2010 February | EarnCent.com


Archive for February 2010


Semalam petang aku merempit dari Damak ke Banting. Jam menunjukkan pukul 4.11 minit. Start enjin kereta, drive selaju yang mungkin dengan kadar yang berhati-hati walaupun mata memang mengantuk sebab dah 4 hari berturut-turut tidur pukul 2-3 pagi tetapi gatal juga nak balik ke rumah hujung minggu ini. Kemudian, berhenti rehat dan solat kejap. Rempit lagi sekali..dah sampai terowong, potong sana, cilok sini..nampak ada awek lawa dalam bas panjang warna pink tu, kena jeling pulak dengan awek tu, apa lagi, aktiviti kejar mengejar dimulakan. Bila aku masuk Ampang, bas pink tu gi jalan ke jalan yang satu lagi. Ciss!! Awek comel tu siap main lambai-lambai dan gelakkan aku. Nak buat macam mana, tak ada rezeki nak ngorat dia. Dan, aku terus drive sampailah ke Banting dalam lebih kurang jam 9 malam.

Haa, itulah sipnosis pendek kisah semalam. Aku tak sempat sangat nak menaip apa-apa malam tadi sebab secara jujurnya aku sendiri rasa otak aku tak cukup oksigen, pengaliran darah tak cukup sempurna, mata pun dah kejap celik kejap pelan, apa mak abah aku cakap pun aku tak berapa nak masuk, last-last, aku dah berdengkur kat bilik aku dalam jam 11 malam dengan baju dalam beg gunung aku tak dikeluarkan, dengan laptop terpasang, dengan handset yang telah dicas, dengan tak bermandinya, dengan tak sempat nak baca email, nak tulis kerja-kerja review yang menunggu untuk diselesaikan dan bermacam-macam lagi tugas yang nak tak nak aku kena buat hari ini dan dalam masa 2 hari ini sebelum aku kembali semula ke Damak untuk sambung kerja yang tertangguh. Huh..sengal badan aku ni. Nak cari tukang urut, tapi pakcik tu sibuk pula. Full aje dia kalau aku balik Banting. Nak suruh bini, tak ada pulak..

Dan kepada mereka yang telah membayar untuk Panduan VCC dan Panduan TNX 2.0, aku telah menghantar link download sebentar tadi. Sila download melalui link yang telah aku berikan. Maaf agak lambat sebab aku baru sahaja semak email aku tadi. Ni pun baru aje balik dari servis “Black Saga” aku tu. Kena Rm105.50. Kira oklah tu. Baru dua kali aku servis kereta tu. Ikut hati aku nak servis kat Mentakab, tapi memang tak ada masa sejak 1-2 bulan ni. Terpaksalah aku buat kat Banting gak. Siap dalam masa satu jam. Jadi, balik dari servis, aku terus buat kerja apa yang patut. Sejujurnya, aku sangat menghargai waktu-waktu cuti aku sebab hanya dengan waktu cuti ini sahajalah aku mampu menumpukan kerja-kerja online aku dengan 100%. Tidak seperti hari kebiasaan aku, penuh dengan field work, penuh dengan paper work, penat nak bersosial, penat nak menjaga hati orang, penat nak melayan budak-budak dan anak dara orang, pening nak menyiapkan kerja yang sepatutnya bukan kerja kita. Jadi, aku bersyukur sangat sebab adanya hari cuti ini. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mencipta hari cuti ini..

Tentang satu perkara, jika korang hendak aku menulis review untuk korang, korang boleh terus rujuk di ruang Pengiklanan dan Sponsor. Sila baca dan pilih yang mana satu korang mahukan. Jika mahu beli iklan berbentuk banner di blog ini pun boleh. Dan seterusnya, leh terus transfer ke akaun bank aku dan bagi sedikit details tentang job atau review yang korang mahukan. Aku akan balas email korang tu dalam masa terdekat untuk bertanya tentang urusan itu dan aku akan usahakan untuk siapkan kerja tersebut dalam tempoh 3-4 hari. Paling cepat, 24 hours. Paling lambat, satu minggu. Itupun jika aku betul-betul sibuk dan biasanya aku akan beritahu korang yang aku sibuk atau tak. Kalau tak sibuk, memang aku akan buat cepat. Jika sibuk, aku mintak maaf dan aku akan cuba buat secepat mungkin. Sekarang aje ada 4-5 review untuk blog ini dan blog lain aku. Tengah atur mana satu yang nak buat dulu dan kena baca e-book dan produk diorang dulu. Tak leh main hentam aje buat review orang nih. Kena fahamkan betul-betul..

Ps: Satu soalan. Korang masih ingat, bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat dulu? Err..korang ingat tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Aku sudah di Damak sekarang dan alhamdulillah line Streamyx kat sini tak ada masalah. Ianya akan memudahkan aku untuk membuat kerja-kerja aku. Rasanya memang senang nak buat kerja kalau line internet tidak menghadapi apa-apa masalah. Kalau ada masalah, memang macam-macam perkara takkan menjadi. Fuhh..selesai satu perkara, ada 40 perkara lagi yang menunggu kita untuk diselesaikan. Aku pun tak pasti bila kerja-kerja aku ini ada tanda noktahnya..

Lupakan sekejap tentang karenah IM dan blogger kita yang suka mendabik dada, berlagak hebat, manis berkata-kata, membodohkan orang lain, menghina dan sebagainya. Aku pun sudah malas sebenarnya nak sentuh bab tu. Tapi kadang-kadang terpaksa juga cakap benda ni. Aku harap ianya akan membantu sesiapa sahaja samada dalam bentuk teknikal, taktikal ataupun hati korang semua. Yang pasti, hidup kita nih mesti ada perubahan dan kemajuan. Insya-Allah..

Banyak artikel yang bagus-bagus aku baca hari ini. Mungkin sebab aku ada masa lebih untuk lompat-lompat kat blog orang lain. Jadi, aku rajin sikit membaca berbanding semalam. Yelah, budaya membaca ni bukan senang nak dipupuk dikalangan orang Melayu ni, kalau dari kecil kita dah pandai membaca, dah senang bila besar nanti. Tapi kalau korang masih ada yang tak pandai membaca, memang korang dah rugi satu nikmat manis di dunia ini.

Jadi, rajin-rajinlah membaca. Membaca ni memang seronok. Jadi, sebagai salah seorang blogger di Malaysia nih, aku rasa semua blogger akan lebih rajin membaca pada masa akan datang. Dengan membaca, macam-macam benda kita dapat termasuklah idea untuk menulis artikel kat blog kita tu. Jadi, lepas ni, tak mau lagi dengar alasan yang kita tak boleh nak update blog sebab tak ada idea..

Sebut pasal membaca ni, berapa ramai yang masih kekal membaca Al-Quran setiap hari? Ya. Aku mengaku aku tidaklah sampai ke tahap membaca Al-Quran setiap hari. Tapi dalam seminggu itu, aku tetap membaca. Hajat dihati hendak khatam lagi sekali tahun ini seperti tahun-tahun lepas. Semoga diberikan kekuatan walaupun aku tahu yang aku ni memang agak liat sekali. Dulu, memang susah nak mula balik baca Al-Quran ni. Tapi bila aku rasa hati ni cam tak tenteram atau rasa macam dah buat banyak sangat salah ni, aku rasa aku kena buat sesuatu. Betul tak?

Aku bukan manusia yang sempurna. Ada cacat celanya dan kekurangannya. Ada benda yang perlu aku baiki dan ada benda yang perlu aku kongsi dan tegur. Sebab itu hidup bermasyarakat ini lebih baik daripada hidup seorang diri. Jadi, mungkin dengan budaya membaca Al-Quran ini akan membantu kita dalam banyak perkara walaupun kita sedar atau tidak. Ya, bukan nak berbangga bahawa aku membaca Al-Quran tetapi korang tidak. Tetapi bila lagi kalau tak baca kalau bukan sekarang? Aku tak tahu bila waktunya aku akan pergi dari dunia ini. Bacalah sekarang sementara kita masih sempat membaca..

Ps: Ya. Aku sendiri rasa aku macam pelik sikit hari ini. :)

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jap lagi aku nak mandi. Barang semua dah siap kemas. Dah masuk dalam black saga aku tuh. Tinggal nak drive. Kena isi mintak sikit dan pam tayar kereta aku sikit. Baru seronok nak merempit. Kalau tak, rasa cam ada benda yang kurang aje. GPS ok. Charger Sony Ericsson pun ok. Charger Nokia pun ok. Rambut dah kasi pendek sikit. Ubat-ubatan dan panadol pun cukup dah. Minyak rambut, Baby Oil, sabun, syampu herba, bekalan kerepek selama 2 minggu, novel-novel keluaran Alaf21 dan PTS,  Laptop Fujitsu dah habis cas, duit syiling untuk tol pun ok, back up spek mata, baju-baju kerja yang dah siap dibasuh dan juga raket badminton untuk berentap di Damak dan Jerantut. Banyak pula benda nak kena bawa. Nak buat macam mana, inilah cabaran dan kehidupan seorang part time blogger, Travel Blogger, TNX player dan juga salah seorang penjawat kerajaan yang berwibawa. Hehe..

Ok. BIla aku dah dalam Damak mode ini, dengan secara rasminya support aku untuk blog ini dan juga blog lain akan agak terbatas. Masalah internet di Damak diluar pengetahuan aku. Jika laju, lajulah. Jika tidak, mungkin tiada update dari aku. Jadi, aku mintak maaf awal-awal jika aku lambat menghantar produk atau link download atau menjawab segala persoalan korang tu. Aku akan jawab. Tapi mungkin lambat. Jadi, jangan marah-marah aa..

Satu perkara atau fenomena yang aku lihat sekarang dalam dunia blogger dan IM ni, sudah ramai otai dari blogger dan IM dilahirkan. Aku yakin mungkin ada antaranya merupakan pembaca blog ini. Malah, aku yakin mereka sudah boleh berbangga dengan usaha yang mereka telah lakukan. Cuma sekarang sudah wujud juga gelaran baru iaitu otai segera yang terhasil apabila produk diorang meletup buat kali pertama, kali kedua atau kali ketiga. Sekaligus, gelaran otai itu melekat pada mereka walaupun mereka suka atau tak. Bagi aku itu adalah perkara yang baik dan aku harap semua ini akan terus berkembang. Part-part yang tak elok tu, malas aku nak tegur. Yelah, kadang-kadang bila ada orang dah perasan dia dah dikenali, dah naik level otai, diorang akan rasa apa yang diorang cakap orang akan dengar, orang akan respect diorang, orang akan ikut apa yang diorang cakap. Aku tak nafikan hal itu. Ada faedahnya bila ada orang suka berkongsi pendapat. Tapi jangan sampai pendapat orang lain dia tak boleh terima. Siap kata blogger atau newbie yang baru nak naik pun dikatanya “bodoh”. Cikgu aku pun tak pernah kata aku atau pelajar lain  “bodoh” even bebal sekalipun masa aku kat sekolah rendah dulu. Perkataan yang tidak patut disebutkan tu agak kurang sesuai. Ada hati dan mulut yang perlu dijaga. Ya, aku tahu mungkin kau lebih hebat, mungkin kau ada segalanya, mungkin semua produk ko meletup dan ramai orang yang menghormati kau, tapi perlukah ko sebut atau taip perkataan “bodoh” tu?

Itulah yang jadi bila korang memberi pendapat. Ya, aku tahu pendapat hak masing-masing. Ianya fakta yang kejam. Tapi perlu disusuli dengan hujah yang sesuai dan pendapat setiap orang perlu kita hormati. Tapi perlukah hingga tahap menghina dan mengutuk seseorang secara peribadi? Kalaulah blogger yang terasa atau newbie yang baru nak panjat tangga dalam dunia IM dan blogger ni, apalah agaknya perasaan diorang. Baru nak belajar, dah kena hentam macam tu. Kurang dah semangat diorang dan kita pula mungkin akan hilang potential blogger atau potential IM. Nanti siap ada orang kata IM ni penipu, blogger nih jahat, blogger ni memperbodohkan orang dan macam-macam istilah yang kurang elok kita akan dengar. Perlukah sampai tahap begitu sekali? Ya, korang akan kata kalau nak survive dalam dunia ni, kita kena kuat, kena lantang mengeluarkan pendapat biarpun pendapat itu pahit, tapi perlukah sampai kita keluarkan perkataan-perkatan tabook dan bahasa yang kurang elok didengar? JIka mahu juga, risiko tanggung sendiri.

Ok. Sudahlah. Kekadang kita kena tahu, tak selamanya kita diatas. Aku tahu korang mungkin hebat, korang mungkin popular, korang berjaya menjadi IM yang berjaya. Tapi perlukah korang tambah satu title dalam diri korang iaitu seorang yang suka menghina blogger lain dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar? Fikirkan sendiri. Jika mahu bermain dalam dunia blogging dan im, fikirkan perkara ini. Kita lihat, berapa ramai IM dan blogger yang telah berjaya survive dari tahun 2003 hingga 2010? Siapa? Tak perlu aku beritahu, korang sendiri pun boleh tahu kan?

Dah. Aku nak mandi. Babai..

Ps: Hidup ini memang kejam. Aku terpaksa terima hakikat tu. :(

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku masuk cerita plak tentang KPLI atau dalam nama panjangnya ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Bagi yang masih berminat hendak jadi guru, korang bolehlah apply KPLI-SR yang baru sahaja dibuka sejak seminggu yang lepas. Bagaimana caranya? Meh aku ajar cara untuk beli pin KPLI. Korang tahu BSN? Apa itu BSN? Bank Simpanan Nasional. Haa, gi bank tu. Pergi ambil nombor. Kalau tak tahu, gi tanya kat akak guard tu. Dia akan ajar apa yang patut. Dah ambil nombor kan? Ok. Step seterusnya, pergi ambil borang nak bayar duit pin KPLI nih. Tak tahu jugak? Gi tanya akak guard tu lagi. Dah siap isi semua, tunggu aje angka giliran korang dipanggil. Sediakan RM6.00 untuk harga nombor pin KPLI tu. Jangan lupa, bagi gula-gula hacks kat akak guard tadi. Penat dia layan korang kan. Hehe..

Haa..aku dah buat. Dan buat kali pertamanya aku sendiri pergi beli tanpa arahan oleh sesiapa. Baik kawan-kawan atau ahli keluarga aku. Bukan apa. Sebelum diorang suruh dan mengata aku bukan-bukan, baik aku beli awal-awal dan settlekan urusan tu secepat mungkin. Aku malas sebenarnya nak dengar umpatan keji kawan-kawan aku yang mengisi borang KPLI nih. Itu belum lagi ceramah percuma dari mak abah aku. Jadi, dengan macho dan handsomenya aku pun pergi beli dan isi. Pup! Selesai satu masalah. Secara jujurnya, ini satu perubahan berani yang aku lakukan. Dapat atau tidak, itu bukan lagi persoalan. Pendek cerita, aku sudah selesaikan satu masalah yang memang takkan bagi aku masalah buat masa terdekat ini.

Tadi aku kemas barang-barang. Esok pagi, aku akan merempit semula ke Damak. Ambil masa dalam 4 jam. Kalau drive biasa, 4 jam lebihlah. Kalau aku malas, aku tidur tepi jalan. Nak dekat petang, baru aku balik. Yelah, esok aku akan bertolak awal pagi. Dalam jam 8 atau 9 pagi. Mak aku dah tanya nak bawa bekal ke tak esok. Dah macam nak pegi sekolah waktu kecik-kecik la pulak. Mak aku nih super concern tentang anak-anak dia. Memang semua dia nak jaga selagi aku belum kahwin. Bila aku mula mengarut kata tak nak itu ini, mak aku selamba dia kata kat aku camni.. “kalau tak nak mak membebel, gi kawin cepat. Ni dah besar pun tak reti nak urus diri. Bilik tu bersepah aje, makan tak terus dan bla..bla..dan bla…”

Lebih kurang gitulah. Tapi itu sebab aku sayangkan mak aku. Abah aku memang cool. Biasalah, lelaki. Mesti nampak cool dan macho. Aku rasa memang aku mewarisi kecoolan abah abah aku. Mak aku mengamok satu hari pun, dia boleh buat selamba aje layan facebook. Mentang-mentang aku baru aje dia guna facebook. Terus gi main Mafia wars. Tapi sebab itulah, aku sayang diorang berdua dan adik-adik aku yang lain. Tanpa diorang, memang aku rasa cam tak best hidup ni. Bila cutilah baru dapat jumpa. Kalau tak, masing-masing sibuk aje. Kalau aku dah berkahwin nanti, aku memang harap nak kerja dekat dengan diorang. Tak tahulah. Harap-harap doa aku makbul dan doa mak abah aku pun makbul juga. Aku tahu apa yang diorang harapkan. Insya-Allah..

Lupa nak bagitau. KPLI-SR itu merujuk kepada sekolah rendah. KPLI ni khas untuk sekolah rendah. Biasanya selepas kita isi borang kat internet nih, kita akan tunggu resultnya. Aku pun tak pasti keputusannya tu cepat atau lambat. Jadi, tunggu ajelah keputusan KPLI-SR tu keluar. Biasanya akan keluar kat surat khabar. Dah dapat, kita akan gi M-test. Lepas tu, kalau layak, baru dipanggil untuk interview. Lepas tu, kalau berjaya dalam temuduga tu, korang akan mulakan sesi pembelajaran kat universiti ataupun maktab. Aku kurang pasti. Tapi rasanya macam kat maktab aje. So, belajar ajelah dalam setahun lebih atau mungkin dalam 2 tahun. 2 tahun tu, sekejap aje. Tak lama. Pastu, tunggu posting dan akhirnya, bolehlah jadi guru sekolah rendah. Nak naik jadi guru sekolah menengah. Itu aku tak tahu. Kena tanya abah aku plak. Hehe..

Ps: Abah aku masih aktif berfacebook hari ini. Hoho.. :)

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------