Akhirnya, aku telah selamat sampai ke Banting dengan kereta saga hitam aku. Semua selamat. Tak ada kecederaan baik luaran atau dalaman. Ini kali pertama perjalanan pulang yang tidak mengantuk. Selalunya, memang aku balik dengan keadaan badan yang kurang sedap dan mata yang mengantuk. Mungkin sebab aku mendapat tidur yang cukup, sebab itu aku tidak berapa mengantuk hari ini. Kena pula jalan tak ‘jem’ membuatkan perjalanan lancar. Tidak ada drift ataupun korner baring. Drive macam biasa. Dengan bantuan GPS, perjalan menjadi semakin lancar walaupun GPS kali ini memilih jalan yang lebih banyak tol. Selalu aku ikut Putrajaya, sekali masuk KESAS plak kali ni. Tak apalah..

gdijanuarypayment 300x144 Komisen Pertama dari GDI


Ya. Inilah komisen pertama yang aku terima dari GDI. Aku malas nak tunjuk berapa aku dapat. Kalau korang terrer, korang tekalah berapa jumlah yang aku dapat dari GDI nih. Sikit aje. Tapi bolehlah. Ada hasilnya. Aku target dengan GDI untuk 3 tahun. Menjadi atau tidak, itulah limitnya. Ini ujikaji 3 tahun dari aku. Untung, aku ambil. Tak untung? Aku pedulik apa. Dah nama pun ujikaji, kira adatlah kalau rugi. Hangus. Tak untung. Itu normal. Jadi, terpulang pada pemikiran masing-masing.

Ada yang kata, GDI ni menipu. Jika benda ni menipu, atas sebab apa GDI menipu? Buktikan dan aku cadangkan korang hantar surat saman 10 juta ke Syarikat GDI. Jika benar telahan dan tuduhan korang, aku rasa korang dah boleh jadi jutawan sebab berjaya membongkar penipuan GDI. Tapi jika tak ada bukti, atau setakat jerkah liar dan tuduhan melulu tanpa bukti kukuh, tak perlulah nak beritahu dunia yang mana GDI ini menipu. Benda ni dah berjalan lama. Jadi, aku tak nampak sebarang masalah disini. Tapi aku tahu setiap orang ada pendapat masing-masing. Cuma jika tak cukup bukti, jangan mengada nak mengata lebih-lebih..

Harga bulanan yang dekat 10 dollar itu tak berbaloi? Memang tak berbaloi bagi sesetengah orang dan ada sesetengah dari kita tak mampu nak maintain 10 dollar setiap bulan. Jadi, sila fikir terlebih dahulu. Nak beli atau tidak. Kita ada hak untuk beli atau tak bukan? Bukankah kita diberi 7 hari untuk mencuba program ini? Jika suka, promosi dan penuhi syarat-syaratnya. Jika tak mahu, korang dengan hormatnya boleh keluar dari GDI. Tak susah bukan?  Ini tidak, belum join lagi, belum bayar 10 dollar setiap bulan, anda sudah claim ini company menipu? Haiya, mana lu belajar? Selagi kita belum sertai mana-mana program atau business, selagi itu kita takkan tahu macam-macam tentang sesebuah program itu. Aku tak kata GDI sahaja, program-program lain pun begitu. Jika tak ada bukti kukuh, tak perlulah nak buat bising merata-rata. Kalau berminat, buat sungguh-sungguh. Jika kurang berminat atau was-was, sila tinggalkan..

Berminat dengan GDI? Boleh daftar kat sini dulu >> GDI

Bagi aku simple. Selagi kita tak berusaha, jangan harap kita dapat 1 7 sen pun kat muka bumi nih. Tak ada perkara mudah di dunia ini dan jangan merintih mengapa aku masih gagal buat duit, mengapa aku tak dapat kerja tetap, mengapa aku masih tak dapat-dapat kerja, mengapa aku masih tak dapat capai cita-cita aku, mengapa aku masih tak kahwin lagi dan sebagainya. Pokoknya, anda berusaha bersungguh-sungguh atau tidak? Hidup ini kene berani gagal..Tak bermakna kalau korang gagal berkali-kali, korang terus berputus asa dan menyalahkan orang lain dan tuhan. Usaha dan terus berdoa. Insya-Allah, kita akan dapat hasilnya..

Ps: Lega. Walaupun ini rumah mak abah aku. Aku gembira berada di sini..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
safar - 13 Feb 10 at 13:44:43
benda ni tak tipu.bagi yang berusaha.pasti akan berjaya.aku tak ada banyak masa sekarang ni.takut hangus macam tu je duit aku.
rina - 13 Feb 10 at 18:57:05
huh..komisen lagi.. :)
farahaznil - 14 Feb 10 at 03:37:14
wlupun snyap2 skrng..duit tetap msk..hoho
titan - 14 Feb 10 at 05:10:24
rina. yap. Komisen lagi. Hehe.. :)

farahaznil. Yap. Senyap-senyap berisi. Hehe..banyak aku dapat. Tapi aku tunjuk ajelah mana yang sempat..
safar - 14 Feb 10 at 16:06:13
taktik apa hang guna ni titan.aku sendiri sampai sekarang langsung dah tak sentuh bab GDI ni.
titan - 15 Feb 10 at 00:44:20
safar. Hentam aje. Tau-tau, dah dapat plak income dari GDI nih. Kenapa ko dah tak sentuh bab GDI nih? Ada kenangan pahit ker???
Aqif - 15 Feb 10 at 12:23:46
Tahniah bro! Lepas ni mana tahu boleh kuar ebook pasal perniagaan GDI pulak ke?

Boleh membantu mereka yang lain membuat keputusan yang wajar. :)
steakman - 18 Feb 10 at 03:31:24
pun baru join gdi nih. kena banyak belajar nih.. :)
akazuma - 19 Feb 10 at 02:17:31
terbukti sudah bahawa GDI nih bukan penipu atau main-main..
videono - 19 Feb 10 at 11:56:26
dah lama tak datang blog ni. Tahu-tahu aje, maca-macam dah dapat ye..
titan - 19 Feb 10 at 18:23:50
Aqif. Sama-sama. Insya-Allah. Memang tengah menulis draft. Mungkin e-book percuma agaknya.. :)

steakman. Aku pun masih baru lagi dengan benda-benda GDI nih..masih belajar..

akazuma. Memang dari dulu benda ni tak tipu. Kita aje yg rasa tertipu..
olan - 11 Mar 10 at 13:33:14
aq pn da lma stat gdi ni tp mslhnye org yg daftar under sy 2..x upgrade VIP dorg..payah..
Komisen kedua dari GDI | EarnCent.com - 09 Jul 10 at 15:03:45
[…] yang memang susah sangat nak buat duit dengan GDI. Aku rasa ramai yang dulu mempromosikan program GDI ni dah jadi macam suam-suam kuku sekarang. Susah dah aku nak jumpa orang kita atau mana-mana […]
ainun - 29 Aug 11 at 17:38:06
GDI…pernah dapat jemputan tuk join…tp xde duit laa



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011