emm..ni mesti kes dah lama tak jumpa tuk wang tu kan? PC untuk tnx ni masih open lagi ker?
farahaznil - 17 Feb 10 at 20:03:18
hoho..teringat plak masa mula2 aku tnya titan mcm nak buat blog dulu..titan ajar guna blogspot gak..akhirnya aku bertukar angin ke wordpress dan akhirnya ada domain sndr..haha..dgn usaha sndr..cewah…….tp tq kat titan juga..klu aku xmsk blog ni dolu2 takde blog aku agaknya zaman skrng..n hadiah2 lumayan titan yg dah aku ragut tu..haha

insyaAllah..1 hr pg gak nnt ko ke tanah haram tu tan..kumpul dulu duit byk2..tp ko bkn dah mmg kaya ke?hehe..nnt satu masa amik a cuti..umrah sekali seumur hidup pun jd la..bkn snang nak pg wlupun umrah aje..hoho

ps/-haha..aku kat asasi ni pun rmi je tawar bayaran mahal2 utk ajar dorang buat blog..tp aku tolak..sbb nnt dorang ni semak je kat bilik aku..abis internet aku n laptop aku dorang guna kang..hohoho..kena lebih pentingkan brng sndr dulu n kesan sampingan sblm nak ajar org..huhu..sori aa titan..dah lama tak bebel pnjng2 kat blog nih..hehe =p
yazid yahaya - 18 Feb 10 at 07:22:04
teringat aku 2 tahun lepas!titan la guru ku yang terhebat dua tahun lepas..dan banyak memberi inspirasi kepada ku untuk terus maju,,taniah titan ada anak murid baru..
akazuma - 19 Feb 10 at 02:11:16
yahh..asas memang sangat penting.. :)
whiteblogger - 19 Feb 10 at 11:32:44
beliau juga salah seorang tuk guru hamba. hehe.. :D
farahaznil - 19 Feb 10 at 17:26:33
haha..rmi yg menyanjungi titanzz ni..hehe
titan - 19 Feb 10 at 18:04:47
dream catcher. On aje. Tapi sanggup tak datang banting atau jerantut? Hehe..

farahaznil. Thanks. Aku akan ke tanah haram juga satu hari nanti. Insya-Allah. Lihat, ko dah ada blog dot com sendiri. Tahniah aku ucapkan..

Yazid. Sama-sama. Aku cuma bagitahu apa yang aku tahu dan apa yang ko patut tahu. Selebihnya, ko yang corakkan. Kalau ko tak buat apa-apa, ko takkan dapat apa-apa kan? Apappun, all the best dan semoga cepat-cepat grade. Jangan repeat sem plak..

akazuma. Hehe. tau takpe..

whiteblogger. Ye ker? :)

farahaznil. Mana ada. Biasa-biasa aje bahh..
ainun - 29 Aug 11 at 17:36:33
caya lah titan…orang hebat



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011