Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..

narutocheating Politik Blogger dan IM Tempatan


Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 22 comments. Apa plak komen korang?
paeh - 15 Feb 10 at 01:24:51
Blogging dan IM. dua-dua tu bidang yang aku tangah belajar. kira aku nii boleh masuk pakatan la yee.. sebab dua-dua masuk. huhu
titan - 15 Feb 10 at 01:33:22
paeh. Boleh. Masuk aje. Hehe.. :)
Luvleey - 15 Feb 10 at 02:37:10
cube je semua..nak tahu kat mana yang kita ngam :)
safar - 15 Feb 10 at 03:00:51
pernah aku dapat kerja kerajaan ni.aku tolak.malas nak kerja kerajaan ni.kerja sendiri kan seronok.

GDI tu aku harap hang terus usaha untuk 2010.siapa tahu.boleh berjaya ke.kalau ada masa panjang sikit.aku pun mahu cuba juga si GDI ni.boleh jadi kaya.siapa tahukan.boleh kahwin cepat sikit.hehehe……….
mijie - 15 Feb 10 at 07:18:32
memang betul tu, sesetengah blogger ada pengikut yang tersendiri

terpulang pada kita lah nak ngikut yg mana

erm off topic : bro kat banting yer? sy pun kat banting gak, dkt area taman langat murni
rina - 16 Feb 10 at 10:37:45
emm..semuanya politik aje..
titan - 19 Feb 10 at 18:30:54
Luvleey. Masuk aje semua. Haha.. :D

Safar. GDI ni aku akan teruskan dalam tempoh 3 tahun. Dapat tak dapat, berjaya atau tak. Lantaklah. Haha..

mijie. kat banting. Taman Sri Putra. Dekat dengan sekolah agama tu. Dekat gak dengan padang bola.. taman langat murni? kat mana tu???

rina. Biasalah tu. Dari zaman nabi lagi politik nih dah wujud..
syukran - 20 Feb 10 at 08:28:44
jangan berpecah kerana sesuatu isu sudah la…kita juga yang rugi. p mai p mai tang tu jugak betoi tak?
farahaznil - 20 Feb 10 at 16:33:54
tu dia…….titan dah bercakap psl politik..hi hi hi..pnjng punya ceramah !
cheese cake fans - 06 May 10 at 06:15:09
em..blogger2 pun berpolitik ek..
ainun - 29 Aug 11 at 17:36:52
orang politik pon jadi blogger
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:55:35
hahahaha..inikan blogger nak jd org politik jua…hahahahaah
ainun - 29 Aug 11 at 17:57:11
politik dah cam lumrah hidup
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:59:32
tak join maka tak kenal negara…hahahaha
ainun - 29 Aug 11 at 18:01:27
sebab yang jadi PM pon orang biasa gak cam kita..ahaha
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:03:39
hahaha….bila plak kita nak jd pm eh??hahahaha
ainun - 29 Aug 11 at 18:04:35
waduh…ada hajat nak jadi PM ke? hebatnya…
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:08:18
hahaha..dah kata pm pun dtng dr org biasa mcm kita..hehehehe
ainun - 29 Aug 11 at 18:10:24
wah-wah-wah…nak jadi bini pm je la…malas plak nak fikir2 hal negara…berat otak …haha
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:11:44
hahaha..tak mau..nnt aunt rossy jeles dgn i..hehe
ainun - 29 Aug 11 at 18:14:37
wahaha…camtu plak…
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:18:34
hahaha….tak dpt cium bau syurga nnt



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011