Jan 16

New Target: Damak

13 comments - Post a comment


Baru sahaja aku pulang semalam ke Banting. Ada sedikit hal yang perlu aku uruskan ketika aku disini sebelum aku bertolak semula ke Jerantut pada esok pagi. Banyak juga kerja yang tergendala bila aku pulang ke Banting. Tapi kalau aku tak balik sekarang, lagi banyak kerja yang aku tak dapat buat pada minggu hadapan. Fuhh..banyak betul kerja bila kita switch ke bidang kerja kerajaan ni. Siapa yang kata kerja kerajaan ni senang, aku tak tahulah. Susah sebenarnya. Banyak benda yang kita kena fikir dan banyak hati yang perlu dijaga..

Banyak benda yang aku hendak buat sejak semalam, tapi terpaksa aku tangguhkan untuk selesaikan perkara yang lebih utama. Kalau nak diikutkan, memang semua tu takkan siap dalam satu malam. Aku kena buat satu demi satu untuk mengelakkan kesilapan demi kesilapan berlaku. Kalau tak, lebih banyak kesilapan berlaku dan menyebabkan kerja aku akan lambat siap. Esok, ada banyak lagi benda yang kena aku lakukan. Hoho..

Tentang blog-blog aku, aku dah setelkan beberapa perkara seperti bayar domain tahunan, beli 3-4 domain untuk projek TNX, setting blog-blog yang lain, update blog-blog yang penting dan melayan karenah pelanggan terutamanya para pembeli Panduan TNX. Walaupun tak semua perkara aku dapat selesaikan tetapi sekurang-kurangnya aku dapat update apa yang patut. Nak buat bayaran pun dah senang.  Komisen bagi agen Panduan TNX aku semak malam ni sementara aku masih boleh online hari ini. Esok lusa, aku tak tahu aku boleh online lagi atau tak. Harap-harap masalah internet akan selesai tak lama lagi..

Sejujurnya, kerja aku di Damak akan mengambil masa yang lebih lama berbanding di Jerantut dulu. Tapi nak buat macam mana, arahan bos perlu dipatuhi dan aku kena buat apa yang sepatutnya aku lakukan. Harap aku dapat belajar sesuatu yang berbeza di Damak seperti yang aku peroleh ketika aku di Jerantut. Ya, aku tidak menyesal datang ke Pahang dan meninggalkan dunia Full Time Blogger. Ada benda yang aku sedang cari yang mungkin tiada di Banting atau di Sabah. Mungkin ianya ada di Jerantut dan Damak. Siapa tahu kan? Aku akan terus mencari sesuatu yang sudah lama hilang dalam diri aku. Ya, aku akan terus mencari..

Kepada member-member di Jerantut, aku tak lupa korang. Ada masa, kita keluar macam biasa. Nak buat macam mana, kat sini banyak plak kerja setiap hari. Nak keluar tiap-tiap malam pun dah tak larat macam dulu. Nampak sangat macam aku dah tak semuda dulu walaupun tetap kacak. Apapun, all the best dan aku harap korang semua berjaya dalam kehidupan korang. Jangan malas-malas. Hidup ni kejam. Tapi aku percaya ada banyak bahagia yang menanti. Bergantung pada kita untuk mahu atau tak untuk mencapai kebahagiaan tu. Huhu..

Ya. Damak menjadi sasaran baru. Aku harap lebih ramai kawan-kawan baru aku di Damak mengenali dunia blogging dan mampu buat duit dengan blog. Seperti mana yang aku lakukan di Jerantut, aku harap aku dapat buat sesuatu di sini. Di sini memang aku boleh katakan ianya berbeza berbanding dengan Jerantut. Jerantut boleh aku katakan agak membangun tetapi bagi pekan kecil seperti Damak, ianya satu dunia yang berbeza. Tidaklah asing bagi aku, tetapi aku harap aku dapat buat satu perubahan kecil. Insya-Allah..

Ps: Ok. Nak masak ayam. Lapar la pulak.. icon smile New Target: Damak


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
Adney - 16 Jan 10 at 15:49:27
titan dengan projek barunye lagi.. cayalah!

Masak ayam kan? adoi.. sedapnye =.=”
titan - 16 Jan 10 at 16:14:13
Adney. banyak projek sebenarnya. Cuma tak larat nak buat semua. Lebih-lebih lagi dengan keadaan yang kena pantang internet nih. Aduhai… :)
Luloq - 16 Jan 10 at 17:41:00
pengalaman mematangkan hidup..
go,Titan..huhu:)
merahkatak - 16 Jan 10 at 19:45:42
huh..susah la kalau damak nak jumpa ko.. :(
samdaddycool - 16 Jan 10 at 20:59:22
“Nampak sangat macam aku dah tak semuda dulu walaupun tetap kacak.”

ayat ni tak boleh blah.. :D
akazuma - 17 Jan 10 at 02:59:58
yelah. yelah. kami tahu ko kacak.. :)
Sain-Web.Com - 18 Jan 10 at 01:57:41
banyak projek, byk jugak la masyuknya kan…
mr.eims @ perfume - 19 Jan 10 at 01:47:53
Siapa kata kerja kerajaan ni senang? huhu.. Kalu mmg senang dan masyuk~ saje takde ler ramai org yg mengidam untuk bisnes & full time blogger juga. hhuhu :p

nway.. gudlak utk titan. :) nak juga ayam tu..
zool - 19 Jan 10 at 15:11:03
betul tu.. ramai kata kerja kerajaan senang.. lepak minum kopi tapi bila masuk ramai mengeluh..
byk sgt tjawab nya.
jadi jgn memperkecilkan mana2 keje.. ada t/jawab masing2
titan - 12 Jun 10 at 16:01:47
Luloq. Yap. Aku setuju. Aku harap aku akan lebih matang pada masa hadapan.

merahkatak. Jumpa kat banting ajela wehh..

samdaddycool. Hehe.. :D

akazuma. Tauu takpee…

Sain-Web.com, alhamdulillah.

mr.eims. Tak senang. Tapi kalau dah dapat, kena usaha sungguh-sungguh.

zool. Tanggungjawab tu yang tak boleh kita pandang sebelah mata. :)
ainun - 29 Aug 11 at 17:47:49
bagusnya titan…mendidik anak bangsa supaya maju
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:51:46
hehehe..dah mak ayah dia pun skali cikgu..hehe
ainun - 29 Aug 11 at 17:53:14
bukan maksudku begitu…sebab damak laa



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011