Ok. Apa khabar semua pembaca setia blog ini. Aku cuma hendak tulis beberapa perkara sahaja sebab aku sangat sibuk dengan kerja sekarang. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam tempoh beberapa hari ini. Aku juga nak update beberapa perkara sahaja..

1. Ok. Harga panduan TNX 2.0 sudah naik ke RM50. Harap maklum. Tetapi jika masih ada yang tersesat dengan RM47, aku masih terima. Tak ada masalah. Selagi di web jualan masih belum bertukar ke RM50, korang masih boleh terus bayar dengan harga RM47. Nak bayar RM50 pun tak apa. Dua-dua harga aku terima. Tetapi, selepas aku update harga sebenar, kita akan pakai dengan harga RM50 tu. Faham bukan?

2. Sesiapa sahaja boleh jadi agen affiliate untuk Panduan TNX 2.0. Korang cuma perlu daftar secara percuma untuk menjadi agen. Tak perlu beli dulu. Tetapi aku galakkan korang beli dulu untuk membantu korang dalam proses promosi nanti.

3. Saudara Megat dari Megat.net menghadapi masalah. Aku tak sangka sampai begitu sekali masalah yang melanda beliau dan aku harap beliau tabah menghadapinya. Aku akan bantu dengan apa yang aku mampu. Aku harap beliau akan gembira bersama keluarga tersayang. Insya-Allah. Megat, aku sudah email sesuatu untuk engkau. Harap dapat balas secepat mungkin.

3. Mungkin blog ini dan blog-blog aku yang lain tidak akan berupdate seperti biasa sehingga aku sudah mendapat rentak untuk online setiap hari. Jadi, sebarang pertanyaan boleh terus ke email aku atau diruang support aku. Bagi pembeli Panduan TNX, boleh terus tanya kat forum private. Aku memang selalu tengok forum tu.

4. Ya, aku agak penat sekarang dan mungkin perlukan rehat. Tetapi, bagi aku sekarang, kerja adalah tempat pertama. Aku harap dapat sesuatu yang berbeza untuk season ini. Mudah-mudahan.

Ps: Serius, internet ni sangat lembab..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
mazuki blog - 12 Jan 10 at 00:05:59
walaupun bukan bende ni berlaku kat aku…aku sebenarnya kagum dan terharu tengok gang2 blogger semua bekerja sama untuk mmbe rakan bila dalam kesusahan…xkira la bantu dari segi kewangan ataupun apa bentuk sekalipun…

Walhal kita semua tidak kenal antara satu sama lain dialam realitinya
farahaznil - 12 Jan 10 at 02:11:59
betul tu mazuki…tak kenal pun…tp rasa mcm dah penah jmpa n berkawan..hohohoh..sama2lah kita membantu dgn ikhlas…

tan…dah naik pangkat ke haaaa…cewah2..bz nmpk…anak kesayangan bos nih..hehe
samdaddycool - 12 Jan 10 at 03:55:32
Harap Megat pulih sepert sediakala..

Internet lembab. tu memang antara benda paling sengal yang biasanya membantutkan mood kerja.
Luvleey - 12 Jan 10 at 05:14:32
Baru dapat tahu cerita Megat. Tumpang simpati dengan saudara Megat dan semoga cepat sembuh.
denaihati - 12 Jan 10 at 07:51:21
Di maklumkan besok aku akan buat pengumuman penting untuk contest Berani Gagal di rumah baru @ denaihati.com
appleblogger - 13 Jan 10 at 02:08:47
hemm..kita mesti membantu.. :)
knightblogger - 13 Jan 10 at 05:24:19
wah. bagusnya. Semua orang saling membantu bila ada blogger yang memerlukan bantuan. :)
farahaznil - 13 Jan 10 at 06:42:58
ahakzz..titan menang tak contest berani gagal nih?
kakeru - 14 Jan 10 at 03:59:21
Thanks Titan coz tulis entry mengenai Megat.net. Mula2 kenal Megat time mula2 berblog. Cuma tatau dia sakit apa sebenarnya, tak faham.

So, sekarang dah faham. Harap2 ramai yg menghulurkan bantuan.
merahkatak - 14 Jan 10 at 08:20:18
tak sangka aku. megat ada masalah rupanya.. :(
akedemi fantasia 8 fan - 15 Jan 10 at 12:02:08
setiap orang ada masalah masing-masing yang berbeza.. :)

hari ini mungkin hari megat. esok lusa kita tak tahu mungkin hari kita..
rina - 16 Jan 10 at 03:06:23
semoga masalah megat akan selesai. Insya-Allah..
azwan - 16 Jan 10 at 06:50:49
Nanti bila dah dapat rentak, semua ok kembali kut. aku pun terhilang sekejap tahun lepas.
titan - 16 Jan 10 at 14:41:04
Mazuki. Kadang-kadang, aku rasa dunia maya ni banyak memberi kebaikan daripada keburukan. Biarpun kita datang dari IP address yang berbeza, tapi kita mampu mempunyai ikatan yang cukup kuat antara blogger-blogger tanah air yang lain. Sebab tu aku bangga mengaku sebagai salah seorang blogger dari Malaysia. Jika ada orang luar tanya, aku dengan bangga bagitau yang aku blogger dari negara Malaysia..

farahaznil. Naik pangkat apanya..

samdaddydol. Nak buat macam mana. Sengal tak sengal. Itu hakikat yang aku kena terima. Wawa…

Luvleey. Harap-harap begitulah. Aku dah bantu apa yang terdaya. Insya-Allah dia akan pulih dan membuat sesuatu yang berbeza..

denaihati. Hehe..walaupun aku tahu aku bukan tempat pertama, tetapi aku cuba juga beri saingan untuk saat-saat terakhir nih. Hehe..

appleblogger. Yap. Mudah-mudahan beban megat akan diringankan..
titan - 16 Jan 10 at 14:48:20
knightblogger. Insya-Allah. Kita hidup bukan seorang diri di dunia ini. Itu gunanya hidup bermasyarakat dan berjiran.. :)

farahaznil. ntah. Tak tahu lagi resultnya..

Kakeru. Yap. Aku pun tak berapa tahu sangat pasal sakit dia. Dulu pun tahu sikit-sikit. Tak sangka makin teruk hari ke hari. Harap dia dapat buat sesuatu..

merahkatak. ramai yang tak sangka sebenarnya..apapun, kita bantulah apa yang terdaya..

akademi fantasia 8 fan. Yap. Sebab itu berusahalah bersungguh-sungguh..

rina. Insya-Allah..

Azwan. Aku pun macam manusia biasa. Kadang-kadang hilang rentak. Megat pun begitu. Orang lain pun begitu. Ada masa kita diatas, ada masa kita ditengah-tengah. Ada masa kita jatuh gedebuk ke bawah..
ainun - 29 Aug 11 at 17:56:20
blogger hebat…saling membantu
Farahaznil - 29 Aug 11 at 17:58:43
megat dulu mmg mcm2 sakit dia….tp dia bertuah..rmi juga yg tolong..Alhamdulillah
ainun - 29 Aug 11 at 18:01:48
farah tolong gak ke?
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:05:06
tlng postkan cerita psl megat….dr segi keewangan takde rezeki masa tu…bljr lgi..huhu
ainun - 29 Aug 11 at 18:09:17
owh..xpe…dapat pahala…rezki murah…hehe
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:11:03
hahaha..insyaAllah



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011