Archive for January 2010

Jan 16

New Target: Damak

13 comments - Post a comment


Baru sahaja aku pulang semalam ke Banting. Ada sedikit hal yang perlu aku uruskan ketika aku disini sebelum aku bertolak semula ke Jerantut pada esok pagi. Banyak juga kerja yang tergendala bila aku pulang ke Banting. Tapi kalau aku tak balik sekarang, lagi banyak kerja yang aku tak dapat buat pada minggu hadapan. Fuhh..banyak betul kerja bila kita switch ke bidang kerja kerajaan ni. Siapa yang kata kerja kerajaan ni senang, aku tak tahulah. Susah sebenarnya. Banyak benda yang kita kena fikir dan banyak hati yang perlu dijaga..

Banyak benda yang aku hendak buat sejak semalam, tapi terpaksa aku tangguhkan untuk selesaikan perkara yang lebih utama. Kalau nak diikutkan, memang semua tu takkan siap dalam satu malam. Aku kena buat satu demi satu untuk mengelakkan kesilapan demi kesilapan berlaku. Kalau tak, lebih banyak kesilapan berlaku dan menyebabkan kerja aku akan lambat siap. Esok, ada banyak lagi benda yang kena aku lakukan. Hoho..

Tentang blog-blog aku, aku dah setelkan beberapa perkara seperti bayar domain tahunan, beli 3-4 domain untuk projek TNX, setting blog-blog yang lain, update blog-blog yang penting dan melayan karenah pelanggan terutamanya para pembeli Panduan TNX. Walaupun tak semua perkara aku dapat selesaikan tetapi sekurang-kurangnya aku dapat update apa yang patut. Nak buat bayaran pun dah senang.  Komisen bagi agen Panduan TNX aku semak malam ni sementara aku masih boleh online hari ini. Esok lusa, aku tak tahu aku boleh online lagi atau tak. Harap-harap masalah internet akan selesai tak lama lagi..

Sejujurnya, kerja aku di Damak akan mengambil masa yang lebih lama berbanding di Jerantut dulu. Tapi nak buat macam mana, arahan bos perlu dipatuhi dan aku kena buat apa yang sepatutnya aku lakukan. Harap aku dapat belajar sesuatu yang berbeza di Damak seperti yang aku peroleh ketika aku di Jerantut. Ya, aku tidak menyesal datang ke Pahang dan meninggalkan dunia Full Time Blogger. Ada benda yang aku sedang cari yang mungkin tiada di Banting atau di Sabah. Mungkin ianya ada di Jerantut dan Damak. Siapa tahu kan? Aku akan terus mencari sesuatu yang sudah lama hilang dalam diri aku. Ya, aku akan terus mencari..

Kepada member-member di Jerantut, aku tak lupa korang. Ada masa, kita keluar macam biasa. Nak buat macam mana, kat sini banyak plak kerja setiap hari. Nak keluar tiap-tiap malam pun dah tak larat macam dulu. Nampak sangat macam aku dah tak semuda dulu walaupun tetap kacak. Apapun, all the best dan aku harap korang semua berjaya dalam kehidupan korang. Jangan malas-malas. Hidup ni kejam. Tapi aku percaya ada banyak bahagia yang menanti. Bergantung pada kita untuk mahu atau tak untuk mencapai kebahagiaan tu. Huhu..

Ya. Damak menjadi sasaran baru. Aku harap lebih ramai kawan-kawan baru aku di Damak mengenali dunia blogging dan mampu buat duit dengan blog. Seperti mana yang aku lakukan di Jerantut, aku harap aku dapat buat sesuatu di sini. Di sini memang aku boleh katakan ianya berbeza berbanding dengan Jerantut. Jerantut boleh aku katakan agak membangun tetapi bagi pekan kecil seperti Damak, ianya satu dunia yang berbeza. Tidaklah asing bagi aku, tetapi aku harap aku dapat buat satu perubahan kecil. Insya-Allah..

Ps: Ok. Nak masak ayam. Lapar la pulak.. icon smile New Target: Damak

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejujurnya, aku baru sahaja melepaskan diri daripada membuat banyak kerja hari ini. Dan bolehlah aku berjalan lama sikit untuk ke blog-blog teman yang lain. Walaupun aku sudah tidak online melebih 20 jam setiap hari, tetapi aku tetap suka dengan kehidupan aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran baru setiap hari. Setiap hari, pasti ada benda baru yang aku pelajari dan ada benda yang tidak dapat aku selesaikan dengan mudah. Biarpun ianya akan mengambil masa, aku akur yang aku masih tidak tahu banyak perkara didunia ini. Ya, aku mungkin pandai menulis blog, mungkin bijak mencari peluang, mungkin kreatif untuk mendapat duit disetiap program yang aku cuba sertai, tetapi aku juga naif dalam banyak perkara. Ingatlah, kita mungkin hebat dalam beberapa perkara, tetapi ada kita tetap tidak tahu apa-apa dalam 1001 perkara yang lain.

Dalam 2,3 hari ini, aku berulang dari Jerantut ke Damak. Begitu juga dengan minggu lepas. Kadang-kadang ke Ulu Cheka dan kadang-kadang ke tempat-tempat yang berhampiran. Taman Negara jangan cakaplah,lom lagi kedai atau gerai makanan di Jerantut dan Damak yang belum lagi aku cuba. Semuanya aku sudah cuba semata-mata untuk mencari makanan yang sesuai dengan tekak aku nih. Haha..Biasalah, bila dah sibuk sangat macam ni, inilah antara salah satu cara untuk aku melepaskan batuk ditangga.

Ada juga yang sangggup sms semata-mata untuk bertanyakan tentang TNX. Tengah aku tidur pun ada yang SMS. Mungkin diorang tahu yang aku sukar untuk online setiap hari, sebab itu mereka hantar sms pada aku. Terima kasih sebab sanggup pergi sejauh itu. Ya, korang boleh hubungi aku melalui sms. Tetapi tidak untuk panggilan. Aku cuma angkat call dari orang yang aku kenali sahaja atau jika firasat aku memaksa aku untuk angkat call itu. Jika tidak, memang aku takkan angkat call dari nombor yang pelik-pelik tu..

Dan aku tidak lagi tinggal dirumah pakcik aku. Aku tinggal dirumah lain yang pastinya sesuai dengan aku. Biasalah, aku juga segan tinggal dirumah pakcik aku. Yelah, banyak benda terbatas yang tidak boleh kita lakukan. Jadi, faham-faham ajelah hidup seorang blogger separuh masa dan juga pekerja kerajaan yang cuba sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan ramai orang. Huhu..

Ps: Dah, itu aje. Bersambung esok atau lusa..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Apa khabar semua pembaca setia blog ini. Aku cuma hendak tulis beberapa perkara sahaja sebab aku sangat sibuk dengan kerja sekarang. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam tempoh beberapa hari ini. Aku juga nak update beberapa perkara sahaja..

1. Ok. Harga panduan TNX 2.0 sudah naik ke RM50. Harap maklum. Tetapi jika masih ada yang tersesat dengan RM47, aku masih terima. Tak ada masalah. Selagi di web jualan masih belum bertukar ke RM50, korang masih boleh terus bayar dengan harga RM47. Nak bayar RM50 pun tak apa. Dua-dua harga aku terima. Tetapi, selepas aku update harga sebenar, kita akan pakai dengan harga RM50 tu. Faham bukan?

2. Sesiapa sahaja boleh jadi agen affiliate untuk Panduan TNX 2.0. Korang cuma perlu daftar secara percuma untuk menjadi agen. Tak perlu beli dulu. Tetapi aku galakkan korang beli dulu untuk membantu korang dalam proses promosi nanti.

3. Saudara Megat dari Megat.net menghadapi masalah. Aku tak sangka sampai begitu sekali masalah yang melanda beliau dan aku harap beliau tabah menghadapinya. Aku akan bantu dengan apa yang aku mampu. Aku harap beliau akan gembira bersama keluarga tersayang. Insya-Allah. Megat, aku sudah email sesuatu untuk engkau. Harap dapat balas secepat mungkin.

3. Mungkin blog ini dan blog-blog aku yang lain tidak akan berupdate seperti biasa sehingga aku sudah mendapat rentak untuk online setiap hari. Jadi, sebarang pertanyaan boleh terus ke email aku atau diruang support aku. Bagi pembeli Panduan TNX, boleh terus tanya kat forum private. Aku memang selalu tengok forum tu.

4. Ya, aku agak penat sekarang dan mungkin perlukan rehat. Tetapi, bagi aku sekarang, kerja adalah tempat pertama. Aku harap dapat sesuatu yang berbeza untuk season ini. Mudah-mudahan.

Ps: Serius, internet ni sangat lembab..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sedikit update untuk beberapa hari ini. Ya, aku tahu mungkin ada dikalangan korang tertanya ke mana aku menghilang dalam tempoh 2-3 hari ini. Selalunya aku akan update blog ni setiap hari demi memaksa diri memenuhi cabaran menulis blog selama 90 hari berturut-turut. Tapi aku akui ianya sukar untuk aku penuhi kerana bebanan kerja dan kesibukan yang melanda akibat kerja kerajaan yang aku lakukan sekarang. Nak jumpa internet pun susah sikit sekarang. Sibuk aje memanjang. Haha..

Tapi aku akan tetap update blog-blog tnx aku agar aku tetap maintain untuk income TNX demi Panduan TNX. Aku tidak mahu menjual Panduan TNX tetapi aku sendiri gagal untuk buat duit dengan TNX. Aku tidak mahu seperti penjual ebook yang bermasalah. Buat ebook, kemudian jual dengan harga yang gila. Tetapi tidak menjana income dengan apa yang mereka tulis dalam ebook tersebut. Sekurang-kurangnya, updatelah dalam blog atau mailing list mereka dan beritahu yang korang masih berjaya buat duit dengan teknik yang korang tulis dalam panduan korang tersebut. Jangan hanya sekali atau dua kali korang berjaya jana duit dari program atau teknik tertentu, korang terus tulis ebook dan jual ebook tersebut. Tunjukkan pada kami semua yang korang tetap boleh buat duit dengan program atau teknik korang tu seperti mana yang korang tulis dalam panduan/ebook tersebut. Kalau tak, sia-sia ajelah ebook tu. Malah, korang boleh update di forum private jika korang ada forum tersebut untuk bantuan kepada pembeli ebook korang. Itu lebih baik daripada membiarkan mereka terkapai-kapai.

Itulah situasi dan fenomena yang berlaku dalam industri penjualan ebook. Senyap dan tanpa sebarang update. Hanya ada update apabila ada produk baru yang hendak dipromosikan atau dijual. Masa inilah mulut manis dari madu dan ayat-ayat membunuh muncul diinbox email kami orang semua. Huh, time nak jual barang, time tu lah mulut manis. Time nak bertanya, time nak mintak tolong, cukup liat nak membalas mesej hatta email sekalipun. Cubalah berbuat sesuatu..

Sekali lagi aku minta maaf sebab proses untuk upload bonus bagi downline aku di Berrybunch dan Dapatwang.com tergendala. Sebabnya line internet kat sini memang tahap siput. Sangat perlahan dan aku sendiri mati akal nak upload hadiah ni. Tapi aku cuba juga upload sebab esok aku akan tidur di rumah kawan aku di bandar. Jadi, aku akan cari cyber cafe yang agak laju untuk upload file-file bonus tersebut. Aku cuba sedaya-upaya aku. Ok?

Itu sahaja update yang agak ringkas dari aku. Aku harap korang semua tak marah aku sebab tak update. Haha, aku tahu ada yang hampir setiap hari membaca blog ini. Terima kasih aku ucapkan sebab setia membaca blog ini. Aku harap korang akan terus setia sampai bila-bila.

Ps: Ya, aku sangat penat sekarang. icon smile Update Ringkas dari Titan

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011