Hari ini tidak banyak yang dapat aku ceritakan. Cuma hendak update satu lagi bayaran yang aku dapat hari tu. Sebab terlampau sibuk, jadi aku tak berapa nak sempat update apa-apa yang patut. Banyak gak bayaran yang aku terima, belum lagi yang kat akaun Maybank, CIMB dan Bank Islam. Jadi, aku update ajelah apa yang patut..

tlajanuaripayment 300x149 Komisen ke 26 dari Text Link Ads


Nampak? Tak banyak kali ini yang aku dapat dan aku rasa memang akan menurun. Tak tahulah kenapa. Tapi aku tetap bersyukur sebab dah 3 tahun berturut-turut aku berjaya dapat sedikit pendapatan dari program Text Link Ads setiap bulan. Aku harap aku dapat teruskan momentum ini. Insya-Allah..

Banyak pula kerja yang kena buat petang ni. Jadi, tak banyak benda yang aku dapat update dan banyak juga projek blog aku yang tertangguh. Aku harap aku dapat buat sesuatu dan aku sedang mulakannya secara perlahan-lahan. Kita kena yakin, barulah akan ada perubahan dalam diri kita. Jika kita tak yakin, satu hapa pun takkan menjadi. Itu yang aku pegang dan aku rasa setakat ini ianya menjadi.

Dan itu juga yang apply dalam semua program yang aku sertai. Jika aku yakin yang aku boleh bawa, aku akan cuba. Dan biasanya akan berakhir dengan kejayaan walaupun mungkin ianya mengambil masa yang agak lama. Tak kesahlah. Janji ada hasil daripada tak dapat apa-apa, kan? Sebab tu kebanyakkan program yang aku cuba, menjadi. Tapi ada juga yang tak berapa menjadi. Jadi, semuanya masih dalam proses ujikaji dan aku akan terus buat ujikaji. Biarlah orang kata aku gila sebab join memacam program. Sekurang-kurangnya, ada hasilnya..

Lambat lagilah jawabnya keputusan cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh denaihati. Terlalu hebat cabaran kali ini. Tetapi aku cukup suka sebab ianya melibatkan banyak perserta yang terdiri daripada blogger-blogger yang cukup hebat. Akui agak sukar, tetapi semua masih tidak mustahil asalkan kita mesti berani dan hidup. Yahh, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk aku..

Ps: Huh, aku harapkan sesuatu. Sesuatu yang berbeza..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
knightblogger - 09 Feb 10 at 02:01:22
em..tahniah. nampaknya bertambah rezeki titan bulan ni..
Hafiz Nasser - 09 Feb 10 at 04:14:21
Tahniah bro. dah kali ke 26 dah ni. moga terus di murahkan rezeki
akazuma - 09 Feb 10 at 06:36:06
emm…kali ke 26. semo9ga ramai orang akan dapat duit dari tla nih..
blueblogger - 10 Feb 10 at 04:00:29
tahniah bro. Tak sangka dah dapat banyak tuh..
azwan - 10 Feb 10 at 15:35:15
Aku pun akan menambahkan lagi blog ke TNX bulan ni.
Sain-Web.Com - 11 Feb 10 at 04:03:48
tahniah titan…lancar saja setiap bulan ye..
apple gadget - 11 Feb 10 at 05:15:10
huh..lancar dan lumayan setiap bulan. :D
farahaznil - 13 Feb 10 at 04:13:44
titan..bila nak tukar nama dlm buku bank tu kat nama aku?hi hi hi..hr tu bkn dah jnji ke?
merahkatak - 13 Feb 10 at 07:09:58
tnx ke tla ke, semua titan sapu punya..
safar - 13 Feb 10 at 13:48:38
kali ke 26.tak terkejar aku.hiuhuhu.
titan - 14 Feb 10 at 07:16:36
knightblogger. Insya-Allah. Ingat, projek tu kena jalan cam biasa ye..

Hafiz Nasser. Mudah-mudahan akan bertambah dari masa ke semasa.. :)

akazuma. Mudah-mudahan..

blueblogger. Aku yakin akan dapat lebih. Yang penting, kita kene berusaha.

azwan. Hoho..tambah. Jangan tak tambah plak. Hehe..
titan - 14 Feb 10 at 07:21:48
Sain-web.com. Bolehlah. Sikit-sikit. Lepaslah nak bayar sana sini dan enjoy sket-sket..

farahaznil. Bila masa aku berjanji plak nih wehh..

merahkatak. Ishhh..aku mana ada pakai penyapu..

applegadget. Mudah-mudahan masin apa yang ko tulis tuh..Lagi satu, projek kena jalan macam biasa aa..
[…] menjadi orang ketiga dalam menguruskan jual-beli text link. Antaranya Intellilinks, Inlinks, TNX, TLA, Backlinks, Linkadage, Teliad dan lain-lain lagi. Itu belum campur yang melakukannya secara manual. […]
ainun - 29 Aug 11 at 17:39:43
tahniah titan…best dapat duit



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011