Sedikit update untuk beberapa hari ini. Ya, aku tahu mungkin ada dikalangan korang tertanya ke mana aku menghilang dalam tempoh 2-3 hari ini. Selalunya aku akan update blog ni setiap hari demi memaksa diri memenuhi cabaran menulis blog selama 90 hari berturut-turut. Tapi aku akui ianya sukar untuk aku penuhi kerana bebanan kerja dan kesibukan yang melanda akibat kerja kerajaan yang aku lakukan sekarang. Nak jumpa internet pun susah sikit sekarang. Sibuk aje memanjang. Haha..
Tapi aku akan tetap update blog-blog tnx aku agar aku tetap maintain untuk income TNX demi Panduan TNX. Aku tidak mahu menjual Panduan TNX tetapi aku sendiri gagal untuk buat duit dengan TNX. Aku tidak mahu seperti penjual ebook yang bermasalah. Buat ebook, kemudian jual dengan harga yang gila. Tetapi tidak menjana income dengan apa yang mereka tulis dalam ebook tersebut. Sekurang-kurangnya, updatelah dalam blog atau mailing list mereka dan beritahu yang korang masih berjaya buat duit dengan teknik yang korang tulis dalam panduan korang tersebut. Jangan hanya sekali atau dua kali korang berjaya jana duit dari program atau teknik tertentu, korang terus tulis ebook dan jual ebook tersebut. Tunjukkan pada kami semua yang korang tetap boleh buat duit dengan program atau teknik korang tu seperti mana yang korang tulis dalam panduan/ebook tersebut. Kalau tak, sia-sia ajelah ebook tu. Malah, korang boleh update di forum private jika korang ada forum tersebut untuk bantuan kepada pembeli ebook korang. Itu lebih baik daripada membiarkan mereka terkapai-kapai.
Itulah situasi dan fenomena yang berlaku dalam industri penjualan ebook. Senyap dan tanpa sebarang update. Hanya ada update apabila ada produk baru yang hendak dipromosikan atau dijual. Masa inilah mulut manis dari madu dan ayat-ayat membunuh muncul diinbox email kami orang semua. Huh, time nak jual barang, time tu lah mulut manis. Time nak bertanya, time nak mintak tolong, cukup liat nak membalas mesej hatta email sekalipun. Cubalah berbuat sesuatu..
Sekali lagi aku minta maaf sebab proses untuk upload bonus bagi downline aku di Berrybunch dan Dapatwang.com tergendala. Sebabnya line internet kat sini memang tahap siput. Sangat perlahan dan aku sendiri mati akal nak upload hadiah ni. Tapi aku cuba juga upload sebab esok aku akan tidur di rumah kawan aku di bandar. Jadi, aku akan cari cyber cafe yang agak laju untuk upload file-file bonus tersebut. Aku cuba sedaya-upaya aku. Ok?
Itu sahaja update yang agak ringkas dari aku. Aku harap korang semua tak marah aku sebab tak update. Haha, aku tahu ada yang hampir setiap hari membaca blog ini. Terima kasih aku ucapkan sebab setia membaca blog ini. Aku harap korang akan terus setia sampai bila-bila.
Ps: Ya, aku sangat penat sekarang.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Komisen ketiga dari Dapatwang.com | Titan, Aku dan Megat »
















PS : pendapatan speedadsense bagaimana? takkan siput juga kot.hehee…
whiteblogger. Insya-Allah. Aku cuba.
Jimmy. Kat Damak ni takde coverage untuk wimax la..
jawatan kosong. Nak potong camana tu..
cyza. Kalau dah ada bini atau anak. Aku akan fikir cara lain. Takpelah. Sekarang bujang. Kena fikir cara yang sesuai. Hehe..
farahaznil. Takdelah terbuang. Tapi masa tu aku manfaatkan dengan benda lain yang berfaedah..
Sain-web.com. Aku pun dengar macam tu. Memang bagus. Tapi sayang, takde coverage kat sini..
appleblogger. Begitulah ceritanya..
samdaddycool. Ehh..tak baik curi-curit tau. Haha..