Em..
Macam-macam benda yang telah berlaku beberapa hari ini. Nak cerita pun aku malas nak cerita sangat. Jadi, aku pendam ajelah yek? Kalau korang jumpa blog personal aku yang lagi personal, macam-macam yang korang akan tahu. Jadi, carilah blog personal aku tuh..
Secara jujurnya, aku sedikit gembira apabila ramai yang sudah berjaya dengan panduan yang aku karang tu. Panduan tu sebenarnya tercipta setelah ada member aku yang bertanya dan memaksa. Jadi, terhasillah panduan tu dan tak sangka ianya cuma mendapat banyak sambutan selepas panduan TNX 2.0 terhasil. Sedangkan pada ketika itu harga panduan tersebut cumalah Rm27.00 sahaja. Tetapi setelah harganya naik ke RM50, begitu ramai yang memilikinya. Aku rasa, kalau nak keluar produk baru, memang kena jual mahal-mahal agaknya. Barulah orang nak beli. Kalau jual murah-murah ni, orang tak suka nak beli kot. Hoho..
Petang ni aku nak keluar dan makan KFC. Oklah juga. Dari Damak ke Jerantut. Kalau ikut GPS aku tu, ianya akan mengambil masa 22 minit. Tetapi kalau aku rempit dengan Black Saga aku tu, sempat gak dalam 17 minit. Tapi memang aku wat kerja gila dengan kereta aku tu, drift kat selekoh yang cukup tajam. Tapi tak juga drift aku tu selalu menjadi. Kekadang aje..nasib tak buang habis. Kalau tak, hilanglah penulis tetap bagi blog Ohmelayu.com dan Earncent.com ni. Hehe..
Haa, kalau korang ada masa, sila vote entri aku untuk pertandingan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh denaihati kat post ni. Mana tahu, aku berpeluang untuk menang. Siapa tahu kan kalau si denaihati ni nak pula bagi aku menang? hehe..
Ps: Ok. Masa untuk merempit..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 21 orang TNX Super Knight | Komisen Ketiga dari Intellilinks »
















rina. Ko pun tauu?? Haa, yang mana??
Ahmad Iqbal. Yap. Aku setuju. Tayar kereta sangat mahal. Haha..
merahkatak. Hehe. Bukan selalu pun..
appleblogger. aku punya pasal la nak ajak ko atau tak. Haha..rumah jauh nun disana, camana mau ajak orang disana..
encik vitamin. Sila search di Google. Boleh? hehe..
farahaznil. Ko memang banyak kalau cerita pelik-pelik nih kan..