Rasanya dah lama aku tak update tentang program Dapatwang ni. Yelah, program yang sangat panas pada penghujung tahun 2009. Aku cuma hendak beritahu dua perkara sahaja. Yang lain-lain, sila rujuk pada artikel berkaitan dengan Dapatwang dengan search artikel tersebut. Jangan malas-malas nak search ye. Gunakan ruang search kat atas ni. Korang nampak kan kotak search kat header atas belah kanan blog ni?

Ini merupakan komisen ketiga dari Dapatwang.com yang aku terima selama aku menyertai program ni. Aku akui bahawa program ni semakin ketat dan sukar. Tetapi ianya tidaklah seketat Berrybunch. Kita masih mampu buat duit dengan program begini asalkan kita tahu cara untuk buat duit dengan program sebegini. Kalau dah ada yang putus asa dengan program Dapatwang, aku tak dapat kata apa-apa. Teruskanlah dengan cara buat duit korang, pasti ada satu dua yang sesuai dengan jiwa korang. Cari dan jangan mudah putus asa.
Itu perkara pertama. Perkara kedua, kepada downline aku samada dari Dapatwang.com atau Berrybunch, sila claim hadiah korang setelah menjadi downline aku. Setakat ini, baru beberapa orang sahaja yang hantar email untuk claim. Aku perlukan email korang untuk hadiah bonus tu. Aku masih tak hantar lagi bonus kepada mereka semua sebab aku berniat untuk hantar kepada semua downline aku sekaligus. Tapi kalau sampai esok masih korang tak hantar email, aku cuma akan hantar kepada mereka yang dah ada ni terlebih dulu. Maafkan aku sebab terlambat dan terlupa perihal bonus ni. Aku juga manusia biasa. Mudah lupa dan mudah buat silap. Salah satu masalah adalah untuk upload hadiah tersebut. Time aku nak upload, time tu la juga internet down, internet slow loadingnya. Time line internet takde masalah, time tu pula aku ada hal yang lain. Jadi, sekali lagi aku minta maaf berkenaan hal bonus untuk 2 program ini. Insya-Allah, aku tunggu sampai esok. Jika semuanya masih tak hantar, terpaksa aku proceed niat asal aku.
Secara jujur, program Dapatwang ni memang boleh buat duit. Dengan syarat, korang jujur dan tidak melanggar peraturan yang dibuat oleh Dapatwang. Aku tahu ramai yang kecil hati dan bengkak dengan Dapatwang sebab tak membayar mereka dengan nilai yang sepatutnya. Klik-klik tidak diiktiraf dan macam-macam alasan lagi. Tapi nak buat macam mana, kalau korang dah langgar peraturan, klik link sendiri. Kalau aku admin sekalipun, aku akan buat peraturan baru untuk menyekat aktiviti tersebut. Tak guna nak menyumpah-nyumpah program Dapatwang ni disebabkan oleh kesilapan sendiri. Bagi aku, benda ni kena rajin promosi dan berusaha. Insya-Allah, korang akan dapat hasilnya. Jika korang kurang mahir dalam bidang promosi ni, nasihat aku, korang kena belajar dan terus belajar. Tak mustahil korang boleh dapat satu dollar pertama di internet ni nanti..
Berminat dengan Dapatwang.com? Gi sini >> Dapatwang.com
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 25 dari Text Link Ads | Update Ringkas dari Titan »


























erm… nt aku free aku nak try gak TNX ko tu hehe
Tanya ajela. Insya-Allah aku jawab.
Btw, Adsense langsung xde hasil dah ke?
Sain-Web.com. Sebab kita berusaha. Kita ambil tindakan dan kita buat kena pada caranya. Sebab tu ada hasil. Kalau tengok aje, memang tak dapat hasilnya. Kalau dapat pun, mungkin hasilnya tak seberapa. Sebab tu kalau nak hasil luar biasa, kena usaha luar biasa juga..
Ada orang hanya mencuba sampai setakat mendaftarkan diri sahaja.. camne nak ada hasil..
memang dapatwang tak scam bg ak, tp org yg join tu yg scam kan diri mereka.. btw ak join myspacemoney jee, MM pun byk ketat kan rules, tan..
good luck.
Adney. Yang sudah tu, sudahlah. Kumbang pun bukan seekor. Bunga bertambah setiap hari. Jadi, pilih ajela. Hehe..
farahaznil. Ha, kenapa…
muhafis. Aku pun tak faham bila ada orang kata program ni macam-macam. Sebab tu aku malas nak jawab. Tapi aku harap diorang tetap boleh buat dengan program macam ni dan setakat ini, aku boleh kata program Dapatwang akan bertahan lama. Insya-Allah..diorang punya trafik setiap hari memang dahsyat. Sape nak beriklan kat sana, memang digalakkan..
Sain-web.com. Benar. Tapi itulah mentaliti orang kita. Semua nak mudah aje..
whiteblogger. Yap. Seharusnya begitu..
farahaznil. Hape-hapelah. Aku tak kesah. Janji ko hepi sokmo..
mr.eims. Hehe. Tau takpe..
merahkatak. Ok. Datang Damaklah. Aku ON aje kalau ko datang. Haha..