Dalam masa satu jam lagi aku akan bertolak ke Damak. Aku mungkin akan singgah sebentar di Jerantut untuk mencari stok makanan selama sebulan. Mungkin aku tak keluar ke Jerantut memandangkan ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan dengan kadar yang segera, jadi nak tak nak, kena ada stok maggi dan biskut kering. Kopi dan stok Teh juga diperlukan untuk membantu aku berjaga malam seandainya ada kerja yang wajib aku siapkan. Beginilah kerja kerajaan dikawasan kampung dan di Damak, cuma ada 1 pekan kecil sahaja. Kedai runcit pun tak banyak. Nak berhibur pun kena gi Jerantut. Kalau tak, dok rumah layan Astro Beyond ajela..

Ok. Aku nak update. Ya. Bilangan downline aku yang berjaya menjadi TNX super knight semakin bertambah. Ini bermaksud 17 orang downline aku telah berjaya menjual link. Kenapa aku selalu update macam ini? Sebab blog ini menjadi blog tidak rasmi untuk Panduan TNX 2.0 yang telah aku jual sejak 2 bulan yang lepas. Terima kasih kepada mereka yang telah membeli panduan tersebut, menjadi downline dan sekaligus membuktikan juga bahawa panduan tersebut membantu mereka menjual link di blog mereka. Biarpun, mungkin ada antara mereka yang sangat berjaya dengan TNX, tetapi masih ada yang kurang berjaya. Jadi, tahniah kepada mereka yang berjaya.

Jika hendak dikira, downline aku dalam program TNX ini sudah melebihi 100 orang. Aku berharap 100 orang akan bertukar menjadi TNX super knight. Setakat ini, 17 orang daripada downline aku telah berjaya menjadi TNX Super Knight. Tapi aku tahu ada pembeli panduan TNX aku tidak menjadi downline aku. Pukul rata ada antara 5-10 orang yang telah bertukar menjadi TNX Super Knight. Untuk anggaran yang lebih adil, sudah ada 25 orang yang menjadi TNX Super Knight. Walaupun ianya cuma anggapan liar aku, tetapi ianya mencapai 1/4 daripada target aku. Aku harap ada 100 orang TNX Super Knight akan dilahirkan pada tahun 2010. Ini sasaran aku dan aku sudah mencapai 25 orang setakat ini dan mereka telah mula menemui rentak dalam TNX. 25 orang tersebut sudah mula menjual link. Itu yang penting dan ini juga bermaksud mereka sudah tahu bagaimana program TNX ini bergerak dan tahu bagaimana hendak tackle program ini. Aku yakin separuh daripada mereka tidak mengetahui kewujudan program ini dan tidak tahu bagaimana hendak buat duit dengan TNX. Sebab itu lahirnya panduan TNX 1.0 dan panduan TNX 2.0. Dan dalam tahun ini akan lahirnya panduan TNX 3.0. Ianya lebih kepada hidden chapter yang tidak dapat aku jelaskan dengan terperinci kerana ianya masih dalam kajian aku. Seperti panduan TNX 2.0, panduan TNX 3.0 juga versi pelengkap. Semua para pembeli panduan TNX versi 1.0 dan 2.0 akan mendapat versi 3.0 secara percuma. Diulangi, secara percuma.

Dalam masa yang sama, aku akan memilih beberapa orang untuk menjadi tester bagi panduan aku. Siapa? Itu aku tak dapat beritahu sebabnya ianya salah satu projek rahsia aku. Mungkin aku akan memilih seorang. Mungkin 2-3 orang. Aku sendiri tak pasti. Tetapi aku akan cari mereka dan ajak mereka untuk menyertai TNX dan sekaligus mereka akan mendapat semua panduan TNX untuk menjadi salah seorang TNX Super Knight yang berjaya dibawah kelolaan aku. Walaupun mungkin aku akan sibuk, tetapi aku harap aku akan berjaya membantu mereka yang ingin buat sedikit duit sampingan melalui blog mereka.

Siapa 17 orang TNX Super Knight tu? Mereka ialah..

1. blogsempoi
2. syuxx
3. life4hire
4. luvlee
5. kingamok
6. chuckiesd
7. agbiz
8. nuaeman
9. starzz
10. kurama87
11. punk3iz
12. admadi2008
13. daun828
14. eenrockstar
15. cyza
16. aqif
17. mhafizie

Sebahagian daripada mereka merupakan pembeli Panduan TNX seperti Kurama87, starzz, Aqif, cyza, syuxx dan lain-lain. Yang lain aku kurang pasti sebab username diorang lain-lain dan tidak semua aku dapat cam. Sila beritahu aku jika korang pembeli panduan TNX dan downline aku dalam program TNX. Sebahagian daripada mereka telah nampak dengan jelas bagaimana program TNX dapat membantu mereka untuk buat duit. Tahniah aku ucapkan pada mereka sebab sudah nampak tune TNX dan sudah mengorak langkah untuk pergi jauh dengan program ini.

Cukup. Mungkin dalam 2-3 hari ini aku susah nak online. Korang leh hubungi aku melalui email atau contact aku melalui ruang contact diatas tu. Nak SMS pun boleh. 019-2009289. Sila SMS sahaja. Call memang aku takkan angkat.

Ps: Nak kemas barang jap. Tak kemas lagi ni. Mak aku dah buat spot-check tadi. DAh kena marah dengan mak aku ni. Uwaa..waaa.. icon sad 17 orang TNX Super Knight


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 17 Jan 10 at 02:44:09
huh..makin lama makin ramai plak jadi tnx super knight nih. tahniah. tahniah..
Luvleey - 17 Jan 10 at 03:44:04
Seronok main tnx ni rupernyer..thank you titan, blogku yang baru dibina tak sampai sebulan, dah pun diterima tnx..semua ikut tips dlm ebook ;)
Luloq - 17 Jan 10 at 17:12:49
Tahniah,titan…ibarat minum air smbil menyelam..titan,semoga succes selalu..
Sain-Web.Com - 18 Jan 10 at 01:44:23
Best jugak TNX ni…goyang kaki je dapat point…
en_me - 18 Jan 10 at 12:00:16
anak omakk kanns.. ehehe
abdfatah - 20 Jan 10 at 07:45:44
nampak gayanya kena tambah lagi website kepul2… kumpul point kepul2…
msarbin - 21 Jan 10 at 09:33:03
Satu blog aku baru diapprove oleh TNX titan. Harap dapat menjadi Super Knight juga. hehehe
Kerry24 - 22 Jan 10 at 01:18:06
Such great information should be used in essay for sale, because it is easy to buy essay opting for the the best essay writers.
titan - 15 Feb 10 at 00:20:47
akazuma. Yup. Makin lama, makin ramai. Now, everyone can make money with tnx..

Luvleey. kalau kena gayanya, memang seronok benda nih. Hehe..

Luloq. Insya-Allah. Mudah-mudahan.. :)

Sain-web.com. Takdelah goyang kaki. Banyak gak menda kena buat dulu sebelum kita nak goyang kaki..

en_me. Habis..takkan anak omak orang lain plak. Haha..

abdfatah. Yap. Kena tambah. Buat je ikut trik yang aku ajar tuh..

msarbin. Tahniah. Akhirnya berjaya diluluskan. Semoga lebih banyak blog yang akan diluluskan..

Kerry. Mamat mana merepek nih..
ainun - 29 Aug 11 at 17:47:04
hebat betul la diorang semua ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011