Sejujurnya, aku baru sahaja melepaskan diri daripada membuat banyak kerja hari ini. Dan bolehlah aku berjalan lama sikit untuk ke blog-blog teman yang lain. Walaupun aku sudah tidak online melebih 20 jam setiap hari, tetapi aku tetap suka dengan kehidupan aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran baru setiap hari. Setiap hari, pasti ada benda baru yang aku pelajari dan ada benda yang tidak dapat aku selesaikan dengan mudah. Biarpun ianya akan mengambil masa, aku akur yang aku masih tidak tahu banyak perkara didunia ini. Ya, aku mungkin pandai menulis blog, mungkin bijak mencari peluang, mungkin kreatif untuk mendapat duit disetiap program yang aku cuba sertai, tetapi aku juga naif dalam banyak perkara. Ingatlah, kita mungkin hebat dalam beberapa perkara, tetapi ada kita tetap tidak tahu apa-apa dalam 1001 perkara yang lain.
Dalam 2,3 hari ini, aku berulang dari Jerantut ke Damak. Begitu juga dengan minggu lepas. Kadang-kadang ke Ulu Cheka dan kadang-kadang ke tempat-tempat yang berhampiran. Taman Negara jangan cakaplah,lom lagi kedai atau gerai makanan di Jerantut dan Damak yang belum lagi aku cuba. Semuanya aku sudah cuba semata-mata untuk mencari makanan yang sesuai dengan tekak aku nih. Haha..Biasalah, bila dah sibuk sangat macam ni, inilah antara salah satu cara untuk aku melepaskan batuk ditangga.
Ada juga yang sangggup sms semata-mata untuk bertanyakan tentang TNX. Tengah aku tidur pun ada yang SMS. Mungkin diorang tahu yang aku sukar untuk online setiap hari, sebab itu mereka hantar sms pada aku. Terima kasih sebab sanggup pergi sejauh itu. Ya, korang boleh hubungi aku melalui sms. Tetapi tidak untuk panggilan. Aku cuma angkat call dari orang yang aku kenali sahaja atau jika firasat aku memaksa aku untuk angkat call itu. Jika tidak, memang aku takkan angkat call dari nombor yang pelik-pelik tu..
Dan aku tidak lagi tinggal dirumah pakcik aku. Aku tinggal dirumah lain yang pastinya sesuai dengan aku. Biasalah, aku juga segan tinggal dirumah pakcik aku. Yelah, banyak benda terbatas yang tidak boleh kita lakukan. Jadi, faham-faham ajelah hidup seorang blogger separuh masa dan juga pekerja kerajaan yang cuba sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan ramai orang. Huhu..
Ps: Dah, itu aje. Bersambung esok atau lusa..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content




















Adney. Aku cuba. Aku try celcom broadband. Memang dapat. Tapi sangat seloowwww. Jadi, itu yang sakitnya. Tak dapatlah nak borak cam dulu..
denaihati. Yap. TNX memang leh buat duit. Bergantung pada kita nak atau tak nak. Nak tanya, tanya aje. Kalau aku boleh jawab, aku jawab..
Sain-web.com. Yap. Side income yang sangat lumayan..
rina. Aah. Tak bleh kerr…
Luloq. Jumpa. Kat sini style gerai dia berbeza sket. SIap ada gerai makan kat rumah orang lagi. haha..
Jimmy. Yap. Aku pun terkena tepias tu. Orang kampung nak aku wat itu ini. Tapi sebab diorang tak tahu dan aku pun dah kata ok. Aku belajar buat dan cuba penuhi permintaan diorang. Memang aku dan diorang dari latar belakang yang berbeza, tapi kita masih hidup dalam bumi yang sama. Sekurangnya, aku belajar lagi benda baru dari diorang. Huhu..