Hari ini sepatutnya ada banyak perkara yang perlu aku lakukan. Tetapi memang tak banyak pula yang aku kena lakukan bila masanya telah tiba. Jadi, aku mengambil sedikit masa untuk online dan update satu lagi income yang aku terima dari satu program ini. Ye, program ini masih baru aku sertai dan setakat ini cuma 3 kali aku terima bayaran termasuklah pada bulan lepas. Ya, program itu ialah Intellilinks. Korang pernah dengar kan?

intellilinksthirdpayment 300x158 Komisen Ketiga dari Intellilinks


Itu bayaran ketiga dari Intellilinks. Biarpun tak banyak, tetapi sudah 3 bulan berturut-turut aku berjaya buat duit dengan program Intellilinks ni. Yap. Program ini lebih menyerupai Text Link Ads berbanding TNX. Ya, ini kerana program ini sukar untuk mendapat advertiser. Sebiji macam program TLA. Dan aku terpaksa mengakui hakikat itu yang mana program ini cukup sukar. Tapi ianya tidak mustahil. Kita tetap boleh buat duit dengan program ini, yang penting, kita mesti terus mencuba.

Cara nak buat duit dengan Intellilinks? Aku tak ada cara yang tepat. Yang penting jika blog korang ada pagerank dan alexa rank yang bagus, itu dah cukup untuk membuatkan blog korang diluluskan oleh mereka. Jika blog tak ada pagerank, memang cukup sukar melainkan alexa rank korang cukup tinggi. Aku tak tahu aspek apa yang mereka perlukan, tetapi sekurangnya kita leh gunakan alexa rank dan pagerank sebagai kayu ukuran. Ok?

Itu yang aku gunakan dan itu juga yang aku beritahu korang. Selebihnya, korang kena fikir apa agaknya yang advertiser mahu dari blog-blog korang. Jadi, kalau dah tahu, sila sediakan apa yang mereka mahu. Itu sahaja. Mudah kan? hehe..

Oklah. Hari Sabtu ni aku terlibat dengan liga badminton yang ditubuhkan oleh kawan-kawan aku. Kiranya tak official la. Tapi kiranya kita orang akan berentap bermain badminton dan banyak juga kerja yang kita orang kena lakukan untuk memenuhi permintaan diorang tu. Aku sendiri tak pasti aku dah cukup training atau tidak. Lantaklah, hentam ajela..

Ps: Blog ni bengong kejap. Terpaksa aku ganti file header yang baru. icon sad Komisen Ketiga dari Intellilinks


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 19 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 03 Feb 10 at 07:07:07
wahh..dapat lagi. Sibuk-sibuk pun dapat lagi tuh..
rina - 03 Feb 10 at 08:05:55
tahniah la. bilalah agaknya nak merasa titan belanja ye..
reddebt - 03 Feb 10 at 08:26:56
emm…macam-macam dah sekarang. Semua dapat yek..
Sain-Web.Com - 03 Feb 10 at 12:48:02
tahniah titan…biar sibuk still masyuk
encik vitamin - 04 Feb 10 at 02:20:30
siap sempat main badminton lagi tuh.. :)
cyza - 07 Feb 10 at 04:49:31
oh aku belum register program ni…
farahaznil - 08 Feb 10 at 02:42:20
ssh2 pun dapek gak byrn tu ha….eeeeee
merahkatak - 08 Feb 10 at 06:45:56
hoho..banyak weh dapat tuh..
knightblogger - 09 Feb 10 at 02:10:34
tak lama lagi. bertambahla lagi nilai komisen tuh..
akazuma - 09 Feb 10 at 06:32:48
tahniahla. kena belanja gak aku kali nih..
reezluv - 13 Feb 10 at 11:01:39
hehe..thanks sebab gitau program ni..haa.aku dah join..hihi
titan - 14 Feb 10 at 07:36:50
akazuma. Sibuk-sibuk juga. Tapi duit kena cari maa. Mana da duit datang dari langit..

rina. Datang 3 tempat nih. Damak, Jerantut dan Banting. Insya-Allah, aku akan belanja..

reddebt. Sikit-sikit aje..

Sain-web.com. Hehe..sibuk pun. Duit kena cari jugak maa..

encik vitamin. Hehe. Sekali-sekala tak salah bukan? Bukanhkah bersenam itu bagus untuk kesihatan kita?
titan - 14 Feb 10 at 11:51:01
cyza. Jadi, bolehlah cuba program ni. MAna tahu, ada rezeki terpijak kat program-program macam nih..

farahaznil, sebabnya aku lom putus asa dengan program nih. Dan akhirnya aku berjaya dapat duit dari program nih. Tak sesia aku tunggu. Dapat jugak..

merahkatak. Hehe..bolehlah tahan..

knightblogger. Mudah-mudahan.. :)

akazuma. Boleh. Bolehhh..

reezluv. Dah join? Semoga dapat duit jugaklah. Hoho.. :D
[…] ada lebih dari 7 program yang menjadi orang ketiga dalam menguruskan jual-beli text link. Antaranya Intellilinks, Inlinks, TNX, TLA, Backlinks, Linkadage, Teliad dan lain-lain lagi. Itu belum campur yang […]
ainun - 29 Aug 11 at 17:40:09
wow…dah byk kali dpt komisen dari innity
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:47:55
hahaha….byk cawangan..cpt le dpt
ainun - 29 Aug 11 at 17:52:25
betul…banyak blog…byk income
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:55:06
sikit blog sikit income..hehe
ainun - 29 Aug 11 at 17:58:43
pandai farah ni…tp tak semestinya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011